Spesies penyu yang jarang ditemui

Posted by godonker on Saturday, May 5, 2012

Kira-kira 18 ekor penyu dari spesies jarang ditemui yang diseludup ke Hong Kong telah dipulangkan semula ke habitat asalnya di Filipina. Ketua Jabatan Hidupan Liar Filipina, Mundita Lim berkata, haiwan tersebut dirampas di lapangan terbang Hong Kong pada Februari daripada seorang pelajar warga China.Turut dirampas bersama adalah 13 kotak penyu biasa. Spesies penyu tersebut hanya ditemui di Kepulauan Palawan yang terletak di barat daya Manila. Hanya kira-kira 120 penyu lagi berada dalam jagaan jabatan hidupan liar negara itu. Lim berkata haiwan berkenaan diseludup masuk untuk dihadiahkan sebagai haiwan peliharaan ataupun dijadikan makanan. Gabenor Palawan menerima haiwan tersebut di lapangan terbang Manila pada Jumaat.
Sumber
More aboutSpesies penyu yang jarang ditemui

Bolehkah kita membunuh semut?

Posted by godonker

Semut merupakan serangga yang sangat kecil dan mudah ditemui di mana-mana tempat. Namun kehadirannya kadangkala menyebabkan kita terus membunuh semut tersebut. Namun bolehkah kita membunuhnya?

Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya.Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; “Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad“. Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula suatu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali.

Mungkin sukar apabila berhadapan dengan semut yang begitu banyak. Namun usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti.
Sumber
More aboutBolehkah kita membunuh semut?