Budak 7 tahun dibaham anjing

Posted by godonker on Monday, March 19, 2012

Budak 7 tahun dibaham anjing, kanak 7 tahun dibaham anjing, Dhiya Qairina Muhammad Nur Akmal, bukit mertajam, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Perda, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
BUKIT MERTAJAM: “Sambil menahan sakit, saya tidak tahu bagaimana hendak melawan anjing itu,” kata Dhiya Qairina Muhammad Nur Akmal, 7, yang cedera diserang anjing jantan ketika menunggang basikal berhampiran rumahnya di Bandar Perda, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, mangsa menunggang basikal untuk ke rumah rakannya tanpa menyedari seekor anjing hampir dua kali ganda saiz badannya memerhatikannya.

Anjing berkenaan yang dipercayai Rottweiler tiba-tiba menerkam dan menggigit belakang mangsa menyebabkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda itu menjerit kesakitan. “Saya berasa sakit sangat di belakang namun tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menjerit kerana anjing itu sangat besar,” katanya ketika ditemui di Hospital KPJ, di sini, semalam.

Kebetulan jeritan mangsa didengari bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, yang sedang membaiki kereta sebelum bergegas untuk melihat apa yang berlaku.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment