Lawak! Malas pergi sekolah

Posted by godonker on Saturday, March 10, 2012

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu : Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim : Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah! Ibu : Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim : Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu : Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim : Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu : Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment