Wanita reput dalam bas rosak

Posted by godonker on Sunday, November 11, 2012


Wanita reput dalam bas rosak,
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menemui mayat wanita yang reput dan berulat dalam bas rosak yang diparkir di kawasan Kompaun Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, pengawal keselamatan terbabit dikatakan mahu memeriksa bas lama itu apabila diberitahu seorang mekanik mengenai kelibat seorang wanita kelihatan seperti sedang tidur di bahagian belakang bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu jam 10.38 pagi selepas mendapat panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan di Menara MPKJ berkenaan.

“Mayat ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan telentang di bahagian belakang bas yang sudah tidak digunakan sejak dua tahun itu.“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan keadaan mayat yang sudah reput serta berulat itu, kami anggarkan mangsa meninggal dunia sejak empat hingga lima hari lalu,” katanya.

Ab Rashid berkata, mangsa dipercayai berbangsa India dan berusia lewat 20-an hingga awal 30-an.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disedari berada di dalam bas itu sejak Khamis lalu oleh mekanik yang datang memeriksa bas berkenaan sebelum dia memaklumkan pengawal keselamatan, pagi semalam.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.

Sementara itu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut selagi punca kematian belum dapat dipastikan.

Sumber : Hmetro
More aboutWanita reput dalam bas rosak

Gadis dinoda bergilir-gilir tiga rakan sekerja warga asing

Posted by godonker


GOMBAK: Seorang wanita membuat laporan polis selepas anak gadisnya mendakwa menjadi mangsa tindakan rakus rakan sekerja yang merogolnya di tempat kerja.

Difahamkan, gadis yang berusia 19 tahun itu mendakwa diperkosa tiga lelaki dipercayai warga asing di tempat kerjanya di pasar raya di Selayang, bulan lalu.

Ibu mangsa yang terkejut mendengar pengakuan anak perempuannya itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.

Sumber berkata, mangsa mendakwa diperkosa tiga lelaki yang juga rakan sekerjanya itu secara bergilir-gilir ketika mereka bekerja di pasar raya berkenaan. “Mangsa mendakwa dibawa ketiga-tiga lelaki terbabit ke sebuah bilik sebelum diperkosa. Kejadian itu dipercayai berlaku dua kali pada bulan lalu.“Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan trauma dan takut ke tempat kerjanya. Mangsa memberitahu ibunya dia mahu berhenti kerja,” katanya.

Menurut sumber, si ibu yang hairan dengan permintaan anaknya itu bertanyakan mengenai sebab mahu berhenti kerja sebelum anaknya menceritakan apa yang berlaku.

Berikutan itu, ibu mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, seorang suspek ditahan reman dan dua lagi suspek dikatakan melarikan diri. Polis giat memburu mereka bagi membantu siasatan kes itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Sumber : Hmetro
More aboutGadis dinoda bergilir-gilir tiga rakan sekerja warga asing