BMW baru terbiar di luar bangunan selama setahun

Posted by godonker on Tuesday, March 6, 2012

Baru-baru ini, sebuah kereta BMW X1 di China dibiarkan begitu sahaja di luar sebuah bangunan di Beijing selama setahun sehingga berhabuk dan kotor. Orang ramai melaporkan kereta itu ditinggalkan lebih dari enam bulan lalu, tetapi oleh kerana kereta itu tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran, polis tidak dapat mengesan dan menghubungi pemilik kereta berkenaan.
Pihak polis Gongzhufen terpaksa menunda kereta tersebut bagi mengelakkan dan melindungi kereta tersebut dari vandalisma dan kecurian. Polis juga menulis notis di tempat kereta itu di letakkan dengan kapur putih berbunyi "pemilik X1, sila datang ke Balai Polis Trafik Gongzhufen untuk menyelesaikan hal ini."
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment