KULIM - Kerana terlalu kecewa dengan sikap suami yang sering keluar berhibur di pusat hiburan bersama wanita kelab malam dan balik dalam keadaan mabuk, seorang isteri berusia 40-an mengambil keputusan untuk meminum racun.
Menurut waris mangsa, suami mangsa sering keluar lewat malam dan hanya akan balik ke rumah pada waktu subuh.
Masalah rumah tangga mereka semakin serius apabila si suami mula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelayan di pusat hiburan itu.
Sejak perkenalan itu, suami mangsa tidak lagi mengambil berat tentang keluarga, terutama anak-anak dan dirinya.
Punca permasalahan itu berlaku apabila mangsa enggan melayan kehendak suaminya setiap kali si suami ingin bersama.
Mangsa dikatakan sering memberi alasan penat menyebabkan suami kecewa kemudiannya mula mencari tempat berhibur untuk menenangkan fikiran bersama teman lain.
Sebelum kejadian itu, mangsa perasan dengan perubahan yang berlaku pada suaminya, di mana suami mangsa kurang bercakap selain tidak begitu menaruh harapan terhadap
mangsa seperti selama ini. Mangsa curiga dan cuba menyiasat.
Menurut waris mangsa, mangsa terkejut apabila suaminya tidak lagi hairan walaupun tidak melakukan hubungan seks bersamanya selama dua bulan.
Mangsa curiga dengan perubahan itu kemudiannya dimaklumkan rakan-rakan bahawa suaminya sudahpun mempunyai seorang kekasih berusia 23 tahun.
“Kerana terlalu kecewa, mangsa minum racun anai-anai. Kami menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut, bagaimanapun keadaannya kini stabil.
“Mujurlah mangsa hanya minum racun anai-anai, kalau racun tikus atau racun rumput tentu keadaannya lebih serius. Pihak hospital turut memaklumkan tentang kejadian itu kepada
polis,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment