1. Terlalu kacak
Ramai perempuan takut untuk mendekati atau sukar untuk mempercayai janji-janji manis seorang lelaki kacak kerana menganggap mereka mempunyai ramai skandal atau peminat.Sukar untuk seseorang wanita mempercayai seorang lelaki kacak masih berstatus single. Ramai lelaki kacak suka mempermainkan perasaan perempuan (playboy).
2. Kuat cemburu
Ada ja lelaki yang kuat cemburu. Bila lelaki jenis kuat cemburu ni memang susah la perempuan nak suka. Silap-silap makwe korang mintak putus,habis laa.
3. Kuat mengongkong
Perempuan ni tak suka bila ada orang yang mengongkong mereka Sampai password fb pun nak tau, nak buat benda ni tak boleh, benda tu pun tak boleh.Padahal baru je kenal seminggu. Sah2 la korang kena reject. 4. Terlalu berkira
Korang ajak makwe korang keluar dating tapi korang suruh makwe korang belanja makan. Tak elok betul la. Mana sifat ke'gentlemen' korang tu. Hampeh bebenor lelaki jenis ni.
5. Panas baran
Perempuan mana la yang suka lelaki panas baran. Bila korang marah pun kawal la sikit kemarahan korang tu, jangan la sampai nak naik tangan kat makwe korang. Tu anak dara orang bang. Sabor yer sabor.Sabar kan separuh daripada iman.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment