Pada musim F1 2010, Sir Richard Branson telah membuat pertaruhan dengan taikun Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes. Richard Branson tuan punya team Virgin Racing manakala Tony Fernandes pula Team Lotus.
Keputusan GP Bahrain 2010 itu memihak kepada Team Lotus menyebabkan Richard Branson terpaksa mengotakan janji pertaruhannya, iaitu beliau akan memakai pakaian pramugari Air Asia dan melayan para penumpang! Penerbangan itu di jangka akan dilakukan pada 1 Mei dari Kuala Lumpur ke London, dan tiket telah dibuka. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah tempah cepat. Harganya tidak mahal sangat cuma £4,500 bersamaan RM22,166. Setiap kutipan akan disalurkan kepada badan-badan amal.
Selain itu penerbangan ini turut akan disertai oleh bekas pelumba F1dan pengasas Team Jordan iaitu Eddie Jordan dan para penumpang turut akan dihiburkan oleh pelawak Britain James Cordon. Tidak dapat dipastikan samada Kumpulan Sepah turut akan membuat persembahan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment