Kerana lapar, bayi ini telan paku

Posted by godonker on Friday, January 20, 2012

KERANA tidak dapat bezakan permainan dan makanan, bayi berusia 18 bulan dimasukkan ke sebuah hospital kerana menelan 20 batang paku dan lima batang jarum. Ch’ang Xi Xian dimasukkan ke Wad Intensif kerana mengalami sakit perut menyebabkan dia menangis tidak henti-henti selama lapan jam. Doktor yang merawatnya terkejut sebaik saja menja­lani imbasan x-ray di badannya.

Xian dibawa keluarganya ke sebuah klinik desa di ZianXi kerana mensyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila dia mula menangis seperti menga­lami kesakitan perut. Ibunya, Zhi Xhiang mendakwa Xian semalaman tidak tidur kerana menangis tak berhenti seperti ada sesuatu yang tidak kena. Pada sangkaannya, Xian cuma mengalami sakit perut biasa.

“Sewaktu membawa Xian ke sebuah klinik, doktor mengarahkan saya membawa Xian ke hospital apabila mendapati keadaan perutnya lebam dan mengalami pendarahan ketika buang air besar,” ujarnya. Di hospital rakyat Quandhong, doktor mengarahkan Xian menjalani imbasan x-ray. Mereka terkejut kerana ada beberapa objek tajam berada di dalam perut Xian dan menjadi punca sebenar dia menangis.

“Xian mengalami kesakitan di dalam perutnya apabila beberapa batang jarum dan paku menyucuk beberapa bahagian organ perutnya menyebabkan ia luka, lebam dan berdarah.“Keadaan itu menyebabkan dia sakit dan menangis semalaman. Di­­ peringkat awal, kami tak tahu apa nak buat. Kami hanya mampu memujuk dan menenang­kan keadaannya,” kata Xhiang.

Tidak pula diketahui bagaimana kesemua paku dan jarum itu boleh masuk ke dalam perut Xian. Ada yang mengatakan, kesemua objek tajam itu ditelan Xian kerana menyangkakan ia bahan makanan.Tidak seorang pun menyedari perkara itu ketika kejadian berlaku. Xian tinggal bersama abangnya berusia lima tahun. Ibu dan ayahnya berada di kebun mereka di belakang rumah. Tambah Xhiang, sekiranya Xian menelan paku dan jarum itu pasti dia mengalami kesakitan dan luka di bahagian mulut. Bagaimanapun, keadaan itu tidak berlaku dan Xian hanya menangis ketika mereka pulang ke rumah.

“Abangnya ketika itu berada di ruang tamu sedang bermain. Xian pula berada di dalam bilik bersendirian. Agak pelik, paku sepanjang satu inci berjumlah 20 batang dan lima batang jarum berukuran setengah inci berada di dalam perutnya.

Bagaimanapun, Xhiang akur dengan pendapat doktor bahawa anaknya menelan semua paku dan jarum itu.Ia sesuatu yang sukar diterima dan berlaku di luar pengetahuan mereka. Doktor terpaksa mengeluarkan objek tajam itu bagi memastikan keadaan Xian terkawal. Doktor mengambil lima jam mengepam perut dengan air bagi membolehkan objek tajam itu keluar.

Xhiang dan keluarganya dinasihatkan memberi tumpuan kepada Xian biarpun sesibuk mana mereka bertugas. Kes ini merupakan pertama kali dialami keluarga petani ini. “Saya berasa lega apabila menda­pat tahu semua objek tajam dapat dikeluarkan dari perut Xian. Kali ini, saya tidak mahu mengabaikannya walaupun sesaat,” katanya penuh kesal.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment