Kacang walnut palsu dari China

Posted by godonker on Tuesday, February 21, 2012

Seorang lelaki yang telah membeli kacang walnut daripada peniaga di tepi jalan di Bandar Zhengzhou pada 15 Februari telah mendapati bahawa kacang walnut yang dibelinya berisi 'ketulan konkrit'. Gam juga telah digunakan untuk menutup rekahan pada sekam di seluruh kacang palsu tersebut.

Dikatakan, peniaga jalanan tersebut telah memecahkan sebahagian kulit luaran kacang yang nipis tersebut dan mengeluarkan isi nya. 'Ketulan konkrit' tersebut kemudiannya dibalut dengan cebisan kertas untuk mengurangkan bunyi dan dimasukkan semula ke dalam kulit nya. Selepas di gam, ia akan dijual kepada orang ramai.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment