Inilah acara melompat batu syarat untuk masuk meminang gadis di Indonesia

Posted by godonker on Wednesday, January 18, 2012

Inilah tradisi Fahombo atau biasa disebut Hombo Batu (lompat batu) merupakan tradisi dari daerah Nias Selatan (Teluk Dalam), iaitu salah satu daerah di Sumatera Utara yang terletak di Pulau Nias.
Tradisi Lompat Batu atau Hombo batu yang dilakukan oleh seorang lelaki yang mengenakan pakaian adat setempat Nias dan lelaki tersebut diminta melompat susunan batu yang disusun setinggi lebih dari 2 (dua) meter. Berdasarkan cerita rakyat setempat, lompatan tersebut diciptakan sebagai ujian fizikal dan mental bagi para remaja lelaki di Nias menjelang usia dewasa. Setiap lelaki dewasa yang ingin berkahwin wajib lulus ritual lompat batu tersebut Batu yang harus dilompati adalah berupa bangunan mirip tugu piramid dengan permukaan bahagian atas yang mendatar. Tingginya kurang lebih 2m (dua meter) dengan lebar 90 cm dan panjang 60cm.
Mana-mana lelaki yang gagal melompat batu tersebut tidak boleh meminang si gadis.
Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment