Lelaki ini maut setelah logam seberat hampir 6kg dikeluarkan daripada badan

Posted by godonker on Wednesday, April 4, 2012

Kamleshwar Singh meninggal dunia walaupun doktor berjaya mengeluarkan logam yang beratnya hampir 6kg dari perutnya

Seorang lelaki berasal dari India meninggal dunia selepas pasukan doktor mengeluarkan logam seberat 13 pon (5,9 kg) dari perutnya.

Kamleshwar Singh seorang yang susah dan berkerja sebagai petani, dirawat di sebuah hospital di Chhattisgarh, sebuah tempat di India, kerana mengeluh sakit pada perutnya.

Namun setelah melakukan pemeriksaan X-Ray, doktor terkejut kerana menamukan tiga buah kunci, 431 keping wang syiling, 196 pelet besi dan 17 baut kecil bersarang di dalam perutnya.

Namun, malang bagi Singh, walaupun kepingan-kepingan logam dengan jumlah berat hampir 6 kilogram berjaya dikeluarkan dari perutnya, doktor tak mampu menyelamatkan nyawanya. Bhojram Dewangan, Pengarah Institut Ilmu Perubatan dan Pusat Penyelidikan Shreesti dimana Singh dirawat, mengatakan, bahawa si pesakit telah memakan benda-benda besi kecil dalam sembilan bulan terakhir.

Doktor berjaya mengelurakan tiga buah kunci, 431 keping wang syiling, 196 pelet besi dan 17 baut kecil bersarang di dalam perut Singh

"Dia mengunjungi kami dan mengeluh sakit perut yang tak tertahankan. Setelah ujian sonografi dan x-ray doktor menjalankan pembedahan besar." tutur Dewangan.

Dr Yadav, memimpin pasukan doktor yang melakukan pembedahan kepada Singh, mengesyakki bahawa ia menderita skizofrenia.

"Semua benda-benda besi terletak di dasar perutnya. Ketika memulakan pembedahan, kami fikir hanya akan mencari beberapa item, namun kami terkejut ketika menemukan sejumlah besar syiling dan pelet dalam ususnya." ujar Yadav.
Rakan dan keluarga Singh nampaknya tidak menyedari kebiasaan anehnya menelan benda-benda besi.

"Suami saya mengeluh sering sakit perut dan tidak dapat tidur semalaman, dalam empat minggu terakhir. Tapi dia tidak mengatakan kepada kami tentang kebiasaannya menelan benda besi." tutur isterinya.

Selain skizofrenia, para ahli percaya bahawa Singh menderita masalah kejiwaan tambahan yang memberinya selera untuk mengambil benda tiada gizi asing.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment