Lawak! Akibat salah hantar email

Posted by godonker on Monday, April 16, 2012

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di Pulau Pinang. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa menyedari kesilapan itu, dia terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mail nya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu, si janda tersebut terus pengsan. Anak lelaki janda tersebut lantas bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai. Anak lelaki janda tersebut yang terpandang komputer yang terbuka, membaca mesej di dalam skrin komputer: To : Isteri kesayanganku
Date : 20 Februari 2020
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah disediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment