Lawan tarik beg dengan peragut

Posted by godonker on Friday, July 13, 2012

Lawan tarik beg dengan peragut, Arif, 30-an, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam kejadian jam 10 pagi,
PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak nekad mengejar dua peragut yang terjatuh daripada motosikal ketika cuba meragut beg isterinya dalam kejadian di Jalan Klang Lama berhampiran Taman Petaling Utama, di sini, semalam.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 30-an, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam kejadian jam 10 pagi.

Katanya, seorang lelaki terbabit tiba-tiba bertindak meragut beg tangan diletakkan atas riba pembonceng wanita menyebabkan mangsa cuba mempertahankan beg tangannya dan berlaku tarik-menarik dengan lelaki itu.

“Ini menyebabkan motosikal ditunggang peragut terbabit hilang kawalan lalu terjatuh sebelum pasangan suami isteri itu memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengejar mereka. “Namun, kedua-dua peragut itu tidak dapat melarikan diri kerana kaki mereka dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda (MPV) yang tiba sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Semakan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 20-an itu tiada rekod kesalahan lampau. Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan jenayah ragut dan samun di kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber : Hmetro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment