Blogger gelar Ustaz Azhar Idrus agen iblis

Posted by godonker on Tuesday, January 3, 2012

Salam. Tatkala sedang aku asyik berblogwalking sebentar tadi aku terjumpa satu entri yang sangat memalukan bagi blogger-blogger beragama Islam yang lain. Entri tersebut bertajuk "AZHAR IDRUS BUKAN NABI DAN BUKAN WALI !! AGEN IBLIS ?!! MAAF TELAN WALAU PAHIT !!". Didalam entri tersebut terdapat gambar Ustaz Azhar Idrus yang sedang bermain gitar semasa sambutan tahun baru di Dataran Shah Alam beberapa hari lepas. Blogger tersebut menulis cara dakwah Ustaz Azhar Idrus adalah haram, sesat dan cara Yahudi.

Didalam entri tersebut juga terdapat 2 buah hadis yang disalah tafsirkan oleh blogger tersebut mengenai permainan alat-alat muzik. Seperti sedia maklum, Ustaz Azhar Idrus meggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam. Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan. Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda. Menurut hukum dan para ulama' bersepakat mengatakan hiburan diharuskan selagi tidak melalaikan. Yang haram adalah cara kita mencorak hiburan itu ke arah perkara-perkara yang maksiat serta membazir. Adakah entri tersebut sekadar ingin menarik trafik semata-mata atau pun berunsurkan politik? Diharapkan blogger yang berkenaan menarik semua entri tersebut dan meminta maaf kepada Ustaz Azhar Idrus serta bertaubat.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment