BANDAR RAYA NEW YORK: Tiga pencuri kereta malang mensasarkan mangsa yang salah apabila mereka memecah masuk sebuah kereta Lexus milik ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebelum ejen terbabit menembak mereka.
Ejen yang sedang bercuti itu menembak seorang daripada pencuri itu di belakang tubuhnya ketika dia melarikan diri pagi semalam. Polis menemui suspek berkenaan selepas dia muncul di unit kecemasan sebuah hospital dengan kecederaan akibat tembakan peluru di belakang badannya.
Menurut polis, ejen FBI terbabit berada di kediamannya di Queens ketika tiga pencuri itu memecah keretanya kira-kira jam 5.15 pagi.
Dia berlari keluar dan berdepan dengan pencuri berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan ketika mereka cuba melarikan diri. Tidak diketahui apa yang menyebabkan ejen itu menggunakan senjatanya.
Polis berkata, pencuri itu mungkin mencuri radio daripada kenderaannya.
Dia segera menghubungi 911 untuk membuat laporan bahawa pencuri melarikan diri dengan kereta berwarna gelap.
Polis bandar raya ini bergegas ke tempat kejadian, tetapi ketika mereka tiba, tiada tanda-tanda menunjukkan suspek berada di situ.
Beberapa minit kemudian, seorang lelaki yang menepati keterangan diberikan ejen itu datang ke unit kecemasan Hospital Universiti Brookdale dengan kecederaan tembakan peluru di belakang tubuhnya. - DM
Sumber : Hmetro
scrip
About Me
Home » Berita » Pencuri ditembak angkara pecah kereta ejen FBI
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment