Lingkaran misteri gunung salji

Posted by godonker on Wednesday, February 29, 2012

Seorang artis, Simon Beck sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan lingkaran misteri tanpa dibantu orang lain di sebuah pusat pelancongan yang menjadi tumpuan penggemar sukan luncur salji di Savoie, Perancis. Beberapa lingkaran misteri dihasilkannya mampu mencapai saiz sebesar enam buah padang bola sepak dan ia dihasilkan secara terbalik kerana proses yang rumit seperti perlu meredah laluan sukar serta bersalji.




“Saya menggunakan kompas untuk membuat lakaran dan titik utama corak lingkaran itu. Dan ia dihasilkan dengan hanya berjalan sambil memakai kasut salji,” katanya. Difahamkan, tujuan utama projek seni tersebut dilakukan adalah untuk menyembuhkan kakinya, iaitu dengan cara berjalan di atas salji. Jom kita tengok gambar menarik lingkaran misteri yang dihasilkan oleh Simon Beck di permukaan gunung salji.
Sumber
More aboutLingkaran misteri gunung salji

Kejam! Video kepala budak dipenggal

Posted by godonker

Umum mengetahui, Syria telah dilanda kezaliman yang terbuka apabila pemerintahan Bashar Asad telah berlaku kejam dengan membunuh beribu-ribu rakyat Syria tanpa belas kasihan. Terbaru, seorang budak perempuan telah dipenggal kepalanya oleh regim Bashar Asad dan kekejaman ini telah mendatangkan kemarahan antarabangsa.
Di atas merupakan video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut. Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Di bawah ini ada lagi video kanak-kanak yang dipenggal oleh regim Syria Bashar Asad. Wallahul musta’an.
More aboutKejam! Video kepala budak dipenggal

Bayi kunyah kepala ular hingga separuh mati

Posted by godonker

Ular yang malang sedang berkeadaan lunyai digigit oleh bayi
Seorang kanak-kanak berusia setahun sebulan yang masih tidak mengenal erti takut mengunyah kepala seekor ular sepanjang 30 sentimeter yang masuk ke dalam rumahnya di bandar Israel Utara Arab, demikian dilaporkan akhbar AFP jumaat lalu.

Ibu kanak-kanak lelaki itu yang terkejut menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan jiran-jiran apabila melihat anaknya, Imad Aleeyan, yang hanya mempunyai enam batang gigi, didapati mengunyah kepala ular itu.

“Saya sedang membuat susu dan ketika masuk ke bilik, saya melihat kepala ular dalam mulutnya,” kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Shefa Amr, 15 km timur bandar pelabuhan Haifa.

“Kami bergegas ke rumah Ghadir dan mendapati kanak-kanak itu sedang mengunyah kepala ular di dalam mulutnya. Ia benar-benar dahsyat dan menakutkan,” kata ibu saudara kanak-kanak itu, Yasmin Shahin. Seorang jiran yang tergesa-gesa datang ke rumah itu segera menarik ular yang setengah mati itu daripada mulut kanak-kanak lelaki dan membunuhnya. Kepala ular itu kelihatan cedera teruk ketika ditarik keluar. Ketika ular itu ditarik keluar, kanak-kanak itu mula menangis,” tambahnya lagi.

Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu untuk melihat sama ada terdapat apa-apa tanda-tanda gigitan dan segera membawa kanak-kanak itu ke hospital Rambam di Haifa .

Doktor mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tidak terkena racun ular.

Doktor itu menyatakan bahawa ular itu benar-benar beracun tetapi kanak-kanak itu bernasib baik kerana ular itu biasa melepaskan racun pada musim sejuk.

Seorang pakar amfibia dan reptilia, Dr Boas Shacham,memberitahu AFP bahawa daripada gambaran imej-imej ular itu, didapati ia adalah sejenis ular syiling dalam kategori (hemorrhois nummifer), spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper .

Ular kebiasaanya akan membesar sehingga 1.3 meter panjang dan doktor itu menyatakan bahawa ular yang digigit kanak-kanak itu adalah spesimen yang “terlalu muda”.

“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana cuaca sejuk,” kata Shacham yang merupakan ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.
Sumber
More aboutBayi kunyah kepala ular hingga separuh mati

Ganjaran 1 Juta USD bagi yang berjaya godam Google Chrome

Posted by godonker

Google telah berjanji untuk memberikan hadiah wang tunai berjumlah 1 juta kepada penggodam yang berjaya mengeksploitasi pelayar krom pada persidangan keselamatan CanSecWest minggu depan. Chrome merupakan satu-satunya pelayar internet yang tidak mempunyai sebarang rekod eksploitasi sepanjang 6 tahun ia diciptakan. Google akan memberi ganjaran kepada pemenang dengan hadiah sebanyak $ 60,000, $ 40,000 dan $ 20,000 bergantung kepada tahap eksploitasi yang mereka mampu lakukan pada pelayar krom yang menggunakan sistem operasi Windows 7. Kakitangan pasukan keselamatan syarikat telah mengumumkan pertandingan Pwnium itu di blog mereka pada hari Isnin yang lepas.
Sumber
More aboutGanjaran 1 Juta USD bagi yang berjaya godam Google Chrome

Padah berbogel di webcam

Posted by godonker

Singapura - Tiga lelaki dan tiga wanita yang dipercayai memeras wang daripada mangsa dengan mengugut akan menyebar gambar bogel mereka sudah ditahan.
Seorang mangsa berusia 22 tahun membuat laporan polis Ahad lalu selepas sekumpulan anggota sindiket memeras wang daripadanya sejak sembilan bulan lalu.

Lelaki itu mengenali seorang wanita di laman sembang Alamak.com pada Mei tahun lalu. Dia memulakan perbualan melalui webcam bersama wanita itu dan dipujuk untuk muncul berbogel di webcam. Tanpa pengetahuannya, wanita itu merakam aksinya dan mengancam untuk menyebarkan gambar itu di Internet jika dia tidak memberinya wang. Lelaki itu mematuhi arahannya dan memindahkan SG$5,000 (RM12,500), tetapi pemerasan itu tidak berhenti di situ.

Secara keseluruhannya, dia membuat lebih 80 transaksi pemindahan wang sebanyak SG$97,000 (RM242,500) ke pelbagai akaun bank diberikan wanita itu sejak sembilan bulan lalu.
Sumber
More aboutPadah berbogel di webcam

Kejam! Haiwan diseksa sebelum dimakan

Posted by godonker

Memang kejam, takda makanan lain ke? Haiwan - haiwan tersebut diseksa sebelum dimakan, atau dimasak rebus-rebus, walaupun setengah-setengah haiwan boleh kita makan, tapi bukanlah bermaksud kita boleh menyeksa binatang, Manusia!, berfikirlah anda.




Sumber
More aboutKejam! Haiwan diseksa sebelum dimakan

Kitab Injil asal 1,500 tahun ditemui, disembunyikan sejak 12 tahun lalu

Posted by godonker on Monday, February 27, 2012

Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail. Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.

Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa.
Sumber
More aboutKitab Injil asal 1,500 tahun ditemui, disembunyikan sejak 12 tahun lalu

43 Perkara yang menyekat rezeki

Posted by godonker

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. 1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

WALLAHUALAM
Sumber
More about43 Perkara yang menyekat rezeki

Katak berbunyi seperti kucing

Posted by godonker

Seekor katak ditemui dalam bentuk fizikal yang normal. Namun apa yang memeranjat mereka, katak ini mampu mengeluarkan suara seperti seekor kucing. Mustahil kalau kita sendiri tidak pernah mendengar bunyi katak. Lepas hujan, mesti kendengaran bunyi suara mereka yang selalu dimetaforakankan dengan makna suara yang tidak sedap untuk didengar. Tetapi kali ini, beberapa orang budak telah menemui seekor katak bersaiz besar yang mempunyai satu suara yang pelik. Suara katak pelik tersebut seolah-olah seperti bunyi kucing yang mengiau. Jika anda tidak percaya, kami datangkan sekali dengan video yang menunjukkan bagaimana katak pelik tersebut boleh berbunyi seperti kucing. Agak comel bila kita mendengarnya.
Sumber
More aboutKatak berbunyi seperti kucing

Lelaki koma sedar untuk beritahu identiti penembaknya

Posted by godonker on Sunday, February 26, 2012

CAIRO - Tidak ada yang mustahil untuk terjadi di dunia ini. Seperti kisah yang dialami oleh seorang lelaki Mesir ini.

Dia yang mengalami koma hampir selama tujuh bulan akibat luka tembak di kepala, tiba-tiba sedar dan dengan cepat mengidentifikasi pelaku yang menembak kepalanya. "Lelaki itu tiba-tiba terbangun dan menjelaskan pelaku penembakan terhadap dirinya bernama Muhammad yang berprofesi sebagai seorang tukang cukur. Tak lama setelah itu polis pergi untuk menangkap pelaku dan lelaki itu pun meninggal dunia," ungkap sebuah Surat Khabar Mesir seperti dikutip emirates247 Minggu, (26/2/2012).

Lelaki yang bekerja sebagai pegawai di salah satu instansi pemerintahan Mesir itu ternyata hanya sedar beberapa minit saja untuk mengungkapkan identiti pelaku penembakan terhadap dirinya sebelum akhirnya dia meninggal dunia.(rhs)
Sumber
More aboutLelaki koma sedar untuk beritahu identiti penembaknya

Beratnya amanah ni

Posted by godonker

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, ) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN?

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (Itu hanya pendapat...ajal maut ketentuan Allah))

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
1. ibunya
2. isterinya
3.anak perempuannya
4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
Sumber
More aboutBeratnya amanah ni

Loo Jo Yee : Gadis cina 17 tahun memeluk Islam

Posted by godonker

Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah
Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah. Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Sumber
More aboutLoo Jo Yee : Gadis cina 17 tahun memeluk Islam

Kenapa manusia mati dengan mata terbeliak?

Posted by godonker on Saturday, February 25, 2012

Pernahkan anda melihat orang nazak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jika belum pernah, elok jika anda berusaha untuk melihatnya sebelum anda menemui ajal anda sendiri. Melihat orang mati dapat mententeramkan nafsu buas yang berkocak. Melihat orang mati juga membuatkan kita tersedar agar jangan lalai serta leka dengan kehidupan dunia.

Jika anda biasa melihat orang mati, anda tentu pernah melihat orang yang mati dengan keadaan matanya yang terbeliak. Tahukah anda kenapa? Berikut adalah jawapannya:

Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas? Jawab mereka, Ya kami melihatnya, ya Rasulullah. Sabda baginda lagi: Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.

Huraian Hadith:
Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan husnul khatimah atau su'ul khatimah, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah. Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:
Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka.

Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga. (Bukhari).

Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (su'ul khatimah) dalam mengakhiri ajal seseorang.

Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.
Sumber
More aboutKenapa manusia mati dengan mata terbeliak?

Berlian merah jambu ditemui

Posted by godonker

Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Sydney,Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat. Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.
"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. - AFP
Sumber
More aboutBerlian merah jambu ditemui

Bapak setan makan anak sendiri

Posted by godonker

Biar betol ni!! GORILLA ditemui di SEGI College??
Port Moresby: Penduduk bandar perlombongan Papua New Guinea berkata mereka mendapati seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah makan anak yang baru lahir semasa upacara sihir.

Jgn sekadar 'cakap' nk buat sesuatu sempena EARTH HOUR ni. Adakah anda salah seorang drpda nya??

Masyarakat setempat sedih, marah, tetapi terdapat juga banyak ketakutan dan kebimbangan kerana terdapat kepercayaan di sihir atau ilmu sihir.

Menurut penduduk tempatan lelaki itu telah menjalankan upacara sihir, atau permulaan, untuk menjadi sebahagian daripada beberapa jenis masyarakat khas, katanya. Suspek mempunyai sejarah yang panjang penyalahgunaan dadah ... Beberapa tahun yang lalu, dia pernah menjadi gila dalam apa yang kami percaya adalah disebabkan kesan dadah.''

Pengakuan student kolej MALAYSIA kini TERBONGKAR!!!

Pada tahun 2009, ia telah dianggarkan bahawa 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan sihir dalam masyarakat terpencil.
Sumber
More aboutBapak setan makan anak sendiri

Jangan kahwini perempuan yang ada sifat ini

Posted by godonker on Friday, February 24, 2012

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

“One switch at a time”. Apa maksudnya?


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. 4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Sumber
More aboutJangan kahwini perempuan yang ada sifat ini

8 Sebab kenapa perlu makan bawang putih

Posted by godonker

1. Mengurangkan risiko strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

“One switch at a time”. Apa maksudnya? 4. Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Sumber
More about8 Sebab kenapa perlu makan bawang putih

Tandas awam yang telus

Posted by godonker

 Tandas awam pertama yang bercirikan transparent di Swiss. Orang yang lalu lalang di kawasan tersebut boleh melihat interior tandas awam tersebut. Tetapi bagi mereka yang ingin menggunakan tandas, terdapat function dimana apabila tandas tersebut digunakan, cermin tandas tersebut secara automatik bertukar gelap melindungi mereka yang menggunakan tandas awam tersebut. Bayangkan kalau function cermin tandas awam tadi rosak dan korang tak tahu iannya rosak???

“One switch at a time”. Apa maksudnya?




Sumber
More aboutTandas awam yang telus

Apabila penagih dadah lahirkan anak

Posted by godonker on Thursday, February 23, 2012

“One switch at a time”. Apa maksudnya?
Dipercayai bahawa gambar di atas merupakan bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan Rusia akibat menagih dadah. Tidak dapat dipastikan bahawa bayi yang dilahirkan hidup atau mati.
Sumber
More aboutApabila penagih dadah lahirkan anak

Jepun mahu bina lif ke angkasa

Posted by godonker

TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

“One switch at a time”. Apa maksudnya?

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya. Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP
Sumber
More aboutJepun mahu bina lif ke angkasa

Bayi dicampak dan dipijak setelah dituduh mencuri

Posted by godonker

Kejadian ini berlaku di Zhengzhou ,Henan China apabila seorang wanita di tuduh mencuri .Dia dengan sengaja melempar bayi yang di dukungnya ketanah dan memijakknya.

“One switch at a time”. Apa maksudnya?

Dia memijak bayi itu kerana marah dituduh mencuri.Saksi kejadian telah menyatakan wanita bersama rakannya telah mencuri talipon.Pihak polis telah di panggil untuk menyelesaikan kes itu .Kedua-dua wanita itu telah di bawa ke balai.
Anak kecil yang di tinggalkan seketika itu tidak mengalami luka .Inilah kadang -kadang cara orang yang bersalah untuk mengelakkan diri daripada di tuduh mencuri.Sehinggakan sanggup untuk menginayai anak sendiri.
Sumber
More aboutBayi dicampak dan dipijak setelah dituduh mencuri

Berbohong boleh menyebabkan stroke

Posted by godonker on Wednesday, February 22, 2012

Berbohong memang selalu mendatangkan perasaan bersalah dan membuat seseorang merasa gelisah. Bukan hanya membuat anda tidak tenang, berbohong juga boleh membawa kesan buruk bagi kesihatan. Tahukah Anda, bahawa beberapa komplikasi kesihatan boleh anda alami kerana berbohong, salah satunya adalah stroke.

Menurut Saundra Dalton-Smith M.D, penulis “Set Free to Live Free”, sebagai permulaan, dengan berbohong sebenarnya anda melepaskan hormon stress. Ini adalah hormon yang juga memicu apa yang disebut “Fight or Flight Response”.

“One switch at a time”. Apa maksudnya?

“Berbohong dapat meningkatkan stress hormon yang boleh mengakibatkan degup jantung dan tarikan nafas meningkat, pencernaan melemah, serat saraf dan otot menjadi sangat sensitif,” kata Smith seperti dikutip dari Bettyconfindential.com.

Hal ini mungkin tidak berpengaruh serius. Tapi, jika sering terjadi, dapat menyebabkan penyakit seperti jantung koroner, stroke, dan gagal jantung kongestif. Itu kerana tekanan darah di jantung meningkat ketika anda berbohong.

“Ini dapat mengancam kehidupan jika terjadi dalam waktu yang lama,” kata Dr Smith.

Itulah sebabnya ujian detektor kebohongan atau Polygram boleh akurat, kerana mengukur tekanan darah. Berbohong sesekali memang tidak langsung membuat anda terkena stroke. Tetapi, jika kebohongan menjadi kebiasaan, itu boleh jadi bencana bagi anda dalam hal risiko stroke yang semakin besar. Menurut hasil penelitian yang dipublikasi dalam “Journal Consciousness and Cognition” oleh Jabatan Psikologi Ghent University di Belgium, selalu mengatakan kebenaran membuat seseorang makin sulit melakukan kebohongan. Dan, sebaliknya makin sering orang berbohong, makin sulit dia mengatakan kebenaran.

Mereka yang berbohong setiap hari atau telah menyimpan rahsia besar selama bertahun-tahun mungkin akan lebih berisiko mengalami gangguan kesihatan dibandingkan yang jarang berbohong.

Seiring dengan komplikasi dari tekanan darah tinggi, “pembohong kronis” juga dapat berisiko terkena penyakit yang sama dengan seseorang yang mengalami stress kronis, seperti kanser, diabetes, dan penyakit jantung.

Dengan pemikiran ini, berbohong nampaknya memang berisiko tinggi bukan hanya bagi kesihatan psikis tetapi juga fizik. Sebiaik mungkin jangan menyakiti seseorang secara emosional dengan membohonginya. Mengatakan kebenaran dan bersikap jujur adalah hal terbaik yang dapat anda lakukan untuk kesihatan diri sendiri.

“Daripada terjebak dalam lingkaran kebohongan, yang terbaik adalah konsisten mempraktikkan kebenaran,” kata Dr Smith.
Sumber
More aboutBerbohong boleh menyebabkan stroke

Cermin terbesar di dunia

Posted by godonker

Salar de Uyuni merupakan danau garam terluas di dunia (10.582km2). Salar de Uyuni terletak di Departemen Potosi dan Oruro, Bolivia bagian tenggara, dekat puncak Andes, pada ketinggian 3650 m. Sekitar 40.000 tahun yang lalu , danau ini merupakan bagian dari Danau Michin, danau besar di masa prasejarah. Ketika mengering, terdapat 2 danau yang tersisa, yakni Danau PoopĆ³ dan Uru Uru, serta 2 gurun garam terbesar, Salar de Coipasa dan Salar de Uyuni.
Diperkirakan, Salar de Uyuni mengandung 10 milyar ton garam, dan kurang dari sekitar 25.000 ton garam diperoleh tiap tahun. Setiap bulan November, Salar de Uyuni menjadi daerah hunian bagi 3 spesies burung flamingo di Amerika Selatan: burung flamingo chili, andes, dan James. Salar de Uyuni adalah daerah tujuan wisata terkenal.
Sumber
More aboutCermin terbesar di dunia

Iceland, matahari yang tidak pernah terbenam

Posted by godonker

Fenomena menarik ini dinamakan Midnight Sun, dan ia merupakan satu fenomena yang menarik yang hanya berlaku di bahagian utara Lingkaran Kutub Utara dan bahagian selatan Lingkaran Kutub Selatan pada musim panas, di mana, matahari tidak terbenam sepenuhnya dan ia kekal begitu selama 24 jam.

“One switch at a time”. Apa maksudnya?

Video ini diambil pada bukan Jun, 2011, dan perakam video time-lapse ini, merakam setiap saat berseorangan, tidur di dalam kereta, dan makan hanya ketika beliau mempunyai masa sahaja. Sebanya 38,000 imej diperlukan untuk menghasilkan video yang cantik ini.
Sumber
More aboutIceland, matahari yang tidak pernah terbenam

Inikah sebab mengapa penjara pudu ditutup?

Posted by godonker on Tuesday, February 21, 2012

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

“One switch at a time”. Apa maksudnya?

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " mannnnnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang punyaaaaaa ... "

udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja........ ......... .....

Tahniah kerana minat membaca.

p/s: Admin pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lak kan ....hahahaha
Sumber
More aboutInikah sebab mengapa penjara pudu ditutup?