Isteri tak kisah suami jadi perempuan

Posted by godonker on Monday, January 9, 2012

GAMBAR Barry dan Anne ketika majlis perkahwinan mereka pada 2002 (kiri) dan keadaan mereka pada 2011
LONDON: Seperti kebanyakan pasangan suami isteri, Barry dan Anne Watson mahu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, ketika ia akan dilangsungkan sembilan tahun kemudian, muncul perbezaan ketara - kali ini Barry muncul sebagai wanita bernama Jayne.

Tanpa mempedulikan perubahan itu, Anne tetap mahu meneruskan majlis berkenaan sebagai bukti cinta sejatinya. Menceritakan pengalamannya, Jayne, 43, berkata pada peringkat awal Anne berang apabila diberitahu dia akan menjalani pembedahan menukar jantina.

Bekas pemandu bas itu berkata, rumah tangga mereka bermasalah kerana Anne menyangka dia menjalin hubungan dengan wanita lain.

“Sebaliknya, Anne tidak faham kerana sebenarnya saya yang mahu jadi wanita,” katanya.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment