Ibu pejabat tentera Syria diserang

Posted by godonker on Thursday, September 27, 2012

Ibu pejabat tentera Syria diserang, Bom yang diubah suai diletakkan di dalam bangunan ibu pejabat ketenteraan Syria,
DAMSYIK - Sebanyak empat pengawal keselamatan terbunuh dalam dua letupan bom di bangunan ibu pejabat tentera Syria dekat sini, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, serangan berlaku di tingkat dua bangunan, menyebabkan 14 orang parah.

Menteri Informasi, Omran Al-Zoubi berkata, alat letupan yang diubah suai itu kemungkinan diletakkan di dalam bangunan ibu pejabat dan meletup beberapa minit kemudian sebelum pukul 7 pagi waktu tempatan sehingga menghancurkan tingkap-tingkap berdekatan bangunan dalam daerah Dataran Umayyad.

Sementara itu, jurucakap kumpulan pemberontak Tentera Bebas Syria mengaku bertanggungjawab dan mendakwa berpuluh maut susulan serangan itu tetapi Zoubi mengesahkan letupan itu hanya menyebabkan berlakunya kerosakan peralatan bangunan.

"Saya mahu memaklumkan bahawa semua anggota tentera yang berada di dalam bangunan Kementerian Pertahanan berkeadaan baik.

"Berita yang disampaikan oleh kumpulan pemberontak adalah salah dan misi mereka telah gagal," kata Zoubi.

Agensi televisyen tempatan melaporkan, kejadian tercetus selepas sebuah kereta berisi bom dan alat letupan yang diubai suai meletup di luar bangunan berkenaan.

Sebagai langkah waspada, pihak berkuasa melaksanakan sekatan di beberapa jalan utama di ibu negara selain beberapa buah ambulans menuju ke lokasi kejadian.-Al-Jazeera

Sumber : Sinar Harian

More aboutIbu pejabat tentera Syria diserang

Adegan awal pagi, dua penyamun jadi jaga

Posted by godonker on Tuesday, September 25, 2012

adegan awal pagi, perompak berlakon jadi pengawal keselamatan,
KAJANG: Dua daripada 15 lelaki yang memecah masuk sebuah pusat pameran kereta di Sungai Long, di sini, awal pagi semalam, berlakon sebagai pengawal keselamatan selepas menawan dua pengawal di situ sebelum melarikan lima kenderaan Honda bernilai lebih RM700,000.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, kumpulan penjenayah terbabit yang merancang rapi kegiatan mereka berpecah kepada tiga kumpulan sebelum masuk dalam premis berkenaan yang baru dibuka awal tahun ini.

Sumber polis berkata, selepas masuk dalam premis itu melalui pintu belakang mereka mengikat dua pengawal keselamatan dan memaksa mereka menanggalkan baju seragam.

“Dua daripada penjenayah terbabit memakai seragam itu dan terus ke pondok pengawal keselamatan untuk berpura-pura mengawal pos itu.

“Pada masa sama rakan mereka yang lain menyelongkar pejabat dan peti simpanan pusat pameran itu,” katanya, semalam.

Sumber : Hmetro
More aboutAdegan awal pagi, dua penyamun jadi jaga

Ibu maut langgar anak

Posted by godonker


Ibu maut langgar anak, mati di pangkuan,
MELAKA: Kegembiraan seorang ibu empat anak mendapat motosikal roda tiga selepas dua tahun menunggu berakhir tragedi berdarah apabila dia maut selepas berlanggar dengan anaknya dalam kemalangan di Jalan Tunku Abd Rahman, Batu Berendam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Sapiah Md Said, 42, menunggang motosikal jenis Honda EX5 manakala anaknya Muhammad Ikram Laksemana, 18, menunggang motosikal roda tiga berkenaan yang baru diserahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Ketika kejadian, motosikal roda tiga itu berisi muatan barangan jualan 40 kilogram (kg) keledek serta 10 kg ikan keli dan Muhammad Ikram menunggangnya untuk ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah bagi membantu ayahnya, Laksemana Salim, 48, berniaga.

Muhammad Ikram berkata, selepas selesai mengambil motosikal berkenaan di pejabat Fama, Ayer Keroh, dia dan ibunya bertolak ke kedai di UTC dengan menunggang motosikal secara berasingan.

“Setiba di lokasi kejadian, saya yang berada di depan dikejutkan dengan satu dentuman kuat dan pada masa sama melihat ibu tercampak ke kanan jalan, manakala motosikal ditunggang ibu merempuh motosikal saya.

Sumber : Hmetro
More aboutIbu maut langgar anak

Dipenjara 20 tahun padah campak anak

Posted by godonker


Dipenjara 20 tahun padah campak anak,
IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan mencampak anak lelakinya ke dinding rumah hingga menyebabkan mangsa mati, empat tahun lalu.

Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting, Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Rizaudin, tiga tahun.

Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang antara 1 hingga 2 November 2008.

Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat dan membaling anaknya itu ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul anaknya itu dengan menggunakan rotan.

Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Hospital Taiping (HT).

Laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama dan baru di muka, badan dan kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.

Hakim Datuk Zainal Azam Abd Ghani berkata, beliau terpaksa mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana bertindak kejam sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Sumber : Hmetro
More aboutDipenjara 20 tahun padah campak anak

Google sekat filem anti-Islam di Youtube

Posted by godonker on Thursday, September 20, 2012

SINGAPURA: Google menyekat pengguna YouTube daripada mengakses klip filem anti-Islam yang menyebabkan keganasan di negara Islam, atas permintaan kerajaan Singapura.

Cubaan untuk menonton filem bajet rendah Innocence of Muslims di laman web perkongsian video kepunyaan Google itu membawa pengguna kepada paparan mesej berbunyi: “Kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda atas permintaan kerajaan.”

Google juga menyekat akses klip video itu di negara jiran yang mempunyai penduduk majoriti Islam, Malaysia dan Indonesia.

Jurucakap Google berkata, “Di tempat di mana kami melancarkan YouTube untuk kegunaan tempatan dan diberitahu bahawa video tersebut haram di negara itu, kami akan menyekat akses setelah melakukan kajian mendalam.” - Straits Times

Sumber : Hmetro
More aboutGoogle sekat filem anti-Islam di Youtube

Gordon Brown mahasiswa termuda

Posted by godonker on Tuesday, September 11, 2012

Gordon Brown mahasiswa termuda,
LONDON: Seorang budak berusia 12 tahun yang mendapat markah A bagi subjek matematik dalam peperiksaan sekolah menengah kini menjadi mahasiswa termuda Britain.

Berdasarkan umurnya, Xavier Gordon-Brown mungkin terlalu muda untuk dibenarkan membuka akaun di Facebook, namun pada masa sama, dia kini mengikuti kursus matematik bagi peringkat ijazah.

Gordon-Brown layak mengikuti pengajian peringkat universiti selepas lulus ujian Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) pada 2009 dan menjadikan dia calon termuda memperoleh markah A dalam subjek berkenaan.

Kini, Gordon-Brown mengikuti kelas pengajian di Universiti Terbuka di Grinstead Timur dua atau tiga kali sebulan.Disebabkan usianya juga, Gordon-Brown terpaksa ditemani ibunya setiap kali dia pergi ke dewan kuliah.

Berasal dari Haywards Heath di Sussex, Gordon-Brown masih meneruskan persekolahannya seperti biasa, selain menyertai pelbagai aktiviti seperti belajar bermain klarinet, piano dan biola.

Di sekolah, Gordon-Brown mempelajari empat bahasa asing dan aktif bermain bola.

Dia mengikuti kuliah apabila tiada sesi persekolahan atau aktiviti berkaitan dengannya.

Ibu Gordon-Brown, Erica, berkata dia amat bangga dengan pencapaian anak bongsunya itu.

Walaupun ada ibu bapa yang memastikan anak mereka membesar di kalangan rakan sebaya, dia berpendapat, Gordon-Brown boleh menyesuaikan diri bergaul dengan mahasiswa yang jauh lebih dewasa daripadanya.

“Adalah baik untuk Gordon-Brown dapat berkawan dengan seseorang yang memiliki tahap intelektual setara dengannya,” katanya.

Minat Gordon-Brown kepada angka bermula sejak awal.

Kata Erica, anaknya itu mula menguasai kemahiran sifir sebelum berusia empat tahun dan mampu menyelesaikan soalan aritmetik mental walaupun belum bersekolah.

“Setahun selepas mencatat kejayaan di peringkat GCSE, Gordon-Brown lulus peperiksaan A-level,” katanya. - DM

Sumber : Hmetro
More aboutGordon Brown mahasiswa termuda

Lelaki Arab sorok monyet dalam seluar

Posted by godonker

Lelaki Arab sorok monyet dalam seluar,
NEW DELHI: Kastam India menahan seorang lelaki yang cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi bersama seekor monyet terancam disorok dalam seluar dalamnya, kata pegawai agensi itu, semalam.

Suspek berasal dari Emiriah Arab Bersatu kini ditahan bersama dua rakannya.Menurut jurucakap kastam, suspek tiba dari Bangkok dan sepatutnya menaiki penerbangan Jet Airways ke Dubai. “Kastam mengesan monyet itu ketika membuat pemeriksaan badan,” katanya. Monyet berukuran 17 sentimeter itu - dikenali sebagai loris - hidup di India dan Asia Tenggara, dianggap mempunyai khasiat bagi menguatkan tenaga batin. Ia adalah spesies terancam di dunia. Seekor lagi monyet itu ditemui ditinggalkan dalam tong sampah lapangan terbang berkenaan. - AFP

Sumber : Hmetro
More aboutLelaki Arab sorok monyet dalam seluar