Bercerita mengenai "hack", ramai yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada itu, tetapi harus diingat bahawa kesannya sangat buruk sekiranya ilmu ini diwarisi hampir sebahagian anak muda. Disebabkan itu, ilmu ini harus dituntut secara sendirian bermakna minat itu yang membawa kepadanya ke jalan itu. Terpulang untuk membawanya ke arah kebaikan atau keburukan. Jangan sesekali menyalahgunakannya, kerana ilmu itu sangat berfaedah sekiranya dibawa ke arah kebaikan.
Sekarang, cuba ikut bersama-sama langkah dibawah ini, kemungkinan anda adalah seorang mangsa hack.
Sebelum itu, sila pastikan anda menutup dahulu semua muat turun dan laman web yang anda layari..
1. Untuk kaedah yang pertama, sekiranya anda menggunakan router ADSL. Pastikan anda tutup dahulu segala aktiviti muat turun apa sahaja, dan cuba lihat cahaya pada ethernet anda..sila lihat di bawah
Sekiranya cahaya pada ethernet itu berkelip dengan pantas, berbanding dengan kadar yang biasa, bermakna ada data yang dibawa masuk dan keluar dari laptop/pc anda..tetapi anda tidak membuat sebarang muat turun. Ini bermakna ada yang cuba untuk menyekat internet anda daripada diakses. Atau kaedah ini lebih dikenali sebagai "arp spoofing". Bererti anda sedang digodam!
2. Untuk kaedah yang kedua, anda boleh menggunakan cmd prompt untuk mengesyakinya..Buka sahaja command prompt, dan pastikan "run as administrator". Kemudian,,
Sila taip netstat -a
Anda akan menerima senarai sambungan internet yang aktif, semak sekiranya ada sambungan internet yang tidak dikenali dalam keadaan "ESTABLISHED". Sekiranya ada, anda sedang digodam!
Cuba taip netstat, dan anda boleh lihat pelbagai command yang disenaraikan. Anda boleh mencuba arahan-arahn yang lain untuk tujuan yang lain. 3. Untuk kaedah yang ketiga, pernahkah anda menerima notis sesuatu pada pc/laptop anda seperti perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu "hang" atau tergendala dalam beberapa saat dan kerap berlaku daripada kebiasaan. Sekiranya berlaku, anda mungkin di hack! Terdapat keylogger dan trojan yang dikonfigurasikan untuk menyampaikan maklumat log ke alamat IP atau ftp pada selang masa..dan apabila maklumat ini sedang dihantar, browser anda akan tergendala untuk beberapa ketika.
Untuk memuat turun perisian ini, sila ke laman ini |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment