Jari budak putus dibaham pirana dibela keluarga

Posted by godonker on Monday, June 25, 2012

Jari budak putus dibaham pirana dibela keluarga,
ILLINOIS: Apabila anak perempuan mereka yang berusia 18 bulan menangis kerana hujung jarinya putus, kelihatan seperti digigit, kedua-dua ibu bapanya mengesyaki ia angkara anjing peliharaan mereka.

Tetapi, selepas dilihat dengan teliti, polis mendedahkan ia mungkin disebabkan haiwan peliharaan yang lebih kecil dan lebih senyap, ikan pirana yang dibela oleh mereka.
Polis di Maine Township, Illinois hanya memerhatikan ikan bergigi tajam yang berenang di akuarium berdekatan dengan tempat kanak-kanak itu bermain, ketika doktor mengesahkan gigitan itu bukan disebabkan oleh anjing.

Jurucakap Pejabat Syerif Cook County, Frank Bilecki berkata, “Kami bercakap dengan ibu kanak-kanak itu dan bertanya apa lagi yang menggigit?”

“Dengan cepat, ibunya berkata, dua ekor ikan itu memang terletak dekat dengan tempat kanak-kanak itu bermain.... Kami tahu pirana boleh menggigit,” katanya.

Selepas memberitahu bapa kanak-kanak itu, yang turut berada di rumah pada waktu itu, lelaki itu terus ke akuarium dan memasukkan tangannya ke dalam air lalu mengambil seekor ikan itu dari akuarium itu.

“Dia langsung tidak takut. Itu memang naluri seorang bapa,” katanya.

“Selepas mengambil ikan itu, bapa yang panik itu terus memotong ikan itu dan hujung jari itu masih berada di dalam perutnya. Dia segera meletakkannya ke dalam ais dan membawanya ke hospital dengan segera,” katanya.

Jurucakap hospital itdak dapat mengesahkan sama ada hujung jari itu boleh disambung.

“Ibu bapa kanak-kanak itu benar-benar sedih dengan kejadian itu,” katanya dengan menambah, kanak-kanak itu adalah satu-satunya anak pasangan itu.

Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga menyiasat rumah kanak-kanak itu dan tidak menemui bukti ibu bapanya cuba mencederakan anak mereka.

Tiada tuduhan difailkan ke atas mereka.

Pengarah Jabatan Perikanan Akuarium Shedd, George Parsons berkata, ikan pirana boleh dibeli secara sah di Illinois.

Katanya, walaupun mereka pernah mendapat satu atau dua panggilan setahun bertanyakan bagaimana merawat gigitan pirana, tetapi berita mengenai seseorang kehilangan jari kerana digigit ikan itu, amat jarang didengar. - Daily Mail

Sumber : Hmetro
More aboutJari budak putus dibaham pirana dibela keluarga

Gara-gara mahu mencuri

Posted by godonker

Gara-gara mahu mencuri,
CALIFORNIA: Seorang remaja berusia 17 tahun tersepit tangannya di mesin layan diri ketika cuba mencuri air botol.

Pelajar Sekolah Tinggi Sweetwater dari National City, California terpaksa menunggu kira-kira sejam dengan tangannya di dalam mesin layan diri Coca Cola kerana dia cuba mencuri air botol melalui lubang penerima tanpa membayar.

Anggota bomba menggunakan kapak, tuil besi, gergaji dan pelbagai alat hidraulik untuk membebaskan tangan remaja itu.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti pelajar sekolah tinggi itu.

Remaja itu yang membawa bersamanya papan luncur, membuat keputusan untuk menyeluk tangannya ke dalam lubang penerima, tempat di mana botol akan jatuh untuk diambil oleh pembeli selepas membayar harganya.

Namun begitu, tangannya tersepit di dalam.

Dia cuba beberapa kali untuk menarik tangannya keluar dari situ.

Seorang penduduk terlihat remaja itu dan terus menelefon polis.

Anggota bomba, polis, paramedik dan keselamatan segera ke tempat kejadian.

Apabila kru kecemasan tidak menemui kunci yang dapat membuka pintu mesin itu, mereka membuat keputusan untuk menggunakan peralatan berasingan untuk melepaskan remaja itu.

Anggota bomba pada mulanya menggunakan kapak untuk memotong bahagian tepi mesin itu.

Mereka kemudian menggunakan tuil besi dengan harapan dapat membantu melepaskan remaja itu.

Tetapi, kedua-dua cara yang digunakan tidak berhasil dan anggota bomba menyelimuti remaja itu dengan selimut dan mula menggunakan alat hidraulik.

Anggota bomba juga menggunakan gergaji elektrik dan akhirnya berjaya membebaskan remaja itu.

Pelajar sekolah tinggi itu dirawat kerana cedera ringan dan rasa kebas. - Daily Mail

Sumber : Hmetro
More aboutGara-gara mahu mencuri

Pesawat tentera terhempas di atas rumah

Posted by godonker on Thursday, June 21, 2012

BEBERAPA petugas kecemasan memerhatikan timbunan runtuhan selepas sebuah pesawat tentera terhempas di Jakarta semalam, Pesawat Fokker-27 itu terhempas di kawasan perumahan di lapangan terbang tentera Halim Perdanakusuma pada pukul 2.45 petang (waktu tempatan) setelah berlepas dari lapangan terbang sama pada pukul 1.10 petang,
JAKARTA - Sebuah pesawat milik tentera udara Indonesia semalam terhempas di atas lapan buah rumah di sebuah pangkalan tentera di sini, membunuh sepuluh anak kapal dan menyebabkan sekurang-kurangnya lima yang lain cedera parah.

"Seorang lagi berada dalam keadaan kritikal," kata jurucakap tentera udara Indonesia, Asman Yunus.

Pesawat Fokker-27 itu terhempas di kawasan perumahan di lapangan terbang tentera Halim Perdanakusuma pada pukul 2.45 petang (waktu tempatan) setelah berlepas dari lapangan terbang sama pada pukul 1.10 petang.

Pesawat malang itu dikatakan sedang menjalani latihan penerbangan dan tidak mempunyai penumpang.

Pasukan bomba dilihat bertungkus-lumus memadamkan api yang memusnahkan beberapa buah rumah. Sayap pesawat itu juga dapat dilihat berada di atas sebuah rumah terbabit.

Pihak tentera akan menyiasat punca nahas pesawat yang sudah berusia lebih 20 tahun itu. Indonesia kini sedang dalam proses memodenkan pesawat dan peralatan ketenteraannya. Ia melibatkan pembelian pesawat dan bot dari Rusia serta Amerika Syarikat. - AFP

Sumber : Kosmo
More aboutPesawat tentera terhempas di atas rumah

Dua lelaki bakar diri di China

Posted by godonker

RAKAMAN amatur menunjukkan orang ramai melihat dua lelaki membakar diri di daerah Yushu di China kelmarin, Sebuah kumpulan pertubuhan nasionalis Tibet dalam buangan, Kongres Pemuda Tibet mengenal pasti mangsa yang mati sebagai Tenzin Khedup, 24, dan rakannya ialah Ngawang Norphel berusia 22 tahun,
BEIJING - Dua lelaki nekad membakar diri di daerah Yushu, dalam wilayah Qinghai bagi membantah pemerintahan China di Tibet dengan seorang mangsa maut, manakala rakannya parah.

Agensi berita rasmi Xinhua semalam melaporkan, mangsa yang maut merupakan seorang pengembala tempatan. Sementara lelaki yang terselamat berasal dari Aba, dalam wilayah Sichuan.

Sebuah kumpulan pertubuhan nasionalis Tibet dalam buangan, Kongres Pemuda Tibet mengenal pasti mangsa yang mati sebagai Tenzin Khedup, 24, dan rakannya ialah Ngawang Norphel berusia 22 tahun.

Pertubuhan itu turut menyiarkan rakaman video menunjukkan dua lelaki itu memegang bendera kemerdekaan Tibet ketika badan mereka dijilat api.

Sepanjang tahun lalu, dianggarkan berpuluh-puluh orang membakar diri di Tibet, China.

Mereka bertindak demikian kerana mendakwa Beijing menindas penduduk etnik Tibet. - AP

Sumber : Kosmo
More aboutDua lelaki bakar diri di China

Pura-pura mati untuk selamatkan diri

Posted by godonker on Tuesday, June 19, 2012

Puluhan kanak-kanak menjadi sasaran keganasan terburuk yang menyasarkan  golongan lemah di Syria, Apabila sekumpulan lelaki bersenjata bertindak zalim membunuh seluruh ahli keluarganya, Ali el-Sayed hanya mampu melihat dan cuba untuk menyelamatkan diri dengan melumur darah abangnya pada bajunya, El-Sayed, 11, terpaksa melakukan tindakan berpura-pura mati itu selepas menyaksikan sendiri pembunuhan kejam ke atas ibu bapa dan empat adik-beradiknya,
BEIRUT - Apabila sekumpulan lelaki bersenjata bertindak zalim membunuh seluruh ahli keluarganya, Ali el-Sayed hanya mampu melihat dan cuba untuk menyelamatkan diri dengan melumur darah abangnya pada bajunya.

El-Sayed, 11, terpaksa melakukan tindakan berpura-pura mati itu selepas menyaksikan sendiri pembunuhan kejam ke atas ibu bapa dan empat adik-beradiknya.

Adik bongsunya, Nader, 6, ditembak di belakang dan kepala tanpa perikemanusiaan. Ali adalah seorang daripada mangsa terselamat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Houla pada 25 Mei lalu.

Lebih 100 penduduk kebanyakannya kanak-kanak ditembak dan ditikam hingga mati di rumah mereka sendiri.

Kawasan kampung di wilayah Homs tersebut menempatkan golongan miskin yang bergantung hidup dengan kegiatan pertanian dan kebun zaitun.

Kejadian pembunuhan kejam itu menyebabkan negara antarabangsa mengutuk keras kepimpinan Presiden Bashar al-Assad yang didakwa sebagai dalang utama mencetuskan keganasan selepas revolusi kebangkitan rakyat
pada Mac tahun lalu.

Penyiasat Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) dan saksi di tempat kejadian mendakwa tindakan keganasan tersebut didalangi oleh kumpulan lelaki bersenjata dikenali sebagai shabiha.

Ahli kumpulan shabiha itu direkrut dari puak Alawite (penyokong kuat Assad) yang bergerak secara rahsia dipercayai melakukan pembunuhan, penderaan, serangan balas bagi pihak kerajaan.

Kerajaan sebelum ini, sering menyalahkan pengganas asing bertanggungjawab menyebabkan huru-hara dan konflik yang semakin meruncing di negara tersebut.

Difahamkan, kumpulan shabiha dilabelkan sebagai lebih ganas berbanding pasukan keselamatan kerana mereka turut membedil kawasan penempatan penduduk dan melepaskan tembakan secara melulu ke arah penunjuk perasaan.

Kumpulan 'khas' ini diarah untuk melakukan penganiayaan dan menakut- nakutkan pihak penentang Assad.

Aktivis yang turut membantu mengumpulkan mayat mangsa kekejaman rejim Assad di Houla turut melahirkan rasa simpati.

"Apabila kami sampai di Houla, banyak mayat bergelimpangan dalam keadaan begitu menyayat hati.

"Saya melihat mayat kanak-kanak dengan otaknya berkecai dan paling tidak masuk akal, apabila menyaksikan tubuh kecil yang mungkin berumur kurang dua tahun ditikam tanpa belas kasihan," menurut aktivis, Ahmad al-Qasem, 35.

Rejim Assad sekali lagi menafikan mereka bertanggungjawab ke atas pembunuhan ngeri di Houla dan berterusan menyalahkan pengganas asing.

Menurut sumber kerajaan, walaupun kumpulan shabiha dituduh melakukan tindakan keganasan itu, tiada bukti cukup untuk mendakwa rejim Assad mengarahkan pembunuhan di negara yang dilihat bakal terjerumus ke kancah perang saudara tersebut.

Pembangkang Syria menyifatkan penafian Assad dan kenyataan simpati beliau selama ini terhadap mangsa kekejaman di negara itu sebagai satu pembohongan.

Walaupun ribuan penduduk telah terkorban akibat keganasan sejak lebih setahun lalu, insiden di Houla ini didakwa menjadi simbol kekejaman melampau kerajaan Assad.

Laporan dikeluarkan oleh PBB mendedahkan kebanyakan mangsa dalam kejadian tersebut ditembak pada jarak dekat termasuk ahli keluarga el-Sayed.

Penyerang dipercayai menyasarkan golongan lemah seperti kanak-kanak dan warga emas kononnya sebagai cara untuk mengugut penduduk.

Kejadian ini menunjukkan keganasan yang menjadikan penduduk kampung sebagai sasaran baru mereka.

Serangan tersebut dilancarkan selepas pasukan keselamatan kerajaan bertempur dengan Tentera Bebas Syria (FSA) yang menguasai hampir keseluruhan bandar itu.Aktivis, Maysara Hilaoui berkata, kumpulan shabiha mengambil kesempatan dengan merempuh masuk rumah penduduk kampung dan membunuh sesiapa sahaja," katanya.

"Seluruh tubuh saya menggigil apabila melihat ahli keluarga lain dibunuh di depan mata sendiri," jelas el- Sayed lagi menerusi aplikasi panggilan video dan suara, Skype.

Seminggu selepas insiden menggemparkan itu, negara tersebut dikejutkan lagi dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai yang mengorbankan 86 penduduk termasuk lebih 20 kanak-kanak di dua kampung di wilayah Hama.

Kumpulan shabiha sekali lagi dituduh bertanggungjawab melakukan tindakan kejam itu, walaupun kerajaan sekali lagi menuding jari kepada pengganas asing.

Difahamkan, tiada saksi yang boleh menceritakan kejadian sebenar pada malam tersebut dan pihak luar hanya boleh membuat andaian mereka sendiri.

Sumber : Sinar Harian
More aboutPura-pura mati untuk selamatkan diri

Pelampau Yahudi bakar masjid Palestin

Posted by godonker

Pelampau Yahudi bakar masjid Palestin, Gara-gara tidak berpuas hati dengan pelan kerajaan untuk meruntuhkan 30 pangsapuri haram di Tebing Barat, masjid Palestin kini sasaran pelampau Yahudi yang biadab membakar dan menconteng graviti di sekitar rumah ibadat masyarakat Islam di situ,
TEBING BARAT - Gara-gara tidak berpuas hati dengan pelan kerajaan untuk meruntuhkan 30 pangsapuri haram di Tebing Barat, masjid Palestin kini sasaran pelampau Yahudi yang biadab membakar dan menconteng graviti di sekitar rumah ibadat masyarakat Islam di situ.

Jurucakap tentera Palestin memberitahu, masjid di Kfar Jabaa, semalam dibakar termasuk diconteng dengan tulisan graviti dan serangan seumpama itu pernah berlaku di beberapa masjid lain.

Dalam pada itu, kumpulan pendatang haram turut menyerang tapak-tapak tentera Israel untuk melepaskan kemarahan terhadap dasar penempatan kerajaan itu.

Kerajaan Israel bagaimanapun menyatakan, akan mematuhi perintah yang dikeluarkan Mahkamah Agung iaitu meruntuhkan pangsapuri-pangsapuri yang dibina secara haram di tanah Palestin pada 1 Julai depan.

Malah pemimpin Yahudi, Dani Dayan mengutuk serangan tidak bermoral itu dan menepis dakwaan ia dilakukan oleh pendatang haram.

Sumber : Sinar Harian
More aboutPelampau Yahudi bakar masjid Palestin

Lagi masjid diserang

Posted by godonker

Lagi masjid diserang, Gara-gara tidak berpuas hati dengan pelan kerajaan untuk merobohkan 30 penempatan haram di Tebing Barat, sebuah masjid di Palestin menjadi sasaran tindakan biadab pelampau Yahudi,
TEBING BARAT - Gara-gara tidak berpuas hati dengan pelan kerajaan untuk merobohkan 30 penempatan haram di Tebing Barat, sebuah masjid di Palestin menjadi sasaran tindakan biadab pelampau Yahudi.

Jurucakap pihak berkuasa, semalam memaklumkan, masjid di Kfar Jabaa itu diconteng dan turut dibakar seperti beberapa insiden sebelum ini.

Mereka turut menyerang pangkalan tentera Israel sebagai tanda protes terhadap pelan baru kerajaan itu.

Difahamkan, perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung Israel tersebut akan dilaksanakan pada 1 Julai depan.

Sumber : Sinar Harian
More aboutLagi masjid diserang

Ibu lemaskan 2 anak di hotel

Posted by godonker

Ibu lemaskan 2 anak di hotel, Juri mahkamah semalam diberitahu, seorang ibu membunuh dua anaknya ketika mangsa tidur dan menghabiskan malam itu bersama mayat mereka, Dalam hujah pembukaannya, pendakwa, Victor Pillado Quintas, berkata kira-kira jam 9 malam pada 17 Mei 2010, tertuduh berada dalam bilik 101 sebuah hotel di Costa Brava bersama dua anaknya, Walaupun menyedari usia muda mangsa dan sifat mereka yang tidak mampu bertindak balas, defendan mengambil kesempatan atas kepercayaan sebagai ibu dengan memangku anaknya dan memasukkan kepala mangsa ke beg dalam sebelum menjerut leher mereka,
MADRID: Juri mahkamah semalam diberitahu, seorang ibu membunuh dua anaknya ketika mangsa tidur dan menghabiskan malam itu bersama mayat mereka.

Dalam hujah pembukaannya, pendakwa, Victor Pillado Quintas, berkata kira-kira jam 9 malam pada 17 Mei 2010, tertuduh berada dalam bilik 101 sebuah hotel di Costa Brava bersama dua anaknya.

“Walaupun menyedari usia muda mangsa dan sifat mereka yang tidak mampu bertindak balas, defendan mengambil kesempatan atas kepercayaan sebagai ibu dengan memangku anaknya dan memasukkan kepala mangsa ke beg dalam sebelum menjerut leher mereka,” katanya.

Lianne Smith, 45, sebelum ini mengaku melemaskan anaknya, Rebecca Smith, lima, dan Daniel, 11 bulan, dengan beg plastik di hotel berkenaan.

Lianne dibicarakan di Mahkamah Wilayah Girona semalam bagi membolehkan juri memastikan sama ada dia bertanggungjawab secara jenayah atas kematian kedua-dua anaknya.

Peguam bela memohon Lianne dibebaskan atas alasan dia mengalami “gangguan psikiatrik” ketika kejadian di Hotel Miramar di Lloret de Mar itu.

Jika disabitkan kesalahan, Lianne boleh dipenjara 38 tahun.

Quintas berkata, Lianne tidak berhenti mengetatkan jerutan beg plastik itu sehingga yakin anaknya mati.

Selepas membunuh Daniel, kata Quintas, Lianne melakukan perbuatan sama ke atas Rebecca.

“Selepas membunuh dua kanak-kanak terbabit, tertuduh bermalam bersama mayat anaknya,” katanya.

Pembunuhan itu berlaku sejurus selepas pasangan Lianne, Martin Smith, ditahan polis Sepanyol di Barcelona yang bertindak melaksanakan waran tangkap Eropah.

Smith kemudian dihantar pulang ke Britain. Keluarga itu menetap di Sepanyol sejak 2007 selepas menarikan diri dari Lichfield di Staffordshire, apabila Smith dituduh melakukan penderaan seksual ke atas seorang budak perempuan. Menurut Quintas, pada jam 1.30 petang keesokan harinya, Lianne pergi ke lobi hotel dan meminta kakitangan di situ menghubungi polis serta ambulans.

Dia juga mengaku membunuh anaknya kepada polis. - DM

Sumber : Hmetro
More aboutIbu lemaskan 2 anak di hotel

Guru rogol 5 murid perempuan ditangkap

Posted by godonker

Guru rogol 5 murid perempuan ditangkap, Pihak berkuasa di barat laut China memerintahkan guru sekolah rendah yang dikatakan melakukan serangan seks terhadap lapan murid perempuan, yang termuda berusia 10 tahun, ditangkap,
BEIJING: Pihak berkuasa di barat laut China memerintahkan guru sekolah rendah yang dikatakan melakukan serangan seks terhadap lapan murid perempuan, yang termuda berusia 10 tahun, ditangkap.

Liu Junhong, 28, dilaporkan merogol lima kanak-kanak perempuan dan berkelakuan tidak senonoh terhadap tiga lagi sejak tiga tahun lalu di sekolah di wilayah Gansu, menurut laporan China Youth Daily.
Mangsa yang paling tua berusia 13 tahun.

Menurut laporan itu, tujuh daripada mereka adalah anak pekerja asing yang diambil bekerja jauh dari tanah air mereka.

“Ibu saya tinggal di tempat sangat jauh,” kata mangsa yang dipetik oleh akhbar itu. - AFP

Sumber : Hmetro
More aboutGuru rogol 5 murid perempuan ditangkap

Bahaya makan kerang

Posted by godonker on Sunday, June 17, 2012

Bahaya makan kerang, kesan buruk makan kerang, akibat makan kerang,
Ni mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang bakar.

Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan.

Sekiranya kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.

Lebih teruk, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama bahaya dengan kes keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut.

Wanita hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masak sebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan.

Jika tidak dapat dielakkan, pastikan dahulu dengan pemilik gerai (jika dia mengetahui), dari manakah kerang itu didapatkan dan bagaimanakah ia dimasak.

Adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar?

Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang.

Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan. Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.
Sumber
More aboutBahaya makan kerang

10 binatang yang awal masuk syurga

Posted by godonker

10 binatang yang awal masuk syurga,
1. Unta Nabi Saleh
Mereka menambah lagi, "Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu," kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.

"Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?"

"Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu," jawab mereka.

Setelah satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.

2. Anak Sapi Nabi Ibrahim
"Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: "Salaama". Ibrahim menjawab: "Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal."

Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka.

Ibrahim lalu berkata: "Silakan anda makan." (Tetapi mereka tidak mau makan), kerana itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka.

Mereka berkata: "Janganlah kamu takut", dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak)." (QS. Adz Dzariyat: 24-30)

3. Kambing Gibas Nabi Ismail
Nabi Ibrahim yang dikatakan memiliki kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim, maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd. Dari peristiwa itu telah menjadi syari'at ummat Nabi Muhammad Shallallahu `Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban.

4. Sapi Nabi Musa
Tatkala Nabi Musa menyampaikan cara yang diwahyukan oleh Allah itu kepada kaumnya ia ditertawakan dan diejek kerana akal mereka tidak dapat menerima bahawa hal yang sedemikian itu boleh terjadi. Mereka lupa bahawa Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yang diberikan kapada Musa yang kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar untuk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yang mereka hadapi dalam peristiwa pembunuhan pewaris itu.

Berkata mereka kapada Musa secara mengejek: "Apakah dgn cara yang engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan orang? Akan tetapi kalau memang cara yang engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kapada Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yang harus kami sembelih? Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yang harus kami sembelih?"

Musa menjawab: "Menurut petunjuk Allah, yang harus disembelih itu ialah sapi betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai untuk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya."

Kemudian dikirimkanlah orang ke pelosok desa dan kampung-kampung mencari sapi yang dimaksudkan itu yang akhirnya diketemukannya pada seoanrg anak yatim piatu yang memiliki sapi itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya. Ayah anak yatim itu adalah seorang fakir miskin yang soleh, ahli ibadah yang tekun yang pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kepada Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yang tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor sapi itu. Maka berkat doa ayah yang soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dengan harga yang berlipat ganda kerana memenuhi syarat dan sifat-sifat yang diisyaratkan oleh Musa untuk disembelih.

Setelah disembelih sapi yang dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yang seketika bangunlah ia hidup kembali dengan izin Allah, menceritakan kepada Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.

Demikianlah mukjizat Allah yang kesekian kalinya diperlihatkan kepada Bani Israil yang keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat congkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yang masih melekat pada dada dan hati mereka.

5. Ikan Yang Memakan Nabi Yunus
Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu miring dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan risiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan sisanya.

Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, ". kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian." (Ash-Shaffat: 141).

Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.

Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim." (Al-Anbiya': 87). Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.

Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) kerana keadaannya yang lemah. Kemudian Allah Ta'ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pohon labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, dimana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka kenikmatan hidup sehingga batas waktu tertentu.

6. Khimar Nabi Uzair
Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya. Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya. Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib.

Malaikat yang diutus oleh Allah s.w.t membangunkannya dan bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?"

Malaikat bertanya kepadanya: "Berapa jam engkau tidur?"

Uzair menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari."

Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: "Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. " Engkau tidur selama seratus tahun. Allah s.w.t mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa hairan dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati."

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta).

Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: "Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah."

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah? Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah. Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. Kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: "Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang- belulang)."

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: "Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah s.w.t membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu."

Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang. Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara. Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah s.w.t yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang belulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya, Uzair berkata: "Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. "

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah s.w.t berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat. Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya. Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun. Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.

7. Semut Nabi Sulaiman
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, "hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, "Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?"
"Sebesar biji gandum," jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

"Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" tanya Nabi Sulaiman.
"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah," jawab si semut. "Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.".

8. Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman
Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung. Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Kerana ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya. Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman.

Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya kerana mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh Ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur'an Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama. Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum kerana ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka.

Melalui presentasi burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.

9. Unta Nabi Muhammad Saw
Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan. Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu untu tersebut berbicara, "Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku."

Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada beliau.. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi Muhammad Saw.

Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab baduy tersebut meminta perlindungan kerana tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong. Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu kerana mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi."

10. Anjing Ashabul Kahfi
Anjing tersebut berwarna kuning, di syurga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban.
"(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka"; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka", secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka".

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)".
Sumber
More about10 binatang yang awal masuk syurga

Semut Nabi Sulaiman. semut pertama masuk syurga

Posted by godonker

Semut Nabi Sulaiman. semut pertama masuk syurga, Seekor semut yang pernah berbicara dengan Nabi Sulaiman dan kisah ini terkandung dalam Al Quran. Semut trsebut juga merupakan satu diantara 10 haiwan pertama yang akan memasuki syurga. Berikut ialah sedikit penerangan dari kisah semut tersebut,
Seekor semut yang pernah berbicara dengan Nabi Sulaiman dan kisah ini terkandung dalam Al Quran. Semut trsebut juga merupakan satu diantara 10 haiwan pertama yang akan memasuki syurga.
Berikut ialah sedikit penerangan dari kisah semut tersebut.

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, "hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, "Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh." (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?"
"Sebesar biji gandum," jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

"Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" tanya Nabi Sulaiman.

"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah," jawab si semut. "Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahwa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.".
Sumber
More aboutSemut Nabi Sulaiman. semut pertama masuk syurga

Ibu siram air panas

Posted by godonker on Saturday, June 16, 2012

Ibu siram air panas, Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam,
MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.

Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.

Sumber : Hmetro
More aboutIbu siram air panas

Anak tiri dicucuh besi panas

Posted by godonker on Wednesday, June 13, 2012

Anak tiri dicucuh besi panas, Seorang pemandu jentolak terkejut besar apabila anaknya yang ditinggalkan bersama bekas isteri ketika cuti penggal persekolahan baru-baru ini didera suami baru wanita terbabit, Kejadian malang menimpa kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu hanya disedari bapa kandungnya kira-kira jam 12.30 tengah hari Isnin lalu ketika lelaki berusia 29 tahun berkenaan mengambil kanak-kanak terbabit di rumah ibunya di Kampung Raja, Besut,
KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu jentolak terkejut besar apabila anaknya yang ditinggalkan bersama bekas isteri ketika cuti penggal persekolahan baru-baru ini didera suami baru wanita terbabit.

Kejadian malang menimpa kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu hanya disedari bapa kandungnya kira-kira jam 12.30 tengah hari Isnin lalu ketika lelaki berusia 29 tahun berkenaan mengambil kanak-kanak terbabit di rumah ibunya di Kampung Raja, Besut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kanak-kanak lelaki itu dihantar ke rumah ibunya di Kampung Gong Macang, Besut selama enam hari bermula 4 Jun lalu sempena cuti sekolah sebelum menjemput semula anaknya pada 9 Jun lalu jam 7.30 malam.

Menurutnya, disebabkan bapa mangsa mempunyai urusan kerja di Serdang, Selangor, kanak-kanak itu dihantar ke rumah neneknya di Kampung Raja, Besut sebelum dia mengambil semula anaknya pada Isnin lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas tugasannya selesai.

Sumber : Hmetro
More aboutAnak tiri dicucuh besi panas

Fenomena cahaya pelik di Russia

Posted by godonker

Fenomena cahaya pelik di Russia,
Pada 7 Jun yang lalu 2012, dunia gempar dengan lingkaran cahaya misteri yang boleh dilihat melalui langit Lubnan dan juga negara di sekitarnya. Pada hari yang sama juga, di bandar Astrakhan, Rusia, satu cahaya misteri dan dan luar biasa dapat dilihat dengan jelas dari langit tersebut (seperti gambar di bawah).
Fenomena cahaya pelik di Russia,
Menurut laman theblueplanetdiaries, Kementerian Pertahanan Rusia sudah mengesahkan bahawa pada hari tersebut, mereka telah menjalankan ujian peluru berpandu ballistik antara benua (ICBM). Mungkin ini juga dapat menyelesaikan misteri lingkaran cahaya yang hampir sama berlaku di Norway pada tahun 2009 lalu.
Sumber
More aboutFenomena cahaya pelik di Russia

Isteri kecewa minum racun

Posted by godonker on Monday, June 11, 2012

Isteri kecewa minum racun, Kerana terlalu kecewa dengan sikap suami yang sering keluar berhibur di pusat hiburan bersama wanita kelab malam dan balik dalam keadaan mabuk, seorang isteri berusia 40-an mengambil keputusan untuk meminum racun,
KULIM - Kerana terlalu kecewa dengan sikap suami yang sering keluar berhibur di pusat hiburan bersama wanita kelab malam dan balik dalam keadaan mabuk, seorang isteri berusia 40-an mengambil keputusan untuk meminum racun.

Menurut waris mangsa, suami mangsa sering keluar lewat malam dan hanya akan balik ke rumah pada waktu subuh.

Masalah rumah tangga mereka semakin serius apabila si suami mula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelayan di pusat hiburan itu.

Sejak perkenalan itu, suami mangsa tidak lagi mengambil berat tentang keluarga, terutama anak-anak dan dirinya.

Punca permasalahan itu berlaku apabila mangsa enggan melayan kehendak suaminya setiap kali si suami ingin bersama.

Mangsa dikatakan sering memberi alasan penat menyebabkan suami kecewa kemudiannya mula mencari tempat berhibur untuk menenangkan fikiran bersama teman lain.

Sebelum kejadian itu, mangsa perasan dengan perubahan yang berlaku pada suaminya, di mana suami mangsa kurang bercakap selain tidak begitu menaruh harapan terhadap
mangsa seperti selama ini. Mangsa curiga dan cuba menyiasat.

Menurut waris mangsa, mangsa terkejut apabila suaminya tidak lagi hairan walaupun tidak melakukan hubungan seks bersamanya selama dua bulan.

Mangsa curiga dengan perubahan itu kemudiannya dimaklumkan rakan-rakan bahawa suaminya sudahpun mempunyai seorang kekasih berusia 23 tahun.

“Kerana terlalu kecewa, mangsa minum racun anai-anai. Kami menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut, bagaimanapun keadaannya kini stabil.

“Mujurlah mangsa hanya minum racun anai-anai, kalau racun tikus atau racun rumput tentu keadaannya lebih serius. Pihak hospital turut memaklumkan tentang kejadian itu kepada
polis,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
More aboutIsteri kecewa minum racun

Jeritan bapa halau empat perompak bertopeng

Posted by godonker

Jeritan seorang bapa meminta tolong selepas melihat anak lelakinya diikat empat perompak berjaya membebaskan empat sekeluarga itu daripada cengkaman penjenayah terbabit dalam satu kejadian samun di Bandar Putra, Peramu dekat sini, awal pagi kelmarin, Noor Asyikin berkata, Lelaki terbabit terkejut apabila melihat kedua-dua anaknya termasuk anak lelaki berusia 23 tahun berada di dalam genggaman empat lelaki bertopeng dalam keadaan tangan terikat menggunakan dawai pagar,
KUANTAN - Jeritan seorang bapa meminta tolong selepas melihat anak lelakinya diikat empat perompak berjaya membebaskan empat sekeluarga itu daripada cengkaman penjenayah terbabit dalam satu kejadian samun di Bandar Putra, Peramu dekat sini, awal pagi kelmarin.

Empat perompak dipercayai warga asing itu bagaimana pun sempat melarikan sebuah komputer riba dan telefon bimbit membabitkan kerugian kira-kira RM3,600.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, perompak yang memakai penutup muka bersenjatakan pemotong besi dan kayu itu dipercayai memecah masuk kediaman milik seorang pelukis pelan itu melalui pintu sisi yang diumpil.

Menurutnya, ketika kejadian, pemilik rumah berusia 55 tahun dan isterinya berusia 49 tahun sedang tidur di bilir tidur utama.

“Kira-kira jam 4.30 pagi, lelaki itu dikejutkan dengan jeritan anak perempuannya berusia17 tahun yang tidur di bilik berasingan.

“Terkejut dengan jeritan itu, bapa terbabit segera bangun dan keluar untuk melihat kejadian yang berlaku,” katanya, semalam.

Noor Asyikin berkata, Lelaki terbabit terkejut apabila melihat kedua-dua anaknya termasuk anak lelaki berusia 23 tahun berada di dalam genggaman empat lelaki bertopeng dalam keadaan tangan terikat menggunakan dawai pagar.

“Kehadiran pemilik rumah itu menyebabkan perompak terbabit membatalkan niat untuk turut mengikat anak gadis mangsa,” katanya.

Beliau berkata, terkejut dengan kehadiran empat lelaki asing itu, mangsa berlari masuk semula ke bilik tidurnya sambil menjerit sekuat hati meminta tolong.

“Pada masa yang sama, lelaki itu sempat menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut,” katanya.

Menurutnya, melihat kelakuan mangsa itu, keempat-empat suspek menggelabah sebelum lari lintang-pukang bersama sebuah komputer riba dan telefon bimbit mangsa.

“Pihak polis menerima panggilan berhubung kes tersebut jam 4.40 pagi sebelum beberapa anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan,” katanya.

“Hasil siasatan awal mendapati perompak terbabit mengumpil pintu sisi sebelum menceroboh masuk ke dalam rumah tersebut dan dipercayai menggunakan laluan sama untuk melarikan diri,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
More aboutJeritan bapa halau empat perompak bertopeng

Bawa lima penumpang hantu

Posted by godonker

Sebuah bas ekpres dikesan membawa lima penumpang "hantu" tanpa tiket bas sebaliknya hanya diberikan resit dalam Ops Bersepadu membabitkan beberapa agensi di Stesen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Air Sejuk di sini kelmarin,
SETIU - Sebuah bas ekpres dikesan membawa lima penumpang "hantu" tanpa tiket bas sebaliknya hanya diberikan resit dalam Ops Bersepadu membabitkan beberapa agensi di Stesen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Air Sejuk di sini kelmarin.

Pengurus Penguat Kuasa Zon Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Terengganu, Mohd Sharif Jamalabidin berkata, taktik itu dipercayai dilakukan pemandu bas untuk kaut keuntungan peribadi melalui syarikat bas ekspres.

Menurutnya, penumpang sebuah bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuantan itu dikenakan bayaran tertentu dan hanya diberi resit barang sahaja.

“Perbuatan salah pemandu berkenaan boleh mengundang masalah kepada penumpang sekiranya bas yang dinaiki mengalami kemalangan jalan raya,” katanya ketika ditemui pada operasi anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.

Mohd Sharif berkata, tumpuan operasi adalah kenderaan pengangkutan awam dan sebanyak 23 kenderaan diperiksa, daripada jumlah itu sebanyak lima kenderaan didapati melakukan pelbagai kesalahan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dilakukan beroperasi di luar kawasan, gagal kemukakan permit semasa diperiksa, gagal kemukakan jadual perjalanan dan mengambil penumpang tanpa tiket.

Bagi kesalahan membawa penumpang tanpa tiket kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Perkhidmatan Awam Darat 2010 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 23 akta yang sama antara RM1,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Operasi seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa bagi menentukan pengusaha bas mematuhi syarat dan memberi perkhidmatan bermutu kepada penumpang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian
More aboutBawa lima penumpang hantu

Ratusan Muslim Myanmar lari ke Bangladesh

Posted by godonker

Sebanyak lapan buah bot yang membawa lebih 300 orang etnik Rohingya beragama Islam diarah berpatah balik ke Myanmar semalam,
TEKNAF, Bangladesh - Sebanyak lapan buah bot yang membawa lebih 300 orang etnik Rohingya beragama Islam diarah berpatah balik ke Myanmar semalam.

Mereka melarikan diri daripada keganasan agama yang berlaku di negara tersebut.

"Lebih 300 etnik Rohingya beragama Islam berada di atas bot tersebut yang datang dari bandar Akyab.

"Bot-bot itu membawa ramai wanita dan kanak-kanak, kebanyakannya menangis dan kelihatan amat bimbang.

"Kesemua lapan bot itu telah diarah berpatah balik ke Myanmar," kata seorang pegawai Pengawal Sempadan Bangladesh, Shafiqur Rahman kepada agensi berita AFP.

Keganasan antara etnik Rakhine yang beragama Buddha dan Rohingya berlaku pada Jumaat lalu di negeri Rakhine.

Ia kemudian merebak ke Sittwe.

Keganasan itu berlaku disebabkan dakwaan seorang gadis Buddha dirogol tiga penduduk Islam. - Agensi

Sumber : Kosmo
More aboutRatusan Muslim Myanmar lari ke Bangladesh

Gempar terjun jambatan, polis halang bapa Lee Chong Wei terjun

Posted by godonker

Gempar terjun jambatan, polis halang bapa Lee Chong Wei terjun, Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas,
GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.

Sumber : Hmetro
More aboutGempar terjun jambatan, polis halang bapa Lee Chong Wei terjun

Pemandu teksi parah diseksa, disebat dan digilis

Posted by godonker

Pemandu teksi parah diseksa, disebat dan digilis, Seorang pemandu teksi yang juga orang kelainan upaya (OKU) menempuh pengalaman ngeri apabila dia bukan saja diculik, tetapi juga disebat dengan tali pinggang serta digilis menggunakan teksi miliknya oleh dua penjenayah,
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi yang juga orang kelainan upaya (OKU) menempuh pengalaman ngeri apabila dia bukan saja diculik, tetapi juga disebat dengan tali pinggang serta digilis menggunakan teksi miliknya oleh dua penjenayah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi 4 Jun lalu di satu kawasan di Kuala Selangor selepas mangsa berusia 47 tahun membawa dua lelaki berusia 30-an menaiki teksinya.

Ketika dihubungi Harian Metro, semalam, mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 8 malam 2 Jun lalu ketika berada di rumah, dia dihubungi seorang lelaki yang menempah teksinya untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Jun.

“Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan mendakwa mahu pergi bersama adiknya. Selepas bersetuju dengan bayaran dikenakan, dia mengarahkan saya menunggunya di Seksyen 4, Kota Damansara kira-kira jam 8 malam, 4 Jun lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber : Hmetro
More aboutPemandu teksi parah diseksa, disebat dan digilis

Pelajar didakwa rompak tukang cuci

Posted by godonker

Pelajar didakwa rompak tukang cuci, Seorang pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merompak seorang tukang cuci bulan lepas, Muhammad Amrullah Wasman, 20, didakwa merompak K. Periakha, 56, dengan melarikan beg tangan mengandungi wang tunai RM200, seutas rantai tangan emas, telefon bimbit dan kad pengenalan mangsa. Muhammad Amrullah, pelajar sebuah institut kemahiran di Johor Baharu, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Mutiara Raya, Taman Mutiara Barat di sini pada jam 9.30 pagi, 18 Mei lepas,
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan merompak seorang tukang cuci bulan lepas.

Muhammad Amrullah Wasman, 20, didakwa merompak K. Periakha, 56, dengan melarikan beg tangan mengandungi wang tunai RM200, seutas rantai tangan emas, telefon bimbit dan kad pengenalan mangsa.
Muhammad Amrullah, pelajar sebuah institut kemahiran di Johor Baharu, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Mutiara Raya, Taman Mutiara Barat di sini pada jam 9.30 pagi, 18 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 24 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Muhammad Amrullah, yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM2,000 kerana bapanya hanya menguruskan pusat perkhidmatan mencuci kereta.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun Muhammad Amrullah hanya perlu membayar RM2,000 hari ini dan sekiranya dia gagal hadir ke mahkamah, penjamin perlu membayar selebihnya iaitu RM8,000.

Komathy juga mengarahkan pelajar itu melaporkan diri di Balai Polis Larkin, Johor, sebulan sekali dan menetapkan 10 Ogos untuk sebutan kes. - Bernama

Sumber : Hmetro
More aboutPelajar didakwa rompak tukang cuci

Akibat hina Nabi, Juruhebah radio ditikam 15 kali

Posted by godonker on Sunday, June 10, 2012

Akibat hina Nabi, Juruhebah radio ditikam 15 kali,
Seorang juru hebah radio dikejarkan ke hospital setelah ditikam dengan pisau sebanyak 15 kali oleh lelaki yang tidak dikenali. Juru hebah itu bernama Sergey Aslanyan 46 itu dibawa ke hospital Moscow, Rusia, dengan luka tikaman di dada, leher, dan lengan. Menurut saksi, Aslanyan dipukul setelah sebelumnya menghina Nabi Mumammad SAW.

Menurut laporan polis, pada Isnin 28/05 yang lalu, pada waktu petang seorang lelaki tak dikenali memanggil Aslanyan keluar dari apartmennya. Ketika juru hebah radio itu keluar dari rumahnya,dia terus dipukul dengan benda keras di bahagian kepala dan ditikam di leher, dada, dan lengan.
Asnyalan menjelaskan, lelaki yang menyerangnya berteriak "kamu adalah musuh Allah" sambil melancarkan serangan.



Polis mengatakan, lelaki yang menyerangnya berusia sekitar 30 tahun dan berbadan kurus, sementara beberapa saksi lain mengatakan penyerangnya ada beberapa orang.

Menghina NabiDua minggu sebelum kejadian ini, dalam sebuah siaran radio Sergey Aslanyan telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Sergey mengatakan "Nabi Muhammad yang kita kenal adalah bukan seorang yang taat beragama. Ia adalah seorang usahawan, setelah ia mendapat kekayaan dia merancang bagaimana caranya supaya dikenali dunia".

Penyiar itu juga menuduh bahawa Nabi Muhammad "menulis semula Al-Quran", sehingga orang akan tahu bahawa Nabi Muhammad bukanlah seorang penjaga kedai di pasar, tetapi seorang tokoh politik yang luar biasa. " Minta Maaf

Meski sudah diberitakan bahawa Sergey Aslanyan meminta maaf atas ucapannya itu, namun itu tidak mengubah pendapat masyarakat yang berakhir pada serangan ke atas dirinya.
Sumber
More aboutAkibat hina Nabi, Juruhebah radio ditikam 15 kali

Penangan janda seberang, sangka madu rupanya racun

Posted by godonker

Azmi, Jaga.
KUALA LUMPUR: Memperoleh wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kira-kira RM300,000 sepatutnya melegakan Azmi (bukan nama sebenar) bersama isteri dan empat anak mereka untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.

Bagaimanapun, musibah pula melanda apabila wang itu habis dikikis penari dangdut, Ratna, 35, yang juga janda dari seberang selepas lima tahun menjadi isteri keduanya.

Ratna kemudian meminta cerai dengan alasan menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum pulang ke Indonesia dengan meninggalkan dua anak kecil hasil perkahwinan mereka selepas menyedari Azmi, 65, tiada wang lagi.

Episod hitam itu bermula 10 tahun lalu apabila Azmi, bekas pegawai syarikat swasta, terikut-ikut perangai rakan sebaya yang gemar berfoya-foya di kelab dangdut sekitar ibu kota selepas menjadi orang kaya baru (OKB) kerana menerima wang KWSP.

Disebabkan masih banyak wang, kelab dangdut menjadi rumah kedua Azmi hingga jatuh cinta dengan penari dangdut.

Sumber : Hmetro
More aboutPenangan janda seberang, sangka madu rupanya racun

Keburukan hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta

Posted by godonker on Saturday, June 9, 2012

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita.
Sumber
More aboutKeburukan hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta

10 Perkara perosak sperma lelaki

Posted by godonker

Di antara 10 perkara yang boleh merosakkan sperma lelaki adalah:

1.Kepanasan melampau
Testis manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali ianya berada dalam lebih sejuk daripada suhu bahagian badan lain. Lelaki yang selalu terdedah dengan situasi kepanasan melampau berisiko tinggi untuk mempunyai sperma yang lemah.

2.Tab Mandian Air Panas
Tab mandian air panas tidak baik untuk dalam testis, 30 minit di jacuzzi atau tab mandi air panas sudah cukup untuk menurunkan produktiviti sperma.

3.Demam
Demam yang terlalu tinggi suhunya boleh mempunyai kesan yang tidak elok kepada kesuburan sperma lelaki. Dan bergantung pada waktu proses pengeluaran sperma, kepekatan sperma boleh mengurangkan sehingga 35 peratus selepas demam berdasarkan sebuah kajian pada tahun 2003.

4.Laptop
Kepanasan dan haba radiasi yang terhasil dari penggunaan laptop akan meningkatkan suhu skrotum sehingga mampu mencapai 35 C yang mana ianya akan memudaratkan sperma.

5.Seluar Dalam
Seluar dalam yang terlalu ketat juga dikatakan turut memberikan kesan kepada kesuburan dan kecerdasan sperma. Keadaan seluar dalam yang terlalu ketat akan menganggu pengaliran darah di kawasan tersebut seterusnya mengganggu kesuburan lelaki.

6.Pembesaran Pembuluh Darah
Sekitar 15 peratus menghadapi situasi pembesaran pembuluh darah dalam skrotum, biasanya di testis kiri. Ketika seorang lelaki mengalami jumlah sperma yang rendah, apabila keadaan ini berlaku ianya akan memberikan kesan kepada pengeluaran sperma.

7.Telefon Selular
Radiasi daripada telefon selular yang disimpan di dalam poket seluar lelaki juga di katakan turut memberikan kesan kepada tahap kesuburan dan produktiviti alat kelamin lelaki.

8.Obesiti
Obesiti di kalangan lelaki dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon wanita (estrogen) dalam tubuh lelaki, penurunan jumlah sperma, disfungsi seksual, dan ketidaksuburan.

9.Gaya Hidup Tidak Sihat
Tembakau, alkohol, dan ganja boleh mengganggu fungsi seksual dan telah terbukti mengurangkan jumlah, fungsi sperma dan kesuburan laki-laki secara keseluruhan.

10.Lain-lain Masalah Sperma
Penyakit seperti kanser testis, ketidakseimbangan hormon, kecacatan dari lahir, infeksi atau jangkitan kuman, trauma dan masalah seksual juga boleh menjejaskan kualiti dan kekuatan sperma.
Sumber
More about10 Perkara perosak sperma lelaki