Toilet sebagai mas kahwin | Tak ada toilet, tak boleh kahwin

Posted by godonker on Wednesday, February 15, 2012

Sebahagian besar ibu di India ingin anak perempuannya menikah dengan seorang lelaki yang memberikan kehidupan yang baik. Kerana itu, di sebuah desa di India, perempuan yang akan menikah meminta mahar pernikahan yang pelik iaitu toilet.

“Tidak ada toilet maka tidak ada mempelai wanita” hal ini menjadi sesuatu yang biasa di India. Hal ini disebabkan oleh rendahnya kualiti kebersihan di sana. Untuk itu, memiliki toilet sendiri ketika ini menjadi sebahagian dari hak asasi manusia, terutama di desa-desa dimana mendapatkan air bersih sangat sulit.

Kempen ini dijalankan oleh seorang wanita bernama Sunariyan Kalan yang tinggal di utara negara bahagian Haryana. Anggota dewan Sumitra Rathi mengatakan bahawa wanita desa tidak memiliki pilihan selain menyerah dengan tidak adanya privasi kerana tidak memiliki toilet dalam rumah mereka.

Bagi wanita desa, mereka harus mandi ketika matahari belum terbit atau ketika kegelapan malam sudah menutupi bumi. Atau mereka harus keluar mandi di ladang dan menanggung malu. Oleh kerana itu mereka tidak ingin anak perempuan mereka mengalami hal yang sama. Sebagai anggota dari dewan daerah setempat, Rathi telah membantu membangun toilet di 250 rumah di Snariyan Kalan sejak 1996.

Keperluan toilet sangat besar di India. Mereka harus membangun 112.000 toilet setiap hari jika ingin mencapai tujuan yang telah mereka tetapkan untuk mengentaskan masalah inii pada 2012 nanti, demikian keterangan dari Kementrian Pembangunan Desa.

Selain menjadikan toilet mahar bagi mereka yang ingin menikah, pemerintah juga memberikan insentif untuk mereka yang membuat toilet dirumahnya. Setiap toilet yang mereka buat, sebagai gantinya mereka akan menerima 2,200 Rs.

Walaupun meminta toilet sebagai mahar kahwin itu sangat pelik bagi kita tetapi tidak bagi mereka yang sangat memerlukan….
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment