Sudah terlalu banyak ruang dan peluang diberikan kepada pemuda tersebut.
Sampaikan pernah ada menteri yang meluangkan masa untuk bercakap dengan Namewee. Macamlah mamat tu penting sangat.
Semuanya penulis yakin atas dasar menjaga hati masyarakat Cina.
Namun sampai bila kita perlu bersabar dengan lulusan universiti Taiwan itu?
Hina Islam, Melayu dan entah apa-apa lagi, semuanya sudah.
Dan dalam video klip terbarunya yang dimuat naik ke Youtube semalam bertajuk Supermarket yang memuatkan lagu sempena Tahun Baru Cina, nyata ia membawa mesej sindiran yang agak melampau terutama kepada pihak polis.
Dalam klip berkenaan, daripada empat watak yang ada, salah seorang memakai baju uniform yang seakan-akan uniform polis dengan lidah yang terjelir sepanjang klip selama 2 minit 15 saat itu berlangsung.
Lidah yang terjelir itu sangat jelas memperlihatkan lelaki itu umpama seekor anjing. Dan penyanyi pula cuba memberikan ang pau yang dipertontonkan pada awalnya diisi dengan wang kertas.
Lelaki polis yang menyerupai anjing, wang…apa mesejnya?
Rasuah di kalangan polis? Perlu ke disampaikan dengan mesej yang begitu menghina?
Watak lain pun berupa sindiran juga, tapi penulis malas nak ambik tahu.
Bukankah Tahun Baru Cina seperti juga perayaan yang lain harus mencerminkan suasana yang muhibah dan kesepaduan antara kaum?
Mengapa harus bersikap begini?
Puncanya hanya satu…kerajaan dan polis sendiri terlalu berlembut.
Undi Cina rasanya memang takkan kembali kepada BN. Jadi tak perlu nak jaga hati sesiapa sangat. Bertindak sewajarnya sebelum dia buat lagi teruk.
Jangan sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Jangan sampai undi kaum lain pula yang hilang.
Tonton klip di bawah.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment