Dipenjara 20 tahun padah campak anak

Posted by godonker on Tuesday, September 25, 2012


Dipenjara 20 tahun padah campak anak,
IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan mencampak anak lelakinya ke dinding rumah hingga menyebabkan mangsa mati, empat tahun lalu.

Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting, Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Rizaudin, tiga tahun.

Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang antara 1 hingga 2 November 2008.

Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat dan membaling anaknya itu ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul anaknya itu dengan menggunakan rotan.

Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Hospital Taiping (HT).

Laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama dan baru di muka, badan dan kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.

Hakim Datuk Zainal Azam Abd Ghani berkata, beliau terpaksa mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana bertindak kejam sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Sumber : Hmetro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment