Jenis darah dan personaliti diri

Posted by godonker on Wednesday, February 1, 2012

Darah Jenis A
Sikap Positif:
1. Mementingkan adat dan budaya.
2. Menepati masa
3. Mudah bergaul
4. Tidak suka menjadi seorang yang 'perfectionist'
5. Tahap kesabaran tinggi.

Sikap Negatif:
1. Mudah obses pada sesuatu benda.
2. Degil, keras kepala, mudah marah-marah

Dikatakan : Golongan ini amat mudah bertimbangrasa terhadap orang lain, amat berahsia, dan setia.

Darah Jenis B
Sikap Positif:
1. Menyayangi binatang.
2. Kreatif dan mudah bergaul
3. Fleksibel dalam kehidupan atau perhubungan
4. Optimistik (berfikiran positif) tapi kadang-kadang bersifat individualistik (pentingkan diri)
5. Sangat penyayang.

Sikap Negatif:
1. Pelupa dan kadang-kadang pentingkan diri.
2. Sukar untuk memikul tanggungjawab

Dikatakan : Golongan ini amat berdikari, selalu fikirkan apa yang orang lain akan fikirkan terhadap diri
mereka. Sukar untuk dijadikan pasangan yang baik kerana mereka suka bertukar-tukar
pasangan. Kadang-kadang berfikiran sempit dan sedikit malas. Tahap kesabaran mereka agak
rendah. Darah Jenis AB
Sikap Positif:
1. Rasional dalam membuat keputusan.
2. 'Cool' dan mudah memahami perasaan orang lain
3. Mudah bergaul dan agak terkawal dalam perhubungan.

Sikap Negatif:
1. Kadang-kadang suka mengasingkan diri
2. Sukar untuk membuat keputusan
3. Berfikiran terlalu kritis dan sukar untuk memaafkan orang.

Dikatakan : Golongan ini berfikir menggunakan akal bukannya dipengaruhi hati dan perasaan semata-mata.
Sukar untuk mengagak apa yang mereka fikirkan dan amat pandai menggunakan wang. Amat
bagus sebagai pengantara dan sukakan keharmonian dengan rakan-rakan sepejabat walaupun
adakalanya suka memencilkan diri sendiri. Ada juga segolongan yang suka bermuka-muka dan
tidak boleh dipercayai.

Darah Jenis O
Sikap Positif:
1. Teguh pendiriannya.
2. Bercita-cita tinggi
3. Sukakan cabaran dan berkeyakinan tinggi

Sikap Negatif:
1. Kadang-kadang suka melakukan perkara yang sia-sia.
2. Mudah sombong, tidak pentingkan perasaan orang lain dan kadang-kadang boleh bersikap
kejam terhadap orang lain.

Dikatakan : Golongan ini boleh menjadi ketua yang baik dan dihormati. Pejuang yang sangat bagus, mudah
bergaul dan penyayang. Tapi kelakuan mereka yang suka untuk menang akan menyebabkan
orang di sekeliling berasa bosan terhadap mereka. Sanggup menghadapi cabaran tanpa perlu
memikirkan risiko atau akibatnya.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment