18 Fakta kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yang perlu anda tahu

Posted by godonker on Saturday, March 31, 2012

Tiada yang lebih di tangisi oleh umat Islam selain Masjid Al-Aqsa di Kota Suci Al Quds, Baitulmaqdis berada dalam cengkaman rejim zionis Israel hingga ke hari ini.Cengkaman tersebut menyebabkan umat Islam dinafikan untuk keluar masuk melakukan solat di dalamnya. Lebih memedihkan, Israel merancang untuk melenyapkan masjid itu dari muka bumi ini.

Ikuti fakta-fakta kekejaman Israel di Bumi Palestin:
1. Langsung tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya pada hari ini apabila umat Islam yang setiap kali hendak beribadat dan solat lima waktu di Masjid Al-Aqsa, rejim Israel akan mengenakan cukai sembahyang AS$7 (kira-kira RM21) sekepala. Jika tidak, mereka dengan gembira akan menghalau umat Islam daripada memasuki masjid tersebut.
2. Apabila sekatan demi sekatan mereka kenakan, akhirnya Masjid Al-Aqsa tidak lagi dikunjungi oleh umat Islam kerana tentunya mereka tidak mampu untuk membayar cukai yang tidak masuk akal itu. Akhirnya apabila tiada lagi umat Islam ke masjid itu, ia akan dijadikan alasan oleh rejim Israel untuk mengambil alih dan seterusnya merobohkan masjid tersebut untuk dibina Kuil Haikal (Solomon Temple) yang kononnya terletak di tapak Masjid Al-Aqsa tersebut.
3. Selama 64 tahun terbentuknya negara haram Israel dan 45 tahun Baitulmaqdis dijajah oleh rejim angkuh itu, pelbagai bentuk tindakan kurang ajar dan biadap dilakukan ke atas tempat-tempat suci dan rumah-rumah ibadat terutamanya milik Islam dan Kristian.
4. Perlu disedari, ketika berlakunya Perang 1948 itu, Israel mengusir keluar lebih daripada 800,000 penduduk Palestin dengan 100,000 daripada mereka adalah beragama Kristian.
5. Rejim itu turut memusnahkan 492 perkampungan asal Palestin, 480 masjid dengan 14 buah masjid ditukar menjadi kilang, kelab-kelab hiburan dan kandang ternakan haiwan. 6. Manakala 410 tanah perkuburan Islam lama dan baru dibongkar dan diratakan yang kemudian menyaksikan mereka mendirikan pelbagai premis di atas tapak kubur tersebut.
7. Hotel Hilton di ibu negara Israel, Tel Aviv misalnya, didirikan di atas tanah perkuburan Islam Abed An Nabi.
8. Tanah perkuburan Mamilla dipercayai wakaf perkuburan milik orang Islam Palestin yang terletak di tengah-tengah bandar Baitulmaqdis telah bertukar menjadi hotel mewah. Reka bentuk Hotel Mamilla disifatkan sebagai yang terhebat bertaraf dunia .
9. Bayangkan apa dosa sebuah tanah perkuburan yang berusia ratusan tahun penduduk Palestin dirobohkan dan dilenyapkan. Lalu tergamak didirikan segala macam premis bangunan. Sedangkan, mereka boleh dirikan di atas tanah lain tanpa perlu membongkar kubur-kubur lama tersebut. Alasannya, kubur-kubur tersebut tidak ada permit dan tiada siapa boleh mempersoalkan kewajaran tindakan rakus mereka itu.
10. Hak mereka sebagai penduduk pribumi dinafikan tanpa ada sebarang kompromi, jauh sekali belas ihsan. Sekali gus menjadikan Baitulmaqdis, bandar yang penuh dengan tekanan.
11. Rakyat Palestin tidak seperti orang luar yang bebas bergerak ke mana sahaja. Mereka perlu melalui check point yang terlalu banyak. Ada kawasan-kawasan tertentu yang tidak dibenarkan untuk mereka masuki ataupun melaluinya. Jadi rakyat Palestin terpaksa berpatah balik dan melalui jalan lain.
12. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang bekerja di Baitulmaqdis, permit kerja yang dikeluarkan sangat susah sehingga setiap maklumat perlu diperincikan termasuklah tempoh masa bekerja. Jika tertera masa bekerja bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang, mereka akan dihujani dengan pelbagai soalan oleh pegawai di check point sekiranya tiba melepasi waktu itu.
13. Boleh dikatakan hampir setiap 10 meter perlu melalui pemeriksaan askar Israel dan lelaki yang berusia 10 sehingga 40 tahun, langsung tidak dibenarkan masuk ke masjid itu.
14. Pembinaan tembok-tembok pemisah yang didirikan Israel juga jelas menunjukkan berlakunya rampasan tanah rakyat Palestin. Mereka bina tembok itu sehingga masuk ke dalam kawasan milik rakyat Palestin. Selain memisahkan penempatan rakyat Palestin ia juga memaksa mereka berpusing jauh untuk ke sekolah dan hospital.
15. Kesemua tindakan biadap Israel itu merupakan untuk menyahudikan seluruh Baitulmaqdis dengan memadamkan ciri-ciri asal kota suci yang merupakan pusat agama, budaya dan kesenian tiga agama sejak dahulu lagi.
16. Usaha tersebut bertambah rancak dengan membawa masuk seramai mungkin pendatang-pendatang haram Yahudi dari seluruh dunia untuk ditempatkan di sekitar Baitulmaqdis.
17. Penempatan itu kini telah meliputi kawasan seluas 112.13 kilometer persegi atau 47.7 peratus dari kawasan Kota Al Quds yang dikelilingi oleh Tembok Pemisah yang kini telah menempatkan 236,480 pendatang Yahudi.
18. Ia melebihi penduduk asal Palestin yang kini tinggal seramai 151,423 yang terkepung di dalam kawasan tembok tersebut.

Dengan terpaksa hidup dalam pelbagai tekanan dan sekatan, sekali gus menafikan keseluruhan hak-hak rakyat Palestin sebagai penduduk asal.
Sumber
More about18 Fakta kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yang perlu anda tahu

Penganggur di Arab Saudi terima RM1600 setiap bulan

Posted by godonker

Pemerintah Arab Saudi mula beri faedah baru bagi lebih daripada satu juta warganya yang menganggur di negeri yang kaya minyak itu. Besarnya faedah bulan ini meningkat 40 peratus daripada bulan sebelumnya, dan jauh lebih besar dari saat pertama kali diberikan akhir tahun lalu.

Melalui program "Hafiz," Kerajaan Saudi memberi subsidi 2000 riyal atau sekitar Rm1600per bulan selama lebih dari satu tahun kepada para penganggur. Pemberian faedah baru ini diumumkan Raja Abdullah pada Rabu, 28 Mac 2012.

"Jumlah faedah bulan ini meningkat 40 peratus dari bulan lalu, dan sekitar 170 peratus dari Disember tahun lalu, ketika program pertama kali bermula," kata kakitangan Kementerian Tenaga Kerja Saudi, Khaledd al-Ajmi, seperti dilansir pejabat berita Reuters.

Lebih dari 80 peratus penerima faedah pengangguran adalah wanita. Ini membuktikan usaha kerajaan Saudi untuk mencipta pekerjaan bagi kaum Hawa, walaupun mendapat penentangan dari kaum Ulama. Kadar pengangguran di Saudi sekitar 10,5 peratus daripada 18 juta jumlah penduduk. Data Kementerian Tenaga Kerja menunjukkan, para pengangguran merugikan Saudi kira-kira 5.5 bilion riyal setiap tahun.

Sekitar 90 peratus warga Saudi bekerja di pejabat kerajaan. Sementara itu, sebanyak 90 peratus lapangan kerja di sektor swasta diisi oleh pekerja asing yang jumlahnya mencapai lapan juta orang.
Menurut Menteri Tenaga Kerja Adel al-Fakeih, kerajaan perlu mencipta tiga juta pekerjaan bagi warga Saudi pada 2015 dan 6 juta pada 2030. Untuk itu, kerajaan melaksanakan sistem kuota pegawai pada syarikat swasta, dengan perbandingan yang seri antara pekerja asing dan pribumi.

Walaupun jumlah pengangguran besar, namun ekonomi Saudi meningkat 6.8 peratus tahun lalu. Kemajuan ini berkat kemasukan di sektor perminyakan.
Sumber
More aboutPenganggur di Arab Saudi terima RM1600 setiap bulan

Kambing biri-biri lahirkan anak anjing

Posted by godonker on Thursday, March 29, 2012

Kambing biri-biri lahirkan anak anjing
XIAN, China – Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.

Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China. Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.

“Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing,” kata Naiying.
Sumber
More aboutKambing biri-biri lahirkan anak anjing

Mangkuk tandas meletup

Posted by godonker on Wednesday, March 28, 2012

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda cedera di beberapa bahagian badan selepas mangkuk tandas di stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai di Wangsa Maju di sini meletup semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang, Muhd. Sakereen Basri, 22, seorang penganggur, baru duduk atas mangkuk tandas itu.

Akibat letupan yang menyebabkan sebahagian kecil mangkuk tandas itu pecah, mangsa mengalami calar di kedua-dua belah paha dan luka di belakang badan akibat terkena serpihan mangkuk tandas yang pecah. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan mangkuk tandas yang pecah serta cebisan kertas selain terdapat bau belerang di tempat kejadian.

"Cebisan kertas itu dipercayai digunakan untuk membalut bahan letupan yang disyaki mercun yang diletakkan di sekitar kawasan mangkuk tandas tersebut," kata beliau yang mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan khianat.
Sumber
More aboutMangkuk tandas meletup

Pelancong sewa kereta kebal

Posted by godonker

KERETA itu remuk teruk semasa dilenyek kereta kebal, CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta.  Antara kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12.  Kereta kebal itu digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.  "Saya berpendapat, ia akan melegakan tekanan dengan menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan sesuatu," kata pemilik kereta kebal berkenaan, Jonathan Lahy-Neary.  "Jika anda menempuh hari yang buruk, ia merupakan pelega tekanan yang baik," tambahnya.  Terdapat juga kereta kebal semasa Kesatuan Soviet, T-55 yang turut ditawarkan kepada para pelancong.  Menurut Lahy-Neary, para pelanggannya terdiri daripada remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka.  Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 (RM1,125.84) jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 (RM988.31) apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta.  Menurut Lahy-Neary, mengimport kereta kebal itu ke New Zealand lebih sukar daripada membelinya.  Katanya, beliau pernah berdepan dengan para pegawai polis dan kastam yang tidak tahu untuk menguruskan permintaannya. - AFP
KERETA itu remuk teruk semasa dilenyek kereta kebal
CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta.

Antara kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12.

Kereta kebal itu digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.

"Saya berpendapat, ia akan melegakan tekanan dengan menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan sesuatu," kata pemilik kereta kebal berkenaan, Jonathan Lahy-Neary.

"Jika anda menempuh hari yang buruk, ia merupakan pelega tekanan yang baik," tambahnya.

Terdapat juga kereta kebal semasa Kesatuan Soviet, T-55 yang turut ditawarkan kepada para pelancong.

Menurut Lahy-Neary, para pelanggannya terdiri daripada remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka. Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 (RM1,125.84) jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 (RM988.31) apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta.

Menurut Lahy-Neary, mengimport kereta kebal itu ke New Zealand lebih sukar daripada membelinya.

Katanya, beliau pernah berdepan dengan para pegawai polis dan kastam yang tidak tahu untuk menguruskan permintaannya. - AFP
Sumber
More aboutPelancong sewa kereta kebal

Tiga penari tiang didenda RM25

Posted by godonker

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
Sumber
More aboutTiga penari tiang didenda RM25

Gelek rimba, si tua berjoget sampai 5 pagi

Posted by godonker

GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu. Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik.

Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.

Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur.
Sumber
More aboutGelek rimba, si tua berjoget sampai 5 pagi

Pencair cat disangka minuman ringan

Posted by godonker

KANGAR: “Dada saya seperti dibakar, malah hampir keseluruhan mulut serta tekak tiba-tiba menjadi panas kerana terminum cecair berkenaan,” kata Mohd Syazwan Abdul Rohim,17, selepas terminum pencair cat yang disangka air minuman ringan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, apabila Mohd Syazwan yang dahaga sebaik pulang dari bengkel sekolahnya di Arau di sini, mencapai satu botol di atas katilnya yang disangka minuman ringan lalu minum sebelum dadanya berasa panas. Mohd Syazwan berkata, dia meneguk cecair berkenaan dua kali sebelum dada serta mulutnya tiba-tiba terasa panas dan sakit sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan separuh sedar.
TRAUMA...Syazwan kini takut meneguk minuman daripada botol
Menurutnya, ketika itu dia berasa begitu haus sebelum menyedari minuman yang diteguk itu adalah pencair cat.
Sumber
More aboutPencair cat disangka minuman ringan

Tahan sakit perkosa janda

Posted by godonker

KUALA KANGSAR: Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau. “Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya.

“Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa,” katanya di sini, semalam.
Sumber
More aboutTahan sakit perkosa janda

Makan, jual daging rakan

Posted by godonker on Tuesday, March 27, 2012

MOSCOW: Seorang lelaki Russia membunuh dan memakan mayat rakan minumnya, selepas dia dan rakan yang lain kehabisan makanan dalam satu pesta arak.

Lelaki itu kemudian menjual lebihan mayat rakannya itu di pasar dengan mengatakan ia daging babi.

Lelaki itu, 35, mengaku menikam rakan minumnya yang berusia 41 tahun itu hingga mati sebelum melapah, memasak dan makan mayat mangsa. Keesokan harinya, lelaki itu membawa lebihan daging ke pasar tempatan di Pulau Russky, Vladivostok dan menjual lebihan mayat mangsa. Seorang lelaki tempatan membeli “daging” itu dan memasaknya tetapi merasa loya dengan baunya.

Jurucakap polis, Avrora Rimskaya, berkata ketika memasak “daging” itu, lelaki itu berkata, baunya berlainan dengan daging babi yang pernah dimakannya.

Walaupun demikian, lelaki itu tetap memakan daging yang dimasak dan rasanya juga berlainan.
Sumber
More aboutMakan, jual daging rakan

30 Pesanan Imam Syafie

Posted by godonker

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut hal akhirat daripada menyebut hal dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebgai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9. Banyakkanlah beramal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan disisi Allah.

14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkan lah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “Auzubillahi minassaitathanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak diatas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan mengoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan didunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. 20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) tanah.

24. Sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti akan mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud, dan adalah menjadi hak (tanggungjawap) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti akan menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang-orang yang beriman.

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud “Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Sumber
More about30 Pesanan Imam Syafie

Pesta maksiat rai pengantin

Posted by godonker

PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.

Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.
Sumber
More aboutPesta maksiat rai pengantin

Ayah pin lumpuh separuh badan

Posted by godonker

Ayah pin lumpuh separuh badan
BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut. Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.
DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin
Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.
Sumber
More aboutAyah pin lumpuh separuh badan

Israel akan musnah jika serang Iran, Sayid Ahmad

Posted by godonker

TEHERAN: Ulama terkenal Iran, Ayatollah Sayid Ahmad Khatami menganggap ancaman serangan ketenteraan Israel terhadap negara itu hanya perang psikologi.

Menurutnya, Tel Aviv tidak akan berani untuk menyerang Iran kerana tindakan itu bakal memusnahkan mereka. “Sebelum ini, media sering menghebahkan mengenai serangan ketenteraan ke atas Iran khususnya oleh Israel. Ancaman itu hanya perang psikologi,” kata Sayid Ahmad sebagaimana dipetik oleh Press TV. Anggota Dewan Kepemimpinan Iran itu juga menegaskan pemerintah Israel tahu serangan ketenteraan terhadap Iran akan mengundang kemusnahan rejim Zionis.

“Kami tidak melakukan pencerobohan, tetapi kami akan memusnahkan penceroboh,” katanya.

Menurutnya, kegagalan serangan Israel di Lubnan dalam perang 33 hari pada 2006 menjadi bukti Tel Aviv tidak mampu menentang Iran yang lebih kuat dan lebih bersedia. - Agensi
Sumber
More aboutIsrael akan musnah jika serang Iran, Sayid Ahmad

Ditolak dari tingkat 4 lepas dirogol

Posted by godonker

SHARJAH: Seorang wanita berusia 20 tahun dimasukkan ke hospital selepas ditolak dari tingkat empat sebuah bangunan apartmen di sini selepas dirogol pagi semalam.

Akhbar Gulf News melaporkan, mangsa yang juga pembantu rumah warga Habsyah bekerja dengan sebuah keluarga di Emiriah Arab Bersatu memberitahu polis, dia terpaksa melakukan kerja sampingan kerana hanya dibayar gaji 500 dirham (RM416). Dia meminta seorang rakan warga Bangladesh supaya menghantarnya pulang tetapi lelaki itu membawanya ke rumah suspek dengan alasan untuk mengambil barang. Bagaimanapun, wanita itu diperkosa rakannya sebelum ditolak dari tingkat empat bangunan berkenaan. - GN
Sumber
More aboutDitolak dari tingkat 4 lepas dirogol

Kisah manusia disumpah menjadi kera

Posted by godonker on Sunday, March 25, 2012

Kisah manusia disumpah menjadi kera, Teori Charles Darwin, manusia adalah revolusi dari spesis monyet. Sebab itu manusia juga tergolong dalam spesis 'mamalia' sama macam monyet. Monyet betul. Sedangkan ini bertentangan dengan kejadian Nabi Adam A.S. Allah S.W.T berfirman ;  “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Lalu apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”. (Surah Al-Hijr : Ayat 28-29).  Tapi dalam Al-Quran ada menceritakan kisah manusia disumpah menjadi kera. Peristiwa ini berlaku di zaman Nabi Daud A.S di sebuah bandar dimana Allah telah melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.  "Dan tanyakanlah kepada bani Israel mengenai negeri yang terletak berhampiran dengan laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu, pada masa datangnya ikan-ikan kepada mereka terapung-apung di permukaaan air, dan pada hari selain Sabtu ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menduga mereka disebabkan mereka berlaku fasik", (Surah Al-A'raf : Ayat 163)  Namun mereka ingkar.Sesetengah penduduk yang licik menggali kolam kecil di tepi pantai dan membuat saliran air supaya ikan ikan yang banyak pada hari Sabtu, masuk ke dlm kolam, dan mereka akan menangkapnya pada hari ahad.  Perkara itu telah menjadi satu kebiasaan. Penduduk yang berpegang teguh kepada syariat telah menegur perbuatan mereka namun tidak diendahkan malah ada yang berani menjawab:  “Sudah lama kami melakukan aktitiviti ini, tidak ada satu musibah pun yang menimpa kami melainkan kebaikan.”  Ketika mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepada mereka : “Jadilah kamu kera yang hina”. (Surah Al-A'raf : Ayat 166)Maka mereka telah disumpah menjadi kera. Pengajarannya, bukan manusia evolusi kera tapi kera itu evolusi manusia. Cuma zaman sekarang banyak manusia yang tidak berakal hati perut berevolusi jadi monyet.  Mungkin hari ini musibah belum menimpa. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin juga di akhirat kelak
Teori Charles Darwin, manusia adalah revolusi dari spesis monyet. Sebab itu manusia juga tergolong dalam spesis 'mamalia' sama macam monyet. Monyet betul. Sedangkan ini bertentangan dengan kejadian Nabi Adam A.S. Allah S.W.T berfirman ;

“Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Lalu apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”. (Surah Al-Hijr : Ayat 28-29).

Tapi dalam Al-Quran ada menceritakan kisah manusia disumpah menjadi kera. Peristiwa ini berlaku di zaman Nabi Daud A.S di sebuah bandar dimana Allah telah melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.

"Dan tanyakanlah kepada bani Israel mengenai negeri yang terletak berhampiran dengan laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu, pada masa datangnya ikan-ikan kepada mereka terapung-apung di permukaaan air, dan pada hari selain Sabtu ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menduga mereka disebabkan mereka berlaku fasik", (Surah Al-A'raf : Ayat 163)

Namun mereka ingkar.Sesetengah penduduk yang licik menggali kolam kecil di tepi pantai dan membuat saliran air supaya ikan ikan yang banyak pada hari Sabtu, masuk ke dlm kolam, dan mereka akan menangkapnya pada hari ahad. Perkara itu telah menjadi satu kebiasaan. Penduduk yang berpegang teguh kepada syariat telah menegur perbuatan mereka namun tidak diendahkan malah ada yang berani menjawab:

“Sudah lama kami melakukan aktitiviti ini, tidak ada satu musibah pun yang menimpa kami melainkan kebaikan.”

Ketika mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepada mereka : “Jadilah kamu kera yang hina”. (Surah Al-A'raf : Ayat 166)Maka mereka telah disumpah menjadi kera. Pengajarannya, bukan manusia evolusi kera tapi kera itu evolusi manusia. Cuma zaman sekarang banyak manusia yang tidak berakal hati perut berevolusi jadi monyet.
Kisah manusia disumpah menjadi kera, Teori Charles Darwin, manusia adalah revolusi dari spesis monyet. Sebab itu manusia juga tergolong dalam spesis 'mamalia' sama macam monyet. Monyet betul. Sedangkan ini bertentangan dengan kejadian Nabi Adam A.S. Allah S.W.T berfirman ;  “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Lalu apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya roh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud”. (Surah Al-Hijr : Ayat 28-29).  Tapi dalam Al-Quran ada menceritakan kisah manusia disumpah menjadi kera. Peristiwa ini berlaku di zaman Nabi Daud A.S di sebuah bandar dimana Allah telah melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.  "Dan tanyakanlah kepada bani Israel mengenai negeri yang terletak berhampiran dengan laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu, pada masa datangnya ikan-ikan kepada mereka terapung-apung di permukaaan air, dan pada hari selain Sabtu ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menduga mereka disebabkan mereka berlaku fasik", (Surah Al-A'raf : Ayat 163)  Namun mereka ingkar.Sesetengah penduduk yang licik menggali kolam kecil di tepi pantai dan membuat saliran air supaya ikan ikan yang banyak pada hari Sabtu, masuk ke dlm kolam, dan mereka akan menangkapnya pada hari ahad.  Perkara itu telah menjadi satu kebiasaan. Penduduk yang berpegang teguh kepada syariat telah menegur perbuatan mereka namun tidak diendahkan malah ada yang berani menjawab:  “Sudah lama kami melakukan aktitiviti ini, tidak ada satu musibah pun yang menimpa kami melainkan kebaikan.”  Ketika mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepada mereka : “Jadilah kamu kera yang hina”. (Surah Al-A'raf : Ayat 166)Maka mereka telah disumpah menjadi kera. Pengajarannya, bukan manusia evolusi kera tapi kera itu evolusi manusia. Cuma zaman sekarang banyak manusia yang tidak berakal hati perut berevolusi jadi monyet.  Mungkin hari ini musibah belum menimpa. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin juga di akhirat kelak
Mungkin hari ini musibah belum menimpa. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin juga di akhirat kelak. Wallahualam.
Sumber
More aboutKisah manusia disumpah menjadi kera

Lawak! Nak cerita pun malas

Posted by godonker on Saturday, March 24, 2012

Cerita lawak, kisah lawak, cerita lucu, kisah lucu, lawak, lucu, gelihati, geli hati, ketawa, gelak pecah perut, gelak, hahaha, haha, hotreload2u, hot reload 2u, memang lawak, gambar lawak, terbaik
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.” Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
Sumber
More aboutLawak! Nak cerita pun malas

Lawak! Batu nisan untuk cikgu

Posted by godonker

Cerita lawak, kisah lawak, cerita lucu, kisah lucu, lawak, lucu, gelihati, geli hati, ketawa, gelak pecah perut, gelak, hahaha, haha, hotreload2u, hot reload 2u, memang lawak, gambar lawak, terbaik
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas. Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.
Sumber
More aboutLawak! Batu nisan untuk cikgu

Lawak! Guru kaunseling yang terlampau

Posted by godonker

Cerita lawak, kisah lawak, cerita lucu, kisah lucu, lawak, lucu, gelihati, geli hati, ketawa, gelak pecah perut, gelak, hahaha, haha, hotreload2u, hot reload 2u, memang lawak, gambar lawak, terbaik
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!" Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"
Sumber
More aboutLawak! Guru kaunseling yang terlampau

Lelaki takut diperkosa wanita

Posted by godonker on Friday, March 23, 2012

MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.

Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.

"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.

Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.

Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.

Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.

Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.

Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.

"Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.

"Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."

Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.

"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda. "Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.

Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.

Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.

Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.

"Perkara ini telah lama berlaku," katanya.

Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.

"Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.

Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP
Sumber
More aboutLelaki takut diperkosa wanita

Trend lari dari rumah akibat cair diperangkap ayat manis

Posted by godonker

Trend lari dari rumah akibat cair diperangkap ayat manis, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
Gambar sebagai hiasan
KUALA LUMPUR - Ramai gadis dipercayai lari dari rumah selepas hilang pertimbangan akibat terpengaruh dengan pujuk rayu serta ayat-ayat manis teman lelaki mereka.

Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya. Datin Dr. Sapora Sipon berkata, sikap mendahulukan kekasih itu didorong oleh keinginan gadis yang mahu hidup bebas daripada kongkongan keluarga. "Keinginan untuk hidup bebas inilah mendorong mereka mengambil tindakan tanpa berfikir panjang selepas termakan pujuk rayu kekasih.

"Trend mereka melarikan diri ini lebih kepada mahu berseronok, keinginan yang tidak dapat dipenuhi serta tindakan yang dirasakan wajar pada ketika itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Sapora, tindakan sedemikian juga dibantu dengan adanya kemudahan teknologi seperti telefon bimbit dan laman sesawang bagi memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan kekasih atau teman lelaki.
Sumber
More aboutTrend lari dari rumah akibat cair diperangkap ayat manis

3 Mak nyah diarah solat berjemaah

Posted by godonker

LANGKAWI: Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, petang kelmarin.

Sebelum itu, mereka yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam pemeriksaan di sebuah pusat karaoke, kira-kira jam 6.30 petang.

Ketiga-tiga mak nyah berkenaan turut diberi kemeja- T dan kain pelikat untuk menunaikan solat supaya mereka insaf dan kembali menjadi lelaki sejati.

Pegawai Penguat Kuasa Padal, Rosyadah Ramli berkata, semua lelaki itu ditahan ketika leka menyanyi dalam sebuah bilik di pusat karaoke terbabit. Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memakai kosmetik, beg tangan dan berpakaian wanita tetapi ketika soal siasat mengaku lelaki.

“Selepas ditahan, kami memberi kaunseling sebelum mengajak mereka menunaikan solat berjemaah agar dapat memberi keinsafan.

“Kami kemudian mengeluarkan saman supaya mereka hadir untuk diambil keterangan di pejabat agama daerah,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit adalah penduduk tempatan dan belum pernah ditahan sebelum ini.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sumber
More about3 Mak nyah diarah solat berjemaah

Amir masuk rumah baru, mahu bersama selamanya

Posted by godonker

kisah ibu lumpuh yang ditinggalkan anak, amir dan ibu lumpuh, kaih ibu lumpuh pada anak, kasih anak pada ibu lumpuh, kasih ibu pada anak, kasih anak pada ibu, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
KUALA SELANGOR: “Lebih daripada suka, suasana di sini sama seperti di kampung, ada pokok-pokok. Yang penting saya mahu bersama Amir ke mana saja dia pergi. Kami akan tinggal di sini selama-lamanya,” kata Faridah Maulud, 66 ketika melangkah masuk ke rumah barunya di Kampung Assam Jawa di sini, semalam.

Menurutnya, suasana di kawasan berkenaan saling tidak tumpah dengan kampung halamannya di Pengerang, Johor menyebabkan dia begitu gembira dapat menjalani kehidupan baru di kampung itu selepas anak tunggalnya ditawarkan berkerja di kilang berdekatan. Katanya, tidak ada perkara lain yang lebih menggembirakan hatinya apabila dapat bersama semula sebagai sebuah keluarga selepas tinggal di Pusat Sehenti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Buloh sejak 9 Mac lalu.
kisah ibu lumpuh yang ditinggalkan anak, amir dan ibu lumpuh, kaih ibu lumpuh pada anak, kasih anak pada ibu lumpuh, kasih ibu pada anak, kasih anak pada ibu, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
MERIAH...Amir bersama ibunya, Faridah di kediaman baru mereka sambil ditemani jiran tetangga dan Jamhuri (kanan), semalam
“Saya juga terharu dengan sambutan penduduk kampung yang menerima kehadiran kami dua beranak sebagai sebahagian daripada kejiranan di sini. Saya harap Amir akan bekerja dengan baik, terima kasih kepada Datuk Sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Warga emas yang menjadi perhatian masyarakat negara ini apabila ditinggalkan anaknya, Amir Mohd Omar, 27 di sebuah hotel bajet di Kampung Baru di sini 3 Mac lalu kini boleh menghela nafas lega selepas seorang usahawan besi keluli, Datuk Jamhuri Abdul Rahman menawarkan kerja dan sebuah rumah di Kuala Selangor bagi membantu mereka.
Sumber
More aboutAmir masuk rumah baru, mahu bersama selamanya

Anak rentung selepas kejutkan ayah

Posted by godonker

Khusnul Khotimah, Hasniah Abd Hussin, Selamat Kosnan, Pekan Ayer Baloi, Pontian, anak rentung selepas kejutkan ayah, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
PONTIAN: “Dia yang kejutkan saya dan beritahu rumah kami terbakar, tapi entah macam mana dia yang gagal selamatkan diri,” kata Selamat Kosnan, 51, ayah kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di Pekan Ayer Baloi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu yang keseluruhannya memusnahkan sembilan rumah kedai dua tingkat separuh papan, dua beradik terbabit ialah anak keenam daripada tujuh beradik, Khusnul Khotimah, 13, dan adik bongsunya, Rohman, 12.
Khusnul Khotimah, Hasniah Abd Hussin, Selamat Kosnan, Pekan Ayer Baloi, Pontian, anak rentung selepas kejutkan ayah, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
TINGGAL ABU...orang ramai berkerumun melihat sembilan deretan rumah kedai yang hangus dalam kebakaran awal pagi semalam
Selamat berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Hasniah Abd Hussin, 50, dan enam daripada tujuh anaknya tidur di bahagian atas rumah kedai papan. “Saya terjaga daripada tidur apabila arwah Khotimah mengejutkan saya dan memberitahu asap tebal di tingkat bawah kedai. Mungkin dia anggota keluarga kami yang pertama menyedari kebakaran berlaku.
Khusnul Khotimah, Hasniah Abd Hussin, Selamat Kosnan, Pekan Ayer Baloi, Pontian, anak rentung selepas kejutkan ayah, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
ANGKAT...anggota unit forensik membawa kotak mengandungi rangka dua mangsa
“Sebaik dikejutkan arwah, saya terus kejutkan semua anak dan isteri sebelum kami nekad turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri biarpun terpaksa meredah api dan asap,” katanya.
Sumber
More aboutAnak rentung selepas kejutkan ayah

Teksi jahanam, mangsa disamun dan dirogol bergilir-gilir

Posted by godonker

Teksi jahanam, teksi ke neraka, mangsa disamun dan dirogol bergilir-gilir, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.

“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa. “Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.
Sumber
More aboutTeksi jahanam, mangsa disamun dan dirogol bergilir-gilir

Kebaikan jilat jari selepas makan

Posted by godonker on Thursday, March 22, 2012

Kebaikan jilat jari selepas makan, kisah pengajaran, cerita pengajaran, kisah tauladan, cerita tauladan, teladan, cerita ilmiah, kisah ilmiah
Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan.

Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.

Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan.

Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu.

Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.

Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata, “Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”

Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.

Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini. Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.

Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.
sumber
More aboutKebaikan jilat jari selepas makan

Gadis liar dibunuh ayah sendiri

Posted by godonker on Wednesday, March 21, 2012

Gadis liar dibunuh ayah sendiri, ayah bunuh anak, anak kandung dibunuh ayah sendiri, preeti, Agyaram Jaiswal, Malad, Mumbai, India, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
Kes ini berlaku di Mumbai , India..Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dibunuh oleh ayah dan dua kakak perempuannya, masing-masing berusia 16 dan 18 tahun, kerana dianggap terlalu liar.

Si ayah yang bernama Agyaram Jaiswal (45) yang tinggal di Malad, Mumbai, India, membunuh anak kandungnya menggunakan kabel mesin jahit untuk mencekiknya. Remaja perempuan yang hanya dikenali sebagai Preeti ini menemui nasib malang setelah seorang jirannya melihat dia bersama seorang pemuda di dalam rumah. Jiran itu kemudian memberitahu dua kakak perempuannya. Preeti dipukul sementara remaja laki-laki itu melarikan diri. Si ayah sangat marah dan menganggap Preeti merosakkan nama baiknya. Setelah membunuh anak kandungnya, dia kemudian membawa mayatnya ke RS dan memberitahu bahawa Preeti telah membunuh diri. Namun, penipuan itu terungkap ketika hasil autopsi menemukan penyebab kematian sebenarnya dan memaksa Agyaram dan dua anak perempuannya mengaku.

Dalam pernyataannya di depan polis, Agyaram mengaku dirinya muak diejek jirannya disebabkan gaya liar Preeti yang tak pernah patuh dan mendengarkan nasihatnya. Dia juga mengaku tak pernah bermaksud untuk membunuh Preeti.
Sumber
More aboutGadis liar dibunuh ayah sendiri

Perempuan kena kunci dalam tandas

Posted by godonker on Tuesday, March 20, 2012

Perempuan kena kunci dalam tandas, dikurung dalam tandas penjara, terkurung dalam tandas penjara, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
LONDON - Maksud hati seorang perempuan untuk menjenguk suaminya di dalam penjara Les Nicolles, Pulau Guernsey, Inggeris, tidak kesampaian apabila beliau terkurung di dalam tandas penjara selama hampir 23 jam.

Kejadian itu berlaku apabila perempuan tersebut sedang menemui suaminya yang berada dalam tahanan. Ketika beliau menggunakan tandas untuk membuang air kecil, tiba-tiba pintu tandas terkunci.

Kebiasaanya, setiap pelawat penjara akan masuk melawat tahanan secara berkelompok tetapi beliau tidak kelihatan bersama-sama dalam kelompok tersebut semasa keluar dari tahanan kerana pergi ke tandas. Warden penjara yang bertugas di situ pula sibuk dengan urusan lain sehingga tidak sempat memeriksa jumlah pelawat dalam kelompok yang masuk ke bilik tahanan sebelumnya.

Akibat daripada kelalaian warden penjara berkenaan, perempuan tersebut telah terkurung dalam tandas tahanan selama hampir 23 jam tanpa makanan dan minuman. Perempuan itu juga tidak dapat menghubungi sesiapa kerana telefon bimbitnya tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ketika melawat tahanan. Dalam usaha untuk mendapatkan bantuan daripada warden penjara, beliau telah berkali-kali memukul pintu tandas dan juga berteriak namun mereka seolah-olah tidak mendengarnya. Akhirnya beliau tertidur di dalam tandas selama hampir 23 jam dalam keadaan kesejukan tanpa makanan dan minuman.

Perempuan berkenaan hanya dapat keluar pada pagi keesokan harinya apabila salah seorang warden penjara itu pergi memeriksa tandas tahanan. Warden penjara itu amat terkejut melihat perempuan tersebut yang dalam keadaan basah kuyup kesejukan dan kelaparan.

Kejadian seumpama ini amat mencemarkan reputasi penjara hanya disebabkan oleh kelalaian para warden penjara berkenaan. Atas kejadian itu, Pejabat di Pulau Guernsey Geoff Mahy telah meminta maaf secara terbuka dengan perempuan itu dan berjanji untuk memperbaiki kelemahan sedemikian.

"Salah seorang warden penjara yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memantau pelawat tahanan ketika itu menyesali kejadian tersebut dan dia sudah meminta maaf secara terbuka dengan perempuan berkenaan", kata Mahy yang dipetik dari Daily Mail, Rabu (17/08/2011).

Di sebalik insiden itu, perempuan berkenaan berkemungkinan untuk memfailkan saman kepada pihak penjara kerana kelalaian mereka.
Sumber
More aboutPerempuan kena kunci dalam tandas

Koma gaduh berebut wanita

Posted by godonker

Koma gaduh berebut wanita, Mohd Khairul Faiz Mohd Sobri, berebut wanita, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
ALOR SETAR: Seorang kakitangan sebuah bank di Jalan Pegawai, di sini, tergamak memukul rakan baik sendiri menyebabkan mangsa koma hanya kerana cemburu dan tidak puas hati melihat hubungan baik mangsa dengan seorang kakitangan wanita yang bekerja di bank sama.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa, Mohd Khairul Faiz Mohd Sobri, 22, terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas mengalami kecederaan serius di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul. Kejadian berlaku di kawasan parkir motosikal di bangunan bank berkenaan ketika mangsa baru tiba dari Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat dengan beberapa rakan sekerja sebelum mangsa bertemu dengan suspek berusia 20-an berhampiran sebuah premis di bangunan bank berkenaan.

Difahamkan, mangsa dan suspek dipercayai rakan baik dan sering bersama sebelum ini, namun disebabkan mangsa rapat dengan seorang kakitangan wanita di bank berkenaan menyebabkan suspek cemburu hingga berlaku perselisihan faham.
Koma gaduh berebut wanita, Mohd Khairul Faiz Mohd Sobri, berebut wanita, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
MOHD KHAIRUL...dihentak objek tumpul
Bagaimanapun, suspek bertindak di luar jangkaan apabila memukul kepala mangsa dengan objek tumpul hingga rebah ke lantai dalam keadaan berlumuran darah di kepala.
Sumber
More aboutKoma gaduh berebut wanita

10 Tempat dilarang tengok dalam Google maps

Posted by godonker

Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat. Boleh dikatakan seluruh dunia boleh dilihat melalui Google Maps. Dari bandar-bandar besar hinggalah ke kawasan pedalaman yang terpencil. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada 10 tempat di dunia yang dilarang sama sekali dipaparkan dalam Google Maps.

Tempat tersebut adalah;

1. The Royal Residence, Belanda
Royal Palace Amsterdam di Belanda - dipanggil Koninklijk Paleis Amsterdam - menyertai satu senarai panjang tempat-tempat yang dikaburkan dalam Google maps yang berkaitan dengan keluarga diraja Belanda, termasuk Stables Diraja dan satu lagi kediaman yang dipanggil Huis 10 Bosch.

2. Buffalo Niagara International Airport
Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan butiran tidak boleh dilihat apabila kawasan di-zoom.

3. Tantauco National Park, Chile
Taman Negara Tantauco di Chile hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Rizab semulajadi swasta adalah rumah kepada banyak haiwan terancam.

4. Keowee Dam, South Carolina
Empangan Keowee buatan manusia pada Tasik Keowee di South Carolina juga kabur di Peta Google. Berbentuk seperti pokok Krismas, empangan membantu menjalankan utiliti kuasa yang dipanggil syarikat Duke Energy.

5.Tapak Misteri Rusia
Tidak pasti mengapa lokasi ini di Rusia telah kabur keluar, lebih-lebih lagi sejak ia di dalam Siberia tundra. Bandar terdekat adalah Egvekinot, Rusia, yang merupakan jiran ke Alaska menyeberangi Selat Bering.

6. Lapangan Terbang Minami Torishima, Jepun
Lapangan Terbang Minami Torishima - lapangan terbang satu landasan menghidangkan pulau Minami Torishima, yang terletak di luar pantai timur Jepun - oversaturated dengan warna putih. Ia kini digunakan oleh Tentera Jepun, Pertahanan Maritim. 7. The Michael Aaf Building, Utah
Dugway Proving Ground di Dugway, Utah adalah kawasan yang diduduki oleh Tentera Darat Amerika Syarikat di mana tentera boleh menguji sistem senjata biologi dan kimia. Bangunan AAF Michael diputihkan, kemungkinan besar atas sebab-sebab keselamatan.

8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York
The Cornell University Combined Heat and Power Plant di Ithaca, NY - yang dibuka pada tahun 2010 - menjadi kabur pada peta Google. Berteknologi tinggi, kemudahan eko-mesra menjana elektrik dari gas asli sebagai sebahagian daripada usaha universiti itu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.

9. Babylon, Iraq
Bandar Babylon, Iraq kelihatan seperti tanah ladang tidak berkesudahan daripada sebuah bandar purba yang sibuk.

10. Vlissingen, Belanda
Hartanah yang dimiliki oleh keluarga diraja Belanda tidak-satunya tempat yang kabur di Belanda. Menyertai senarai tangki minyak di Vlissingen (gambar), serta beberapa kem tentera dan pangkalan tentera udara. Kawasan tanah di sebelah kiri juga nampaknya akan pixelated dan diselaraskan.
Sumber
More about10 Tempat dilarang tengok dalam Google maps

Misteri van putih kembali

Posted by godonker

Misteri van putih kembali, budak hilang kena culik, misteri budak hilang, budak diculik, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.

Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.

“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007.
Misteri van putih kembali, budak hilang kena culik, misteri budak hilang, budak diculik, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
HILANG...Zahedi menunjukkan gambar Nazatul Fadiana yang ditemui di Bangkok
Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.

“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.

Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin. “Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.

Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.
Sumber
More aboutMisteri van putih kembali

Kurung kekasih jadikan hamba seks

Posted by godonker

Kurung kekasih jadikan hamba seks, kekasih dirogol, jadi hamba seks, hamba seks, perempuan dirogol, rogol perempuan, kosmo, utusan, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, berita, info, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, blog terhebat, memang terbaik
Gambar sebagai hiasan 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup mengurung kekasihnya di hotel bajet di Jalan Haji Taib 3, Chow Kit, di sini selama seminggu sejak 9 Mac lalu untuk dijadikan hamba seks.

Bagaimanapun, dengan pertolongan seorang pekerja hotel, mangsa berjaya melarikan diri pada 16 Mac lalu sebelum membuat laporan polis mendakwa dirogol teman lelakinya.

Pada masa sama, terdapat satu laporan dibuat bapa mangsa yang menyatakan anaknya itu berusia 32 tahun melarikan diri dari rumah pada 10 Mac selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

Berdasarkan semakan laporan itu, mangsa ditahan sebelum penahanannya dimaklumkan kepada bapanya. Selepas bapa mangsa datang menemui anaknya di balai polis, mangsa dibenarkan pulang bersama keluarganya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Hulu Klang mengikut teman lelakinya itu dikenali sebulan lalu, jam 5 petang, 9 Mac selepas lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di ibu kota.

“Sebelum keluar bersama lelaki itu, mangsa diminta meminjam RM1,000 daripada ibunya dan dengan menunggang motosikal, mangsa dibawa ke Chow Kit sebelum menyewa hotel bajet di Jalan Haji Taib 3,” katanya.
Sumber
More aboutKurung kekasih jadikan hamba seks

Makan telur cacing untuk kuruskan badan

Posted by godonker on Monday, March 19, 2012

makan telur cacing untuk kuruskan badan, cara untuk kurus, cara mudah untuk cepat kurus, cara paling cepat kurus, cara hendak diet, hmetro, mymetro, metro, kosmo!, kosmo, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, terkini, terbaik, berita gempar, berita panas, isu panas, isu terkini, gambar unik, gambar pelik, pelik dan ajaib, pelik
Seorang pelajar perempuan di China telah memakan telur cacing gelang untuk menurunkan berat badan semata-mata untuk mengikuti satu temuduga kerja, ini kerana pekerjaan begitu sukar diperolehi. Telur-telur ini akan menetas di dalam perut, membolehkan orang-orang yang memakannya dapat menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau diet di Xiamen, China.

Namun begitu amalan menelan telur cacing ini dipercayai sangat berbahaya dan pasti tidak akan diluluskan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan di Tahun Baru ini. Dengan keadaan kekurangan pekerjaan di seluruh negeri, kebanyakkan perempuan di China tertekanan untuk tampil kurus jika ingin bersaing bagi mendapatkan sesuatu peluang pekerjaan. kebanyakkan pelajar lain akan merenung gambar mereka sehingga berjam-jam untuk menghilangkan nafsu makan mereka, agar mereka dapat mengurangkan lebihan berat badan. Seorang pelajar bernama Xiaomei mengatakan bahawa wanita di China akan menggunakan sejenis 'sabun khusus' yang membantu mereka berdiet. Segelintir wanita terpaksa mandi sehingga 10 kali sehari. Rawatan-rawatan ini dipercayai tiada asas saintifik dan lebih cenderung kepada membahayakan kesihatan. Pada tahun 1990-an perempuan Cina akan mengambil teh khas dan pil untuk menurunkan berat badan. Akupunktur juga muncul sebagai pilihan yang sangat popular. Sebagai rakyat di negara yang paling padat penduduk di dunia itu, ramai mahasiswa terpaksa berjuang untuk mencari pekerjaan memandangkan negara tersebut menghadapi masalah pengangguran yang sangat besar di mana hanya 780 juta pekerja yang bernasib baik berjaya diserapkan ke sektor pekerjaan.

Masalah pengangguran dilaporkan lebih banyak berlaku di kawasan kampung dan pedalaman, manakala peluang pekerjaan di bandar dilihat semakin meningkat dengan cepat seiring dengan proses urbanisasi negara China.
Sumber
More aboutMakan telur cacing untuk kuruskan badan