KUALA LUMPUR: Sungguh membimbangkan apabila penagihan syabu bukan saja menular di kalangan pelajar seawal usia 13 tahun, malah ada budak semuda 10 tahun dijadikan ‘keldai dadah’ oleh sindiket bagi mengaburi pihak berkuasa.
Selain menjejaskan pembelajaran dan memudaratkan kesihatan mental serta fizikal, penyalahgunaan syabu yang juga dikenali sebagai ‘ice’ dan ‘batu’ di kalangan pelajar boleh menjerumuskan mereka ke kancah jenayah.
Buktinya, ada yang ‘berperangai hantu’ apabila berani mencabul rakan sekelas, bergaduh dengan guru dan mencuri duit ibu bapa. Bagi pengedar cilik pula, kemiskinan hidup menjadi alasan mereka mudah terjebak dengan pujuk rayu sindiket dadah biarpun upah diterima tidak seberapa.
Berikut pengakuan beberapa pelajar dan individu yang sukar melupakan ketagihan selepas terjerat dengan bahan terlarang itu sejak di bangku sekolah, selain kisah keberanian pengedar kanak-kanak di Sabah demi sesuap nasi.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment