Sumbangan ikhlas Rumah Nur Kasih Bestari(RNKB)

Posted by godonker on Monday, January 9, 2012

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Di sini Admin mohon kerjasama dari semua pembaca untuk menyumbang sedikit sumbangan. Sumbangan boleh dilakukan samada dalam bentuk wang, barangan keperluan ataupun perkongsian dengan LIKE, SHARE, RETWEET mahupun dengan membuat entri khas di blog anda dengan ikhlas. Sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan beban mereka yang memerlukan bantuan.
Rumah Nur kasih Bestari (RNKB)
Sebuah rumah kebajikan berkonsep kekeluargaan. Dibuka pada April 2010 di daftarkan dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia(SSM)  dibawah nombor pendaftaran IP0319641-T dan beralamt di Rumah Nur Kasih Bestari, Kampung Selat, Bota Kanan, 32800, Parit, Perak.
Penghuni RNKB:
- Anak yatim
- Anak fakir miskin
- Asnaf zakat
- Anak istimewa
- Ibu tunggal
Tujuan penubuhan Rumah Nur kasih Bestari (RNKB)
- Mendidik dan melindungi ahli masyarakat yang memerlukan pembelaan dan perhatian terutama kanak-kanak.
- Mencukupkan keperluan lahiriah dan mendidik rohaniah keutamaan RNKB
- Alternatif untuk mengurangkan gejala sosial apabila anak-anak dibekalkan ilmu asas agama yang tepat hingga menjadikan Allah S.W.T sebagai tempat pergantungan dan Rasulullah S.A.W sebagai idola.
- Menjadi wadah untuk masyarakat menyalurkan zakat, sumbanagan atau sedekah jariah yang sangat dituntut dalam membela golongan kurang bernasib baik.

Wawasan penubuhan Rumah Nur kasih Bestari (RNKB)
- Melahirkan masyarakat yang berkasih sayang dan aman harmoni serta mengutamakan kepentingan orang lain berbanding diri sendiri.
- Menjadikan kebajikan sebagai satu agenda utama agar manusia dapat membuat sebanyaknya kebajikan dan kebaikan untuk mencapai tahap hidup yang bahagia di dunia dan akhirat.

Aktiviti Rumah Nur kasih Bestari (RNKB)
- Menyalurkan segala sumbangan yang diterima untuk keperluan asas dan pendidikan kepada anak yatim dan asnaf zakat yang masih tinggal bersama keluarga.
- Melatih anak-anak menjadi contoh kepada anak-anak lain yang senasib.
- Menyediakan program berbentuk kebudayaan Islam sebagai memenuhi fitrah manusia.
- Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan keluarga pada ibubapa, penjaga atau waris.
- Menyediakan kelas Al-Quran, agama dan asas akademik serta motivasi solat untuk anak-anak peringkat rendah, menengah dan dewasa.
Keperluan bulanan Rumah Nur kasih Bestari (RNKB)
Sewa rumah RNKB(x1) : RM 400.00
Bil elektrik dan air : RM 600.00
Makan minum : RM 3000.00
Belanja sekolah : RM 500.00
Pengangkutan : RM 1000.00
Saguhati staff(x5) : RM 1500.00
Perubatan dan kebajikan : RM 200.00
Peralatan bilik air : RM 150.00
Bil telefon dan pengiklanan : RM 150.00
Jumlah keseluruhan : RM7500

Harapan Rumah Nur kasih Bestari (RNKB)
- Menyeru semua lapisan masyarakat untuk tampil membantu dalam membela golongan yang kurang bernasib baik agar sanggup mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit di samping doa yang berterusan.
- Semoga setiap amal jariah dan kebajikan dapat menjadi amal taqwa yang dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka.
- Segala sumbangan dalam bentuk apa sekalipun didahului dengan ucapan terima kasih Allah S.W.T yang mendorong segala kebaikan dan terima kasih kepada anda yang turut sudi memberi bantuan.

Sebarang sumbangan dalm bentuk kewangan/barangan atau tajaan boleh disalurkan ke Rumah Nur kasih Bestari (RNKB). Sumbangan kewangan juga boleh disalurkan ke akaun,

Rumah Nur kasih Bestari
0809-0004-3270-54

Setiap sumbangan melebihi RM 2000, akan diberi resit pengecualian cukai.
*Atas permintaan

Sila hubungi,
Puan Sarah : 017-7303 986
Encik Khusaini : 019-5698 799
Hakimah : 013-3208 911

"Si kaya memerlukan si miskin untuk akhiratnya, si miskin memerlukan si kaya untuk dunianya"

Pesanan daripada Admin:-
Sumbangan boleh dilakukan samada dalam bentuk wang, barangan keperluan ataupun perkongsian dengan LIKE, SHARE, RETWEET mahupun dengan membuat entri khas di blog anda dengan ikhlas. Sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan beban mereka yang memerlukan bantuan.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment