Budak tersepit kaki di eskalator pusat makanan

Posted by godonker on Wednesday, July 25, 2012

Budak tersepit kaki di eskalator pusat makanan, Chen,
SINGAPURA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang kaki dan kasutnya tersepit di eskalator di Pusat Makanan dan Pasar Taman Jurong pagi Ahad lalu, terselamat daripada cedera parah apabila diselamatkan pasukan pertahanan awam republik ini (SCDF).

Kejadian itu berlaku di pusat berkenaan kira-kira jam 10 pagi, lapor akhbar Shin Min Daily News.

Bapa mangsa yang dikenali sebagai Chen, 36, memberitahu akhbar itu keluarganya sedang menikmati sarapan pagi apabila tiba-tiba terdengar jeritan.

“Kami kemudian mendapati kaki kanan anak lelaki kami tersepit di eskalator,” katanya.

Chen berkata, dia cuba menarik kaki anaknya keluar tetapi tidak berjaya.

“Nasib baik seseorang membantu menekan butang kecemasan agar eskalator itu berhenti.

“Saya berusaha mencari alat yang dapat mengeluarkan kaki anak saya daripada eskalator itu, tetapi tiada siapa dapat membantu. Mereka hanya berdiri dan melihat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap SCDF berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 10.45 pagi. Jentera bomba dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian. - AsiaOne

Sumber : Hmetro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment