Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi?

Posted by godonker on Monday, July 30, 2012

Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu.

Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).

Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.
Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu.
Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula.

Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.

Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville.

Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.
Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua yang terdapat dalam puncak segi tiga simbol Illuminati.

Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati.

Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).

Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?

Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.

Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.

Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.

Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).

Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.

Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.

Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?

ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”

Sumber : Sinar Harian
More aboutOlimpik 2012 kemuncak teori konspirasi?

Buat senjata di tepi sawah padi

Posted by godonker

Buat senjata di tepi sawah padi,
BANDAR MANDAUE - Permintaan senjata api semakin meningkat ekoran pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 2013 di Filipina.

Seorang pembuat senjata di bandar Danao yang hanya mahu dikenali sebagai Remo, 33, berkata, dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang remai menempah senjata api.

"Kami mempunyai kesukaran untuk memenuhi tempahan kerana pada kebiasaannya masa selama dua minggu diperlukan untuk menyiapkan sepucuk pistol .45 calibre walaupun jika saya bekerja 16 jam sehari," katanya.

Bunyi muzik yang kuat bergema di bengkel Remo yang terletak di pinggir anak sungai yang kering, tersembunyi daripada pandangan mata disebabkan rimbunan pokok buluh.

Ketika ini, semua pengawal peribadi di Filipina membawa senjata api sama ada pistol atau senapang patah.

Senjata api merupakan fenomena biasa yang boleh dilihat di pasar raya, pejabat pemerintah, bank, restoran dan sekolah.

Senjata api haram di negara ini hanya dibawa oleh anggota-anggota kumpulan penjenayah, kumpulan pemisah Islam dan komunis.

Ia turut dibawa oleh ahli politik yang mempunyai askar-askar peribadi.

Seorang bekas pemilik kilang senjata haram, Elmer Genzon, kini bekerja di kilang pembuat senjata yang telah didaftarkan, Shooters Arms Manufacturing, 25 kilometer dari sini.

"Kami tidak lagi bimbang tentang serbuan polis dan kami mempunyai pendapatan yang stabil, ditambah sedikit kekayaan dan manfaat sosial," katanya yang berusia 33 tahun.

Senjata-senjata itu ada yang dieksport ke Amerika Syarikat, Australia, Itali dan Thailand.

Pemilik sebuah kilang itu, Romulo de Leon III merupakan generasi kedua penjual senjata api.

Kilangnya kini mengeluarkan kira-kira 20,000 senjata api setahun.

Dia mahu mengembangkan perniagaannya ke Eropah Timur dan Amerika Selatan. - Reuters

Sumber : Kosmo
More aboutBuat senjata di tepi sawah padi

Lahar api dari 'pintu ke alam neraka'

Posted by godonker on Saturday, July 28, 2012

Lahar api dari pintu ke alam neraka,
ASHGABAT - Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Terkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu.

Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'.

Pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet melakukan kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli, tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter.

Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun.

Sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini.

Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze .

Pada April 2010, Presiden Terkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut.

Sumber : Sinar Harian
More aboutLahar api dari 'pintu ke alam neraka'

Gorila ditemui tergantung

Posted by godonker

PRAGUE, Republik Czech - Pihak pengurusan Zoo Prague menyatakan, seekor gorila jantan mati selepas tergantung secara tidak sengaja.

Menurutnya, gorila jantan berusia lima tahun bernama Tatu ditemui tergantung dengan tali melilit leher haiwan itu pagi kelmarin di kurungan zoo berkenaan.

Jurucakap Zoo Prague, Michal Stastny berkata, usaha menyelamatkan Tatu gagal. Menurutnya, tiada kamera video dipasang di kurungan itu tetapi Tatu ditemui tergantung selepas bermain struktur bertali di tempat tersebut.

Pengarahnya, Miroslav Bobek kelmarin memberitahu bahawa kematian Tatu adalah yang paling tragis selepas bencana banjir membunuh lebih 100 haiwan di zoo berkenaan pada 5 Mei 2007. - Agensi

Sumber : Kosmo
More aboutGorila ditemui tergantung

Masak, makan katak di dapur kopitiam

Posted by godonker on Thursday, July 26, 2012

Masak, makan katak di dapur kopitiam, penangfoodreviews,
JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur," bisik seorang pekerja kopitiam kepada gadis yang mahu dikenali Alia ketika berhasrat membuka puasa di sebuah pasar raya di Jelutong.

Ketika itu, Alia bersama rakannya berhajat berbuka puasa di kopitiam berkenaan, bagaimanapun hasrat mereka terbantut apabila terdengar luahan itu.

Mereka diberitahu tentang perkara itu ketika sedang berbual sementara menanti waktu berbuka.

"Pelayan itu memaklumkan perkara itu kepada kami memandangkan saya dan kawan-kawan datang dengan niat untuk berbuka puasa.

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur. Katanya, ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk kedua atau ketiga,” katanya.

Alia dan rakan-rakannya yang terkejut dengan cerita itu kemudian mempertikaikan sama ada tukang masak itu menggunakan kuali yang digunakan sama untuk memasak makanan pelanggan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, pelayan itu mengaku tidak pasti. Tetapi katanya, yang makan tetap tukang masak itu, apa pun dia akan pegang katak dan memasak makanan untuk orang lain.

“Kata pelayan itu dia baru bekerja, dan dia bersama seorang lagi kawan berbangsa Melayu yang nampak kejadian itu. Tetapi menurutnya, dia tidak berani menegur kerana ramai pekerja di restoran itu adalah warga asing,” katanya.

Katanya, ketika ditanya mengenai status halal, pelayan mengakui restoran yang mempunyai francais di seluruh negara itu hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

“Tapi saya tahu ramai yang ingat kami halal sebab di KL sudah halal. Saya boleh beritahu saja, terpulang pada kakak,” kata pelayan restoran itu kepada Alia.

Mendengar maklumat yang diberikan, Alia dan rakan-rakannya hilang selera dan terus ke kedai lain untuk berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir Maghrib.

Alia kecewa kerana kopitiam berkenaan menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelanggan beragama Islam. Rata-rata yang berkunjung selalunya memesan minuman dan makanan yang berasaskan mi dan pencuci mulutnya.

Mendengar cerita Alia, Sinar Harian ke restoran itu untuk mengintai kesahihannya.

Salah seorang pengunjung yang enggan dikenali mengakui rata-rata pekerja di kopitiam berkenaan adalah warga asing khasnya Nepal dan Bangladesh.

“Kadangkala mereka berbau busuk walaupun pada waktu bekerja. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana bau mereka ketika berada di dapur menyediakan makanan dan mengambil pesanan pelanggan.

"Nampak saja kopitiam yang agak mahal dan selesa tetapi kebersihan pekerjanya memang mendukacitakan,” katanya.

Meneliti maklum balas orang ramai mengenai restoran berkenaan melalui laman web, beberapa pelanggan turut memberikan pandangan negatif terhadap kopitiam berkenaan.

Antaranya ialah melalui www.penangfoodreviews.com di mana pemilik blog tersebut jelas tidak berpuas hati perkhidmatan kopitiam berkenaan.

Dalam tulisan blogger itu, beliau turut memaklumkan harga yang dikenakan juga agak mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti makanan.

Sumber : Sinar Harian
More aboutMasak, makan katak di dapur kopitiam

Penjawat awam dapat bonus raya

Posted by godonker on Wednesday, July 25, 2012

Penjawat awam dapat bonus raya,
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Menurut Perdana Menteri, pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Sumber : Kosmo
More aboutPenjawat awam dapat bonus raya

Budak tersepit kaki di eskalator pusat makanan

Posted by godonker

Budak tersepit kaki di eskalator pusat makanan, Chen,
SINGAPURA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang kaki dan kasutnya tersepit di eskalator di Pusat Makanan dan Pasar Taman Jurong pagi Ahad lalu, terselamat daripada cedera parah apabila diselamatkan pasukan pertahanan awam republik ini (SCDF).

Kejadian itu berlaku di pusat berkenaan kira-kira jam 10 pagi, lapor akhbar Shin Min Daily News.

Bapa mangsa yang dikenali sebagai Chen, 36, memberitahu akhbar itu keluarganya sedang menikmati sarapan pagi apabila tiba-tiba terdengar jeritan.

“Kami kemudian mendapati kaki kanan anak lelaki kami tersepit di eskalator,” katanya.

Chen berkata, dia cuba menarik kaki anaknya keluar tetapi tidak berjaya.

“Nasib baik seseorang membantu menekan butang kecemasan agar eskalator itu berhenti.

“Saya berusaha mencari alat yang dapat mengeluarkan kaki anak saya daripada eskalator itu, tetapi tiada siapa dapat membantu. Mereka hanya berdiri dan melihat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap SCDF berkata, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 10.45 pagi. Jentera bomba dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian. - AsiaOne

Sumber : Hmetro
More aboutBudak tersepit kaki di eskalator pusat makanan

Israel akan serang Syria

Posted by godonker

Israel akan serang Syria,
BAITULMUQADDIS - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menegaskan, negaranya akan bertindak dengan segera jika para pejuang Hezbollah Lebanon menyerbu tempat simpanan senjata kimia dan biologi milik Syria.

Beliau membuat kenyataan itu di Radio Israel semalam.

Beberapa pemimpin Israel sebelum ini menyatakan bahawa ia akan melakukan serangan di tempat simpanan senjata Syria bagi menghalang senjata kimia dan biologi jatuh ke tangan para pejuang Hezbollah.

Para pemimpin Israel bimbang jika rejim Presiden Bashar Al-Assad tumbang, senjata itu akan diperoleh para pejuang Hezbollah dari Lebanon.

Sementara itu, Turki menutup laluan komersial di sempadan Syria.

Bagaimanapun, pihak berkuasa negara itu memberitahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai pelarian bahawa sempadannya itu masih dibuka untuk para pelarian dari Syria.

Sementara itu, keganasan di bandar raya kedua Syria, Aleppo, memuncak kelmarin ekoran pertempuran tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak, kata pertubuhan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia.

Badan pemantau yang beribu pejabat di Britain itu melaporkan pertempuran berlaku di daerah Bustan Al-Qasr, selatan Aleppo dengan tentera Bashar menggunakan beberapa helikopter tempur di kawasan penempatan penduduk.

Kebangkitan penduduk di Syria bermula pada Mac lalu apabila kumpulan pemberontak menentang tentera Bashar.

Kumpulan pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan ekoran kabangkitan rakyat berlaku di Tunisia dan Mesir.

Tentera Pembebasan Syria yang turut mewakili pemberontak turut terlibat dalam serangan menentang tentera Bashar.

Setakat ini lebih 20,000 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan pemberontak itu dengan tentera Bashar. - Agensi

Sumber : Kosmo
More aboutIsrael akan serang Syria

Malaysia juga boleh tenggelam

Posted by godonker

Malaysia juga boleh tenggelam,
KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia terutama kawasan pesisir pantai berisiko ditenggelami air laut jika lapisan ais di Greenland cair sepenuhnya.

Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.

“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.

“Risiko ini bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana pencairan ais di Greenland akibat pemanasan global berlaku secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau mengulas kejadian kecairan glasier yang luar biasa di Greenland pada bulan ini yang membabitkan kawasan lebih luas berbanding sepanjang tempoh 30 tahun lalu.

Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.

Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.

Ibrahim berkata, fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata, langkah terbaik untuk memperlahankan pencairan ais di Greenland ialah dengan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan pemanasan global.

Sementara itu, Pakar Oseanografi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Kuantan, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus pula memberitahu, peningkatan paras air laut akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah di negara ini dinaiki air dan banjir kilat berlaku lebih kerap.

“Kawasan rendah yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini berkemungkinan berlaku banjir dan proses untuk air surut akan mengambil masa lebih lama,” jelasnya.

Menurut Kamaruzaman, kecairan ais yang berlaku dan kesannya kepada negara ini adalah berpunca daripada pemanasan global yang disebabkan oleh pembuangan sisa industri yang tidak dikawal, pembebasan karbon dioksida (CO2) dan pertambahan penduduk manusia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Yap Kok Seng pula ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang memantau perkembangan di Greenland serta akan mengkaji kesan fenomena itu terhadap Malaysia.

Sumber : Kosmo
More aboutMalaysia juga boleh tenggelam

Ikan gergasi masuk kampung

Posted by godonker on Tuesday, July 24, 2012

Ikan gergasi masuk kampung, Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang,
Penduduk setempat di kawasan Kampung Lubuk Pedati kecoh setelah menjumpai ikan gergasi iaitu jenis arapaima sepanjang 1.5 meter yang terdampar di dalam sungai berdekatan kampung itu kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.Ikan air tawar terbesar di dunia itu dijumpai berdekatan tebing sungai sebelum ia dikerumuni penduduk kampung yang melalui kawasan sungai itu.

Kebanyakan penduduk kampung terkejut kerana pertama kali melihat ikan bersaiz luar biasa itu terdampar di dalam sungai tersebut.

Penduduk, Nizam Hussin, 48, berkata, kemungkinan ikan gergasi sering dijumpai di Sungai Amazon itu dibuang oleh pihak tertentu sebelum hanyut ke kawasan perkampungan penduduk.

“Siapa yang tidak terkejut melihat ikan bersaiz gergasi di dalam sungai ini. Lagipun, penduduk tidak pernah terserempak dengan ikan ini sebelum ini. Disebabkan itu, ada kalangan penduduk yang terkejut,” katanya.

Katanya, memang ada penduduk yang memelihara ikan itu sebelum ini, tetapi tidak pasti ikan yang terdampar berkenaan adalah miliknya ataupun tidak.

“Selain itu, ada juga yang pihak yang mengatakan ikan berkenaan terlepas dan mati di dalam sungai ini semasa banjir di Baling baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun apa pun, ikan seperti itu tidak seharusnya dibuang begitu sahaja ke dalam sungai kerana ia boleh mengakibatkan pencemaran bau.

“Saya yakin ikan ini telah mati beberapa hari lalu be-rikutan baunya yang busuk,” katanya.

Ikan yang mampu mencecah berat sehingga 200 kilogram ini antara yang semakin diancam kepupusan berikutan nilai harganya yang tinggi di pasaran gelap.

Keadaan mengakibatkan kerajaan seperti Brazil mengharamkan penangkapan ikan tersebut secara komersial bagi mengelakkan kepupusan ikan unik itu.
Sumber
More aboutIkan gergasi masuk kampung

Saintis temui planet neraka

Posted by godonker

Saintis temui planet neraka,
Sekadar informasi, di California dengan menggunakan teleskop angkasa NASA pakar astronomi berjaya menemui sebuah planet “neraka ‘yang bersaiz kecil. Planet itu mempunyai permukaan yang dilitupi oleh lava cair.

Dipetik dari skymania, Sabtu (20/7/2012), planet baru yang diberi label UCF-1.01 terletak di 33 tahun cahaya di kumpulan-kumpulan Leo. Dengan demikian planet tersebut menjadi objek yang paling dekat ditemui di luar sistem suria kita. UCF-1.01 ditemui secara tidak sengaja oleh pasukan antarabangsa yang menggunakan balai cerap Spitzer.

Salah seorang saintis tersebut, Kevin Stevenson dari University of Central Florida mengatakan, “Saya melihat objek kecil yang samar dalam cahaya bintang dan saya ingin mengetahui objek tersebut. Saya tahu jika isyarat-isyarat itu berkala boleh dikatakan bahawa itu adalah sebuah planet yang tidak dikenali.”

Sementara itu, Profesor Joseph Harrington dan mahasiswa Nate Nafsu, yang merupakan sebahagian daripada UCF, melakukan pengamatan ratusan jam dari data yang dikumpulkan Spitzer, wahana Deep Impact, teleskop VLT di Chile serta Teleskop yang berada di Kanada, Perancis, dan Hawaii. Dari pengamatan tersebut mereka mencari gambaran yang lebih terperinci mengenai keadaan planet tersebut.

Mengikut kiraan lebar planet sekira 5.200 batu (8.400 km) dan mengorbit dekat dengan bintang induknya planet tersebut berputar mengelilingi orbitnya hanya 1.4 dari putaran bumi. Kemudian suhu di planet tersebut mencapai 600 celcius.
Sumber
More aboutSaintis temui planet neraka

Rahsia perubatan di sebalik air ludah

Posted by godonker on Monday, July 23, 2012

Rahsia perubatan di sebalik air ludah,
Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan ludah sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.

Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air ludah sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.

Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Menurut orang tua-tua, supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.

Kajian Saintifik tentang Ludah
Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka.

Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.
Sumber
More aboutRahsia perubatan di sebalik air ludah

Leka masak daun ketum

Posted by godonker on Friday, July 20, 2012

Leka masak daun ketum,
TELUK INTAN - Seorang penganggur yang sedang leka memasak daun ketum untuk dijadikan air rebusan sebelum menjualnya terkedu apabila rumahnya diserbu sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Nakortik Daerah di Kampung Belt, dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi kelmarin, pihaknya membuat serbuan ke atas premis tersebut yang disyaki menjadi 'port' menjual air ketum.

Menurutnya, ketika serbuan dijalankan, lelaki berusia 45 tahun itu yang sedang sibuk memasak daun ketum sewaktu kehadiran polis.

"Lelaki terbabit turut memberitahu dia adalah pemilik premis itu dan disyaki terlibat dalam aktiviti memproses serta menjual air ketum yang berada di luar rumah tersebut," katanya.

Tambahnya, anggotanya telah menjalankan pemeriksaan di kawasan luar dan dalam rumah tersebut dan menjumpai beberapa alatan yang disyaki digunakan untuk memproses serta menjual air ketum.

“Kami menjumpai satu unit bekas plastik berwarna hitam di dalamnya mengandungi 20.5 kilogram daum ketum, satu periuk logam besar yang berisi 25 kilogram campuran daun-daun ketum bersama-sama air ketum yang telah dimasak.

“Selain itu, satu unit dapur beserta tong gas dan alat penimbang serta plastik berwarna merah yang mengandungi 14 peket plastik berisi air ketum masing-masing mengandungi 450 mililiter setiap satu turut ditemui,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Mohamad Zaki berkata, siasatan lanjut mendapati premis itu dijadikan tempat penjualan air ketum untuk penduduk sekitar Labu Kubong dan Chenderong Balai sejak beberapa bulan lalu.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati suspek berjaya menjual antara 80 hingga 100 paket air ketum yang berharga RM3 sepeket dalam tempoh satu hari.

"Semua barangan kes yang dijumpai dalam premis tersebut dirampas dan suspek dibawa ke IPD Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

“Hasil daripada ujian saringan awal mendapati air kencing suspek negatif tanpa sebarang kandungan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3)/(5) Akta Racun 1952 (Semakan 1989) yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
More aboutLeka masak daun ketum

Pencuri ditembak angkara pecah kereta ejen FBI

Posted by godonker

Pencuri ditembak angkara pecah kereta ejen FBI,
BANDAR RAYA NEW YORK: Tiga pencuri kereta malang mensasarkan mangsa yang salah apabila mereka memecah masuk sebuah kereta Lexus milik ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebelum ejen terbabit menembak mereka.

Ejen yang sedang bercuti itu menembak seorang daripada pencuri itu di belakang tubuhnya ketika dia melarikan diri pagi semalam. Polis menemui suspek berkenaan selepas dia muncul di unit kecemasan sebuah hospital dengan kecederaan akibat tembakan peluru di belakang badannya.

Menurut polis, ejen FBI terbabit berada di kediamannya di Queens ketika tiga pencuri itu memecah keretanya kira-kira jam 5.15 pagi.

Dia berlari keluar dan berdepan dengan pencuri berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan ketika mereka cuba melarikan diri. Tidak diketahui apa yang menyebabkan ejen itu menggunakan senjatanya.

Polis berkata, pencuri itu mungkin mencuri radio daripada kenderaannya.

Dia segera menghubungi 911 untuk membuat laporan bahawa pencuri melarikan diri dengan kereta berwarna gelap.

Polis bandar raya ini bergegas ke tempat kejadian, tetapi ketika mereka tiba, tiada tanda-tanda menunjukkan suspek berada di situ.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki yang menepati keterangan diberikan ejen itu datang ke unit kecemasan Hospital Universiti Brookdale dengan kecederaan tembakan peluru di belakang tubuhnya. - DM

Sumber : Hmetro
More aboutPencuri ditembak angkara pecah kereta ejen FBI

Penarik kereta parah dibelasah Geng Mat Belacan

Posted by godonker on Wednesday, July 18, 2012

Penarik kereta parah dibelasah Geng Mat Belacan, Geng Mat Belacan, S. Siva,
KUALA LUMPUR — Seorang penarik kereta cedera parah di bahagian muka setelah mendakwa dibelasah sekumpulan gangster dikenali “Geng Mat Belacan” di Jalan Yap Kwan Seng di sini, petang tadi.

Mangsa S. Siva, 35, berkata, kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika beliau sedang mengambil dokumen di pejabatnya apabila lima lelaki yang memperkenalkan diri sebagai “Geng Mat Belacan” mendakwanya telah menarik sebuah kereta milik mereka, baru-baru ini.

"Mereka cuba menarik saya ke dalam sebuah kereta namun saya enggan sebelum mereka memukul saya di telinga dan perut,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, malam tadi.

Siva berkata, beliau telah bekerja sebagai penarik kereta yang sah untuk beberapa bank sejak 12 tahun lepas dan kejadian itu adalah yang pertama beliau diserang.

Katanya, baru-baru ini, beliau menarik sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang gagal menjelaskan ansuran bulanan dengan sebuah bank di sini.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan terhadap kes itu sedang dijalankan. — BERNAMA

Sumber : Kosmo
More aboutPenarik kereta parah dibelasah Geng Mat Belacan

2 Pencuri tembaga parah terkena renjatan elektrik dalam gudang

Posted by godonker

Pencuri tembaga parah terkena renjatan elektrik dalam gudang,
LONDON: Dua lelaki melecur teruk selepas mereka dipercayai cuba mencuri kabel tembaga dari sebuah gudang meter, semalam.

Suspek, 20, memecah masuk sebuah bangunan kosong bersama rakannya - berusia 16 tahun di Luton, Bedfordshire.

Mereka kemudian memotong kabel berkenaan tanpa menyedari ia masih mempunyai arus elektrik.

Polis yang datang selepas dimaklumkan ada orang memecah masuk ke premis itu terkejut mendapati dua lelaki melecur dan mengerang dalam kesakitan.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 20 tahun itu kini dirawat di unit kebakaran sebuah hospital tempatan kerana melecur teruk pada tangan dan lengan, manakala remaja terbabit parah di muka, termasuk hidung. Menurut polis, kedua-dua suspek itu ditahan kerana disyaki mencuri, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, semalam. Rekod polis menunjukkan, kes kecurian kabel tembaga memang semakin meningkat di seluruh negara. - DM

Sumber : Hmetro
More about2 Pencuri tembaga parah terkena renjatan elektrik dalam gudang

Ekor tikus dalam burger dibeli di McDonald’s

Posted by godonker

Ekor tikus dalam burger dibeli di McDonald’s,
Sumber gambar - LINK
SANTIAGO (Chile): Pihak berkuasa kesihatan di Chile, mengesahkan apa yang didakwa oleh seorang lelaki sejak berminggu-minggu lalu, dia menemui ekor tikus dalam burger McDonald’s.

Jun lalu, lelaki itu perasan sesuatu yang asing ketika dia menggigit burger yang dibeli di restoran McDonald’s di bandar Temuco, kira-kira 700 kilometer di selatan ibu negara Chile, Santiago.
Dia berkata, ia kelihatan seperti ekor tikus dan memfailkan aduan kepada pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Kelmarin, Ketua Jabatan Kesihatan Wilayah, Waldo Armstrong mengesahkan perkara yang ditakuti oleh pelanggan.

“Terdapat kesan ekor tersepit antara keju dan roti dan ekor itu telah dimasak,” katanya kepada wartawan.

Restoran itu ditutup dan siasatan mendedahkan, tahi tikus di dalam restoran itu, dan ekor tikus diletak di dalam burger dengan sengaja. - AFP

Sumber : Hmetro
More aboutEkor tikus dalam burger dibeli di McDonald’s

Baling topeng ke arah ketua pentadbiran Hong Kong

Posted by godonker on Tuesday, July 17, 2012

Baling topeng ke arah ketua pentadbiran Hong Kong,
HONG KONG - Seorang anggota perwakilan Liga Demokrat Sosial, Leung Kwok-hung diusir keluar dari dewan Majlis Perundangan selepas beliau membaling topeng ke arah Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying semalam.

Menurut akhbar The Standard, Kwok-hung melakukan perbuatan itu selepas beliau tidak berpuas hati dengan Chun-ying yang gagal memberi jawapan yang memuaskan.

Chun-ying memberi jawapan itu selepas Kwok-hung bertanya tentang kes pembinaan struktur haram di kediaman Ketua Pegawai Eksekutif tersebut.

Bagaimanapun, topeng itu tidak mengenainya.

Kwong-hung kemudian ditahan oleh beberapa anggota keselamatan dan dibawa keluar daripada dewan tersebut.

Kes pembinaan bangunan haram di kediaman mewah Chun-ying itu mendapat liputan meluas akhbar sebelum ini menyebabkan beliau meminta maaf berhubung isu tersebut.

Namun, dalam jawapannya, Chun-ying menyatakan beliau cuai tentang status pembinaan kediaman tersebut.

Struktur haram itu kemudian telah dirobohkan.

Chun-ying dipilih dalam pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif pada Mac lalu bagi mengetuai pentadbiran Hong Kong. - Agensi

Sumber : Kosmo
More aboutBaling topeng ke arah ketua pentadbiran Hong Kong

90 Peratus murid sekolah Katolik beragama Islam

Posted by godonker

BIRMINGHAM: Sebuah sekolah Katolik di bandar ini semalam mendedahkan 90 peratus muridnya beragama Islam.

Bangunan sekolah itu penuh dengan ikon dan patung berkait dengan agama Kristian dan murid melakukan upacara keagamaan Katolik setiap hari.

Namun, hanya 40 kanak-kanak yang belajar di situ adalah penganut Katolik.

Ada di kalangan bapa murid itu adalah imam sementara sebahagian pelajar tinggal di kawasan masjid berhampiran.

Bagaimanapun, Sekolah Rendah Katolik Rosary yang terletak di kawasan penduduk majoriti Islam menegaskan, hubungannya dengan gereja Katolik adalah kukuh.

Ada murid Islam bertindak sebagai pelayan paderi di perhimpunan sekolah.

Pengetuanya, John Gub- bins berkata: “Kami mengikut program pelajaran Gereja Katolik untuk pelajaran agama yang diberikan kepada murid antara 10 hingga 15 peratus seminggu.” - DM

Sumber : Hmetro
More about90 Peratus murid sekolah Katolik beragama Islam

20 Doktor gagal kesan barah

Posted by godonker

20 doktor gagal kesan barah, doktor gagal kesan barah, Yvonne Bull,
LONDON: Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.

Yvonne Bull, 32, berkata, dia diberitahu supaya tidak bimbang apabila anaknya, Isabel dilahirkan dengan tanda ungu pada bahagian kiri mukanya.

Tetapi si kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi kerana tanda itu yang akhirnya disahkan ketumbuhan dan membesar dalam masa sebulan hingga menutup telinga kirinya.

Isabel yang sekarang berusia empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan itu.

Yvonne, jururawat di Sturminster Marshall, Dorset berkata, doktor sebelum ini memberitahunya, tanda ungu itu yang asalnya bersaiz bola golf, hanyalah tanda lahir ‘strawberi.’ Apabila ia semakin membesar dan berdarah, Yvonne berulang kali membawa Isabel ke hospital tetapi doktor hanya memberi ubat untuk mengecutkan tanda lahir itu.

Selepas beberapa kali ulang- alik, Isabel akhirnya dirujuk ke Hospital Great Ormond Street di London dan ujian mendapati dia menghidap ketumbuhan sarkoma, sesuatu yang jarang berlaku.

Yvonne, ibu empat anak berkata, Isabel berdepan dengan masa depan yang tidak menentu kerana barah itu berkemungkinan kembali.

“Apabila dia dilahirkan, doktor dan jururawat membawa bayi itu dan berkata dia hanya mempunyai benjol kecil.

“Bagi saya, ia bukan kecil, tetapi besar. Saya menangis. Saya tidak pernah melihat seperti itu sebelum ini. Ia amat besar. Ia sepatutnya hari yang gembira untuk kami. Tetapi tidak.

“Mereka berusaha memberi jaminan kepada kami bahawa ia hanya tanda lahir. Tetapi ia tidak kelihatan seperti itu.

“Kami membawa Isabel menemui 20 doktor dan mereka tidak pernah bertanyakan mengenai diagnosis asal. Mereka cuma berkata, ia tanda lahir dan memberitahu kami supaya tidak bimbang.

Yvonne yang tinggal bersama temannya, Anthony Roch, 37, perunding pengambilan pekerja, menjalani ujian pengimbasan pada minggu 34 kehamilannya dan keputusan menunjukkan ada sesuatu yang luar biasa.

Isabel dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean seperti yang dirancang pada 1 Mac di Hospital Poole.

Dia menjalani pembedahan selama enam jam untuk membuang sel barah itu pada 29 April dan mula menjalani kemoterafi pada 1 Mei.

Yvonne yang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang berkata, Isabel kini hanya mempunyai telinga sebelah kanan dan parut yang besar pada mukanya.

Doktor juga memberi amaran, kanak-kanak itu juga mungkin tidak boleh bercakap dan berdepan dengan masalah bahasa pada masa depan. - DM

Sumber : Hmetro
More about20 Doktor gagal kesan barah

Biodata dan Profil Personil Bessara Lengkap

Posted by godonker on Monday, July 16, 2012

Sudah lama saya tidak update artikel dan kini Bersasi akan memberikan Biodata dan Profil Personil Bessara Lengkap. Ya baru-baru ini girlband asal Indonesia ini menggebrak dunia musik Indonesia, Personil Bessara di huni oleh 4 cewe cantik yang unyu-unyu. Show tanpa panjang lebar lagi mending kita lihat yu Biodata dan Profil Lengkap Bessara bersama Foto Terbaru Bessara.

foto terbaru bessera

Biodata Bella Bessara
Bella Bessara
Bella Bessara

Nama Lengkap : Bella Graceva Amanda Putri
Nama Panggilan : Bella
Kota Kelahiran : Palembang
Tanggal Lahir: 6 Juli
Hobi : nyanyi
Twitter : @bellagraceva_ap






Biodata Salsha Bessara
Salsha Bessara
Salsha Bessara

Nama Lengkap : Salsabila Adriani
Nama Panggilan : Salsha
Tanggall Lahir : 12 Agustus 2000
Tinggi Badan : 146 cm
Orang tua : Hasdy Adrin ( ayah ), Helen Oktavia Salsha ( ibu )
Twitter : @Salshabilla_FC






Biodata Cassandra/Cessie Bessara
Cassandra/Cessie Bessara
Cassandra/Cessie Bessara

Nama Lengkap : Cassandra S Lee
Nama Panggilan : Cessie/Cassandra
Twitter : @cassandrasleee









Biodata Sharon Bessara

Sharon Bessara
Sharon Bessara
Nama Lengkap : Sharon Sahertian
Nama Panggilan : Sharon
Twitter : @sharonnow123










Demekianlah Biodata dan Profil Personil Bessara Lengkap dengan Foto Terbaru Bessara tentunya. Semoga dapat menambah informasi bagi anda semua.
More aboutBiodata dan Profil Personil Bessara Lengkap

Hukum mengambil gambar

Posted by godonker on Sunday, July 15, 2012

Hukum mengambil gambar,
Sejak akhir-akhir ini, ramai orang telah menceburi bidang fotografi dan menjadikannya sebagai satu pekerjaan sampingan. Bermula dengan era kamera DSLR, bidang ini dilihat mampu menjadi salah satu pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang tinggi. Ekoran daripada itu, ramai yang lupa bahawa setiap benda yang kita lakukan perlu mengikut syariat Islam. Di sini terdapat koleksi soal jawab mengenai hukum mengambil gambar fotografi terutamannya dalam majlis perkahwinan.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?
Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografiharus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?
Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?
Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).
Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).
Jawapan: Amalan seperti ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”

Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Sumber
More aboutHukum mengambil gambar

8,000 pelanggan doktor gigi diancam jangkitan HIV

Posted by godonker on Saturday, July 14, 2012

8,000 pelanggan doktor gigi diancam jangkitan HIV,
DENVER: Seorang doktor gigi yang digantung lesen mungkin mendedahkan ribuan pelanggan kepada jangkitan HIV dan hepatitis kerana dia mengitar semula peralatannya.

Jabatan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Colorado berkata, kira-kira 8,000 pelanggan Stephen Stein dinasihat menjalani ujian kesihatan dengan segera.

Jabatan terbabit juga menghantar surat kepada semua pelanggan Stein untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Perbuatan Stein terdedah apabila penyiasat menemui bukti dia menggunakan semula jarum dan picagari di dua kliniknya antara September 1999 dan Jun 2012.

Kenyataan jabatan itu menyebut, amalan berkenaan bercanggah dengan protokol perubatan standard.

“Ia terbukti menyebarkan jangkitan,” katanya. Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mendapat pengesahan mengenai sebarang kes membabitkan jangkitan berbahaya dari klinik Stein. - Reuters

Sumber : Hmetro
More about8,000 pelanggan doktor gigi diancam jangkitan HIV

Jerung baham, larikan mayat peluncur

Posted by godonker

Jerung baham, larikan mayat peluncur,
SYDNEY: Seorang peluncur maut dibaham jerung di perairan barat Australia semalam, kata saksi dan pihak berkuasa.

Ia adalah kejadian kelima di kawasan itu dalam tempoh kurang dari setahun. Mangsa diserang ketika meluncur berhampiran Pulau Wedge di utara Perth pagi semalam bersama seorang rakannya.

Saksi berkata, jerung itu membaham badan mangsa menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

“Insiden itu amat mengerikan,” katanya. Beberapa detik selepas itu, katanya, air di situ kemerahan kerana darah dan jerung berkenaan mengelilingi sisa badan mangsa.

Saksi yang menaiki jet ski berkata, ikan berkenaan mungkin berukuran empat atau lima meter. “Apabila saya mencapai tubuh lelaki itu jerung berkenaan cuba menyerang dan saya berpusing sedikit jauh.

“Ketika saya pergi semula ke situ, jerung berkenaan melarikan tubuh lelaki terbabit,” katanya. Jerung putih - boleh membesar sehingga enam meter dan seberat dua tan - dikenali ramai hasil filem Jaws terbitan 1975.

Peronda pantai berkata, gerakan mengesan mayat lelaki berusia 20-an itu masih dijalankan. “Setakat ini (petang semalam) tiada kesan lelaki itu ditemui,” katanya. - AFP

Sumber : Hmetro
More aboutJerung baham, larikan mayat peluncur

Lawan tarik beg dengan peragut

Posted by godonker on Friday, July 13, 2012

Lawan tarik beg dengan peragut, Arif, 30-an, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam kejadian jam 10 pagi,
PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak nekad mengejar dua peragut yang terjatuh daripada motosikal ketika cuba meragut beg isterinya dalam kejadian di Jalan Klang Lama berhampiran Taman Petaling Utama, di sini, semalam.

Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Arif, 30-an, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang menunggang motosikal apabila dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dari arah belakang dalam kejadian jam 10 pagi.

Katanya, seorang lelaki terbabit tiba-tiba bertindak meragut beg tangan diletakkan atas riba pembonceng wanita menyebabkan mangsa cuba mempertahankan beg tangannya dan berlaku tarik-menarik dengan lelaki itu.

“Ini menyebabkan motosikal ditunggang peragut terbabit hilang kawalan lalu terjatuh sebelum pasangan suami isteri itu memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan mengejar mereka. “Namun, kedua-dua peragut itu tidak dapat melarikan diri kerana kaki mereka dihempap motosikal dan orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap dan menyerahkannya kepada anggota polis peronda (MPV) yang tiba sejurus kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Semakan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 20-an itu tiada rekod kesalahan lampau. Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada mereka ada kaitan dengan jenayah ragut dan samun di kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber : Hmetro
More aboutLawan tarik beg dengan peragut

Bagaimana Dajjal menewaskan para nabi

Posted by godonker on Thursday, July 12, 2012

Bagaimana Dajjal menewaskan para nabi,
Pemahaman penulis kepada sejarah Nabi membawa kepada beberapa konklusi. Diantaranya :

1. “Pembunuhan” para nabi tidak akan menghapuskan Islam tetapi cara yang berkesan adalah dengan “merosakkan” ajaran Islam.

2. Manusia yang paling berbahaya adalah manusia yang penakut tetapi penuh dengan cita-cita. Kerana sifat penakutnya hidupnya penuh dengan tipu muslihat.

Sebab itulah Allah mengharamkan syurga kepada manusia yang “dayus”. Firaun memilih untuk membunuh Nabi MUSA, sedangkan SAMIRI memilih untuk merosakkan ajaran Nabi MUSA dengan patung lembu emasnya.

Perjuangan FIRAUN berakhir degan kematian yg tragis, tetapi perjuangan SAMIRI meninggalkan kerosakkan kepada Ajaran Nabi MUSA. Kerosakkan Aqidah itu membawa kepada kesukaran untuk memulihnya untuk jangka masa yang panjang. Jika Samiri itu Dajjal, apakah kaedah yang sama digunakan untuk menghapuskan Islam dimuka bumi ini sekarang iaitu dengan merosakkannya.

Apakah Samiri akan membiarkan begitu sahaja Politik Islam, Pendidikkan Islam, Ekonomi Islam bergerak bebas dimuka bumi dengan tanpa usaha untuk merosakkannya walaupun sedikit ? SAMIRI benar-benar berjaya merosakkan ISLAM sehingga tinggal pada nama sahaja dan pengikutnya hanya seperti buih di lautan.

Sememangnya beliau berada dibelakang semua ajaran LIBERALISME dan SEKULARISME yang amat halus untuk merosakkan ajaran Islam. Samiri itu berbangsa Yahudi dan sememangnya Yahudi itu sifatnya penakut. Tetapi mereka memilikki akal yang cerdas untuk “cover-up” kelemahan mereka. Mereka berbangsa penakut kerana mereka cinta dunia, berpenyakit WAHAN.

Mereka sentiasa berfikir mahu mencipta syurga didunia. Mereka mencipta pelbagai propaganda untuk menguasai pemikiran manusia. Mereka bangsa yang berbahaya kerana sifat penakut itu Diatas pemahaman itu, umat Islam haruslah sentiasa berusaha untuk mempertulenkan keislaman diri kerana musuh-musuh yang merosakkan keislaman kita ada dimana-mana. Ya Allah jauhilah diriku, keluargaku, saudara maraku, jiran-jiranku, sahatku dan seluruh umat Islam dari Fitnah Dajjal. Wallahualam "
Sumber
More aboutBagaimana Dajjal menewaskan para nabi

Suami isteri bawa anak buat jenayah

Posted by godonker

Suami isteri bawa anak buat jenayah, Sepasang suami isteri tergamak membawa anak lelaki mereka yang masih kecil semata-mata bagi mengaburi orang ramai ketika melakukan jenayah mencuri kereta Perodua Kancil sebelum dileraikan dan aksesori kenderaan itu kemudian dijual sebagai alat ganti terpakai,
SEREMBAN: Sepasang suami isteri tergamak membawa anak lelaki mereka yang masih kecil semata-mata bagi mengaburi orang ramai ketika melakukan jenayah mencuri kereta Perodua Kancil sebelum dileraikan dan aksesori kenderaan itu kemudian dijual sebagai alat ganti terpakai.

Difahamkan, pasangan itu menggunakan taktik berkenaan supaya orang ramai tidak menyangka mereka adalah pencuri kereta, sekali gus mengelak diberkas.

Bagaimanapun, kegiatan itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket mencuri kereta dalam dua serbuan berasingan di Kajang, Selangor dan Melaka bulan lalu manakala suspek wanita masih diburu.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 12 kenderaan dipercayai dicuri pasangan suami isteri berkenaan yang kemudian diserahkan kepada seorang pemilik bengkel di Kajang, Selangor.

“Berikutan penahanan kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 31 tahun itu, polis yakin dapat menyelesaikan 12 kes kecurian kenderaan membabitkan lima kes di negeri ini serta masing-masing dua kes di Selangor dan Melaka dan tiga di Wilayah Persekutuan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Sumber : Hmetro
More aboutSuami isteri bawa anak buat jenayah

Belasah isteri 6 jam

Posted by godonker

Belasah isteri 6 jam, Hanya kerana gagal memperoleh wang daripada isteri, seorang lelaki tergamak membelasah wanita itu menggunakan kabel elektrik selama hampir enam jam dalam kejadian di rumah mereka di Mambau, dekat sini,
REMBAU: Hanya kerana gagal memperoleh wang daripada isteri, seorang lelaki tergamak membelasah wanita itu menggunakan kabel elektrik selama hampir enam jam dalam kejadian di rumah mereka di Mambau, dekat sini.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut memukul dua daripada empat anak mereka termasuk yang baru berusia dua tahun hingga terpaksa menerima 18 jahitan di kepala manakala anak sulung berusia empat tahun cedera di bawah mata kanan selepas terkena kabel elektrik dihayun bapanya.

Menurut sumber, suspek yang menganggur berusia 30 tahun didakwa bertindak demikian terhadap isterinya sejak beberapa bulan lalu dan kemuncaknya pada 4 Julai lalu apabila dia membelasah mangsa dengan kabel elektrik tanpa henti dari jam 8 pagi hingga 1.50 tengah hari di rumah mereka.

"Akibat kejadian itu, mangsa yang berusia 27 tahun, seorang pengawal keselamatan mengalami lebam di tangan, kaki, seluruh badan, kepala dan muka.

“Sebelum ini, lelaki itu pernah mengugut merampas semua anak jika mangsa membuat laporan polis selain mahu membunuhnya jika melarikan diri,” katanya.

Sumber : Hmetro
More aboutBelasah isteri 6 jam

Lelaki perdagang gadis dihukum penjara 170 tahun

Posted by godonker

Lelaki perdagang gadis dihukum penjara 170 tahun, Bajir Singh Tamang, 37, dilapor memperdaya mangsa yang berasal dari luar bandar dengan menjanjikan kehidupan lebih baik, bekerja sebagai pembantu rumah di negara Asia Barat dan India sebelum menjual mereka ke rumah pelacuran di India,
KATHMANDU: Sebuah mahkamah di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 170 tahun ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah menyeludup gadis belasan tahun ke India untuk bekerja sebagai pelacur.

Bajir Singh Tamang, 37, dilapor memperdaya mangsa yang berasal dari luar bandar dengan menjanjikan kehidupan lebih baik, bekerja sebagai pembantu rumah di negara Asia Barat dan India sebelum menjual mereka ke rumah pelacuran di India.

Enam mangsa berusia bawah 16 tahun yang diselamatkan oleh kumpulan hak asasi manusia pada 2007 dan 2009 mengambil tindakan undang-undang terhadap Tamang, kata pendakwa raya, Krishna Jung Shah.

“Dia dituduh mengambil gadis remaja bekerja secara haram, menjual mereka ke rumah pelacuran di India dan menjalankan kegiatan pelacuran,” kata Shah, pendakwa raya di Sindhupalchok, tengah Nepal.

Menurutnya, hukuman itu, paling lama dalam sejarah kehakiman Nepal, adalah selaras dengan garis panduan yang diperkenalkan lima tahun lalu untuk mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang terbabit dalam jenayah pemerdagangan manusia. - AFP

Sumber : Hmetro
More aboutLelaki perdagang gadis dihukum penjara 170 tahun

Buaya mati dibunuh selepas baham lengan remaja

Posted by godonker on Wednesday, July 11, 2012

Buaya mati dibunuh selepas baham lengan remaja, Mangsa yang berusia 17 tahun, Kaleb Langdale terselamat dalam serangan tersebut yang berlaku pada Isnin lalu,
MOORE HAVEN, Amerika Syarikat - Seekor buaya sepanjang sekurang-kurangnya tiga meter menerpa dan menggigit hingga putus lengan kanan seorang remaja ketika dia berenang di sungai Caloosahatchee dekat sini, kata beberapa pegawai hidupan liar negeri Florida kelmarin.

Mangsa yang berusia 17 tahun, Kaleb Langdale terselamat dalam serangan tersebut yang berlaku pada Isnin lalu.

Haiwan ganas itu kemudian dibunuh beberapa pekerja Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) dan pakar pengesan buaya tersebut.

Pekerja-pekerja itu turut berjaya mendapatkan semula lengan mangsa tetapi doktor-doktor gagal menyambung kembali organ tersebut.

"Kami dapat membunuh buaya itu dan membelah perut haiwan tersebut, mendapatkan semula lengan mangsa dan membawanya ke hospital agar ia dapat disambung semula," kata jurucakap FWC, Jorge Pino.

Menurutnya, remaja berkenaan berada dalam keadaan baik dan kini dirawat di sebuah hospital di sini.

Seorang rakan remaja itu, Gary Beck berkata, Langdale muncul di permukaan air selepas dibaham dengan menyatakan lengannya telah hilang dan meminta pihak paramedik dihubungi.

Buaya bertindak lebih ganas kerana musim mengawan. - Agensi

Sumber : Kosmo
More aboutBuaya mati dibunuh selepas baham lengan remaja

3 Polis, bapa rogol remaja

Posted by godonker

3 polis, bapa rogol remaja, Polis Nong Sua menahan Somnuek Pokkati, 42 di rumahnya di tambon Nong Sam Wang sebaik saja anak perempuannya membuat aduan rogol, semalam, Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memfailkan aduan polis terhadap lima lelaki, termasuk tiga anggota polis dan bapanya sendiri, kerana menuduh mereka merogolnya,
BANGKOK: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memfailkan aduan polis terhadap lima lelaki, termasuk tiga anggota polis dan bapanya sendiri, kerana menuduh mereka merogolnya.

Polis Nong Sua menahan Somnuek Pokkati, 42 di rumahnya di tambon Nong Sam Wang sebaik saja anak perempuannya membuat aduan rogol, semalam.

Remaja itu berkata, bapanya merogolnya berkali-kali sejak usianya tujuh tahun.

Somnuek menafikan dakwaan itu.

Anak perempuannya membuat aduan di balai polis Nong Sua di wilayah Pathum Thani semalam dengan bantuan pekerja sosial, Siplachai Khenpa.

Remaja itu baru memulakan kerja sebagai polis lalu lintas sukarela di balai polis Pratunam Chulalongkorn di daerah Thanyaburi.

Katanya, tiga anggota polis trafik dari balai tempat dia bekerja, mabuk dan merogolnya di sebuah hotel.

Dia berkata, dia melarikan diri dan mendapatkan teksi. Selepas memberitahu kepada pemandu apa yang berlaku, dia dibawa ke sebuah hotel lain dan pemandu itu merogolnya.

Silpachai berkata, remaja itu dibawa ke rumah untuk kanak-kanak dan wanita didera di Pathum Thani oleh seorang dewasa yang dia percayai.

Ketua Polis Nong Sua, Kolonel Bancha Tipayanot berkata, siasatan akan mengambil masa kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.

Katanya, tarikh tepat tuduhan rogol remaja itu terhadap anggota polis dan pemandu trafik masih belum dapat dipastikan lagi. - Bangkok Post.

Sumber : Hmetro
More about3 Polis, bapa rogol remaja

Biri-biri dipasang dengan telefon bimbit elak dicuri

Posted by godonker

Biri-biri dipasang dengan telefon bimbit elak dicuri,
CAPE TOWN: Seorang peladang di negara ini memantau ‘panggilan’ telefon daripada ternakan biri-birinya selepas melengkapkan haiwan berkenaan dengan telefon bimbit bagi mengesan pergerakannya ekoran kecurian haiwan itu baru-baru ini, menurut laporan akhbar tempatan semalam.

Apabila ‘panggilan’ dibuat, ia selalunya adalah berita buruk buat peladang terbabit, Erard Louw dari pinggir Cape Town, kerana telefon bimbit di leher haiwan berkenaan hanya dihidupkan ketika ia mula berlari, tanda menunjukkan pencuri telah menceroboh masuk ke dalam kurungan. “Apabila haiwan itu mula berlari ia akan memberikan panggilan dan berbunyi ‘biri-biri satu’ atau ‘biri-biri dua’, jadi sekurang-kurangnya saya tahu di mana hendak mencari kerana ladang ini seluas 750 hektar,” katanya kepada akhbar harian The Cape Times. Louw memasang alat keselamatan seperti telefon itu di tengkuk empat ekor biri-biri dalam kumpulan berasingan selepas pencuri menceroboh masuk dan mencuri 27 ekor biri-biri dan 13 ekor kambing dua minggu lalu. - AFP

Sumber : Hmetro
More aboutBiri-biri dipasang dengan telefon bimbit elak dicuri