Padah berbogel di webcam

Posted by godonker on Wednesday, February 29, 2012

Singapura - Tiga lelaki dan tiga wanita yang dipercayai memeras wang daripada mangsa dengan mengugut akan menyebar gambar bogel mereka sudah ditahan.
Seorang mangsa berusia 22 tahun membuat laporan polis Ahad lalu selepas sekumpulan anggota sindiket memeras wang daripadanya sejak sembilan bulan lalu.

Lelaki itu mengenali seorang wanita di laman sembang Alamak.com pada Mei tahun lalu. Dia memulakan perbualan melalui webcam bersama wanita itu dan dipujuk untuk muncul berbogel di webcam. Tanpa pengetahuannya, wanita itu merakam aksinya dan mengancam untuk menyebarkan gambar itu di Internet jika dia tidak memberinya wang. Lelaki itu mematuhi arahannya dan memindahkan SG$5,000 (RM12,500), tetapi pemerasan itu tidak berhenti di situ.

Secara keseluruhannya, dia membuat lebih 80 transaksi pemindahan wang sebanyak SG$97,000 (RM242,500) ke pelbagai akaun bank diberikan wanita itu sejak sembilan bulan lalu.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment