Seperti disampaikan pejabat berita Iran Press TV minggu ini, Ketua Majlis Jawatankuasa Tenaga Iran Arsalan Fat'hipour mengatakan, pemerintah ketika ini sedang merancang larangan secara penuh pembelian produk Samsung.
Iklan tersebut dimaklumkan dibuat oleh syarikat tv kabel Israel, HOT. Dalam iklan,digambarkan empat orang pelakon komedi Israel, sedang berada di suatu tempat di Iran. Salah seorang pelakon tersebut mengatakan bahawa negara Iran seperti "kubangan lumpur". Berlatarkan Isfahan, dekat pemasangan nuklear ', mereka menyamar memakai tudung menemui seorang agen Mossad yang mengaku bosan tinggal di Iran. Agen tersebut mengatakan, untuk menghilangkan kebosanannya, dia menonton menggunakan Samsung Galaxy Tab.
Seorang pelakon iklan tersebut menekan sebuah butang di skrin yang ternyata meletupkan kemudahan nuklear di belakang mereka.
Pada akhir tayangan seorang dari mereka, menepuk lalat di kepalanya sambil berkata, "dasar Khamenei". Dalam bahasa slang Israel, Khamenei bermaksud serangga pengganggu.
Syarikat Samsung di Korea Selatan dalam kenyataannya, mengatakan bahawa mereka tidak membuat iklan tersebut. Samsung mengatakan bahawa iklan tersebut dibuat oleh syarikat iklan Israel tanpa pengetahuan dan penglibatan Samsung.
"Sebagai sebahagian daripada komuniti global, Samsung menerapkan penghormatan kepada seluruh lapisan masyarakat dan budaya di seluruh dunia,"kata Samsung.
Walaupun demikian, Fat'hipour mengatakan kata maaf syarikat tersebut tidak cukup. Samsung, ujarnya, harus bertanggungjawab diatas perbuatan mereka.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment