BUKTI...Aida menunjukkan surat saman dan laporan polis |
Lebih menyedihkan, rumah neneknya di Kuala Kubu Bharu, Selangor yang dipajak kepada bank bagi membantu kelulusan pinjaman itu akan dilelong, selepas lelaki terbabit gagal membayar pinjaman yang tertunggak selama enam bulan.
Ibu mangsa dikenali sebagai Aida, berkata, akibat tindakan tidak bertanggungjawab suaminya, nama anak gadisnya dikenali sebagai Nadia serta seorang lagi rakan yang menjadi penjamin disenarai hitamkan.
“Ketika memujuk anak membuat pinjaman berkenaan, suami berjanji akan membayar ansuran bulanan sebanyak RM500, selain berjanji mengeluarkan duit dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengurangkan jumlah pinjaman.
“Malangnya, suami tidak membuat bayaran secara konsisten menyebabkan bayaran tertunggak sehingga kami menerima surat merah dari pihak bank memaklumkan tunggakan RM7,566.
“Malah, kami turut menerima saman dari pihak bank, dan Nadia diminta hadir ke mahkamah pada 29 Mac ini untuk sebutan kes,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Aida yang sudah 15 bulan tidak tinggal bersama suaminya berkata, anak sulungnya itu sudah beberapa kali meminta ayahnya melunaskan tunggakan bagi mengelakkan namanya disenarai hitam dan rumah pusaka dilelong. Bagaimanapun, katanya, pujukan itu tidak diendahkan lelaki terbabit, malah segala bebanan diletakkan ke atas Nadia, walaupun dia langsung tidak menggunakan duit pinjaman itu.
“Nadia kini tertekan kerana sekiranya dia gagal melunaskan tunggakan itu namanya akan disenarai hitamkan, dan mungkin akan menjejaskan kerjayanya sebagai pramugari.
“Namun paling menyedihkan, rumah pusaka emak saya yang sudah berusia 40 tahun mungkin akan dilelong,” katanya.
Aida berkata, Nadia sudah membuat laporan polis terhadap bapanya.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment