Ini adalah hasil temuramah saya kepada rakan2 yang pernah menjadi jurujual dan juga rakan2 yang pernah membeli sesuatu produk. Disini adalah top5 yang dapat saya simpulkan hasil dari temuramah saya.
Membuat Persediaan - Pastikan sebelum anda membeli sesuatu produk atau barangan, anda telah mengetahui serba sedikit mengenai maklumat barangan yang hendak dibeli. Sekiranya anda tidak mengetahui mengenai produk yang dijual, proses tawar-menawar akan menjadi lebih sukar kerana masa yang diambil untuk menerangkan mengenai sesuatu produk lebih lama daripada masa yang diperlukan untuk tawar-menawar. Anda mungkin tidak berminat untuk singgah ke satu kedai dengan satu jangka masa yang lama. Pastikan anda memperuntukkan masa yang lebih untuk tawar-menawar agar anda mendapat kepuasan pembelian yang secukupnya.
Membawa rakan - Tahukah anda sekiranya anda membawa rakan, peratus anda berjaya untuk mempengaruhi jurujual adalah lebih besar. Ini adalah kerana rakan anda mungkin boleh membantu dalam memberi pendapat dalam proses tawar-menawar itu. Selain itu, kelebihan sekiranya anda membawa rakan adalah kebanyakan mentaliti jurujual akan menganggap rakan anda adalah prospek yang seterusnya. Anda mungkin akan mendapat layanan yang terbaik dan harga yang termurah yang mereka boleh berikan kepada anda untuk menunjukkan pada rakan(prospek) anda bahawa kedai mereka adalah yang terbaik. Komunikasi - Sekiranya anda mahir dalam kemahiran komunikasi ini merupakan kelebihan terbesar untuk anda. Ini adalah kerana komunikasi adalah kunci utama kepada kejayaan dalam proses tawar menawar. Anda mungkin boleh mewujudkan situasi seperti bersembang dengan rakan tetapi objektif utama adalah untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik. Cara ini juga adalah cara terbaik untuk keselesaan kedua2 belah pihak.
Jangan terburu-buru - Membeli produk secara terburu-buru adalah faktor utama dalam kegagalan sesuatu proses tawar-menawar. Ini adalah kerana di dalam situasi ini adalah paling mudah untuk jurujual mempengaruhi minda anda. Di kesempatan ini pasti jurujual akan lebih memfokuskan kepada kelebihan sesuatu produk itu untuk anda merasakan bahawa produk yang anda beli adalah setimpal dengan harganya. Proses tawar-menawar dalam situasi terburu-buru pada kebiasaannya tidak akan berjaya.
Penampilan- Penampilan anda adalah perkara pertama yang akan dinilai oleh jurujual anda. Sekiranya anda berpenampilan kemas pasti jurujual anda akan beranggapan bahawa sukar untuk meyakinkan anda. Pasti mereka akan berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu fakta dan ini secara anda tidak sedari anda telah berjaya mempengaruhi pemikiran jurujual terlebih dahulu dan akan memudahkan anda dalam proses tawar-menawar nanti.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment