REMBAU: Hanya kerana gagal memperoleh wang daripada isteri, seorang lelaki tergamak membelasah wanita itu menggunakan kabel elektrik selama hampir enam jam dalam kejadian di rumah mereka di Mambau, dekat sini.
Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memukul dua daripada empat anak mereka termasuk yang baru berusia dua tahun hingga terpaksa menerima 18 jahitan di kepala manakala anak sulung berusia empat tahun cedera di bawah mata kanan selepas terkena kabel elektrik dihayun bapanya.
Menurut sumber, suspek yang menganggur berusia 30 tahun didakwa bertindak demikian terhadap isterinya sejak beberapa bulan lalu dan kemuncaknya pada 4 Julai lalu apabila dia membelasah mangsa dengan kabel elektrik tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 1.50 tengah hari di rumah mereka.
"Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 27 tahun, seorang pengawal keselamatan mengalami lebam di tangan, kaki, seluruh badan, kepala dan muka.
“Sebelum ini, lelaki itu pernah mengugut merampas semua anak jika mangsa membuat laporan polis selain mahu membunuhnya jika melarikan diri,” katanya.
Sumber : Hmetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment