Suami isteri bawa anak buat jenayah

Posted by godonker on Thursday, July 12, 2012

Suami isteri bawa anak buat jenayah, Sepasang suami isteri tergamak membawa anak lelaki mereka yang masih kecil semata-mata bagi mengaburi orang ramai ketika melakukan jenayah mencuri kereta Perodua Kancil sebelum dileraikan dan aksesori kenderaan itu kemudian dijual sebagai alat ganti terpakai,
SEREMBAN: Sepasang suami isteri tergamak membawa anak lelaki mereka yang masih kecil semata-mata bagi mengaburi orang ramai ketika melakukan jenayah mencuri kereta Perodua Kancil sebelum dileraikan dan aksesori kenderaan itu kemudian dijual sebagai alat ganti terpakai.

Difahamkan, pasangan itu menggunakan taktik berkenaan supaya orang ramai tidak menyangka mereka adalah pencuri kereta, sekali gus mengelak diberkas.

Bagaimanapun, kegiatan itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket mencuri kereta dalam dua serbuan berasingan di Kajang, Selangor dan Melaka bulan lalu manakala suspek wanita masih diburu.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 12 kenderaan dipercayai dicuri pasangan suami isteri berkenaan yang kemudian diserahkan kepada seorang pemilik bengkel di Kajang, Selangor.

“Berikutan penahanan kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 31 tahun itu, polis yakin dapat menyelesaikan 12 kes kecurian kenderaan membabitkan lima kes di negeri ini serta masing-masing dua kes di Selangor dan Melaka dan tiga di Wilayah Persekutuan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Sumber : Hmetro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment