Adegan awal pagi, dua penyamun jadi jaga

Posted by godonker on Tuesday, September 25, 2012

adegan awal pagi, perompak berlakon jadi pengawal keselamatan,
KAJANG: Dua daripada 15 lelaki yang memecah masuk sebuah pusat pameran kereta di Sungai Long, di sini, awal pagi semalam, berlakon sebagai pengawal keselamatan selepas menawan dua pengawal di situ sebelum melarikan lima kenderaan Honda bernilai lebih RM700,000.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit yang merancang rapi kegiatan mereka berpecah kepada tiga kumpulan sebelum masuk dalam premis berkenaan yang baru dibuka awal tahun ini.

Sumber polis berkata, selepas masuk dalam premis itu melalui pintu belakang mereka mengikat dua pengawal keselamatan dan memaksa mereka menanggalkan baju seragam.

“Dua daripada penjenayah terbabit memakai seragam itu dan terus ke pondok pengawal keselamatan untuk berpura-pura mengawal pos itu.

“Pada masa sama rakan mereka yang lain menyelongkar pejabat dan peti simpanan pusat pameran itu,” katanya, semalam.

Sumber : Hmetro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment