Kepala BABI ditemui lagi di Masjid

Posted by godonker on Tuesday, January 31, 2012

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan. Tindakan provokatif
Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

"Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi," katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.
Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.
Sumber

Post berkaitan, 5 kepala babi ditemui di pintu masuk Johor
More aboutKepala BABI ditemui lagi di Masjid

Andai perempuan tahu

Posted by godonker

- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita…

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. - Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. - Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..:)

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

- Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

- Lelaki kebiasaannya lambat matang, mereka akan menyedari apabila umur mereka sudah berlanjutan untuk mencari isteri yang mampu memberikan keseimbangan hidup kepadanya iaitu sebuah keluarga ,rupa pada setiap perempuan ketika itu no 2

- Lelaki juga menangis apabila putus cinta, tapi mereka menyembunyikan kerana malu kepada rakan.

- Kebanyakan lelaki lebih gemar memendam rasa apabila berkaitan cinta, berbeza dengan perempuan yang sentiasa mempunyai rakan dan diari untuk meluahkan apa yang terbuku di hati
Sumber
More aboutAndai perempuan tahu

Kotak buang bayi di Rusia

Posted by godonker

Akibat makin banyak bayi malang yang ditinggalkan kerana tidak diinginkan, Rusia kemudian menciptakan sebuah kotak khusus untuk para ibu meninggalkan bayinya tanpa harus diketahui identitinya, dan wilayah Krasnodar di selatan Rusia telah membeli lima buah kotak di awal November tahun lalu

Seorang jururawat di memperagakan kotak bayi di Rusia
Tiga kotak pertama dipasang di daerah Armavir, Sochi dan Novorossiysk, dan pada akhir bulan telah satu anak yang ditinggalkan dalam kotak tersebut.

Menurut pegawai kesihatan setempat, Ria Novosti. Langkah ini ditujukan untuk memberikan keadaan sanitasi yang lebih baik bagi anak-anak yang tidak diinginkan, mencegah mereka dibuang ke tempat sampah.
Di Sochi, kotak meninggalkan bayi ini disertai dengan sepanduk besar
Sementara itu, Elena Redko, ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar mengatakan kepada pejabat berita bahawa anak pertama yang ditinggalkan adalah seorang bayi perempuan, dan berada dalam keadaan sihat yang saat ini sementara dalam perawatan pejabat kesihatan setempat. “Bayi perempuan itu akan dimasukkan ke pusat asuhan anak-anak, namun saya berfikir bahawa ia segera akan di ambil sebagai anak angkat kerana di wilayah ini jumlah anak lebih sedikit dibandingkan dengan keluarga yang ingin memiliki anak,” tuturnya yang dikutip Mail Online.

Diketahui, projek Rusia ini dijadualkan melibatkan kota-kota di Siberia seperti Perm, Tomsk, Omsk, Novosibirsk dan kota Kirov.
Sumber
More aboutKotak buang bayi di Rusia

7 percakapan yang tidak boleh didengari anak

Posted by godonker

Fikirkan dulu ungkapan yang korang ungkapkan sebelum marah pada anak. Berbagai masalah rumah tangga, pekerjaan, sampai kenakalan anak membuatkan korang tidak dapat mengawal perasaan dan marah.

Bahkan tak jarang, anak-anak menjadi sasaran kemarahan korang, sama ada melalui sikap ataupun kata-kata kasar yang keluar dari mulut korang. Hati-hati bila korang sering melepaskan perkataan tatkala marah sehingga tidak dapat mengawal perasaan.

“Kata-kata boleh menjadi sumber inspirasi, tetapi juga boleh melukai perasaan”, ungkap Chick Moorman, penulis buku Parent Talk dan Spirit Whisperers.

Meskipun anak korang menimbulkan banyak masalah, sebagai orang tua tak sepatutnya korang melontarkan kata-kata yang menyakitkan bagi anak. Kesan buruk dari ucapan kasar tersebut sering kali lebih merugikan daripada yang korang bayangkan. Contohnya seperti ini:

1. “Kalau nakal, Ibu akan meninggalkanmu di sini.”
Korang mengancam dan menakuti anak-anak dengan harapan agar mereka patuh pada perintah korang. Perlu korang ketahui, ketakutan terbesar anak-anak kecil adalah tersesat sendirian dan merasa tidak selamat. Oleh kerana itu, tindakan korang meninggalkannya sendirian akan menimbulkan trauma bagi dirinya.

Alih-alih mengancam dan menakuti anak, lebih baik katakan keinginan korang dengan baik. Misalnya ketika anak merengek minta mainan, katakan saja padanya, “Aiman, kalau kamu terus merengek seperti itu, kita akan pulang sekarang. Tapi kalau kamu tidak nakal, kita akan tetap di kedai ini dan memilih belanjaan bersama.”

Alternatif lainnya adalah dengan beristirehat sejenak. Kenakalan anak dan kemarahan korang mungkin saja merupakan tanda bahawa korang atau anak perlu istirehat.

2. “Kamu seharusnya malu.”
Banyak orang tua yang beranggapan bahawa dengan mengungkapkan hal tersebut, anak akan malu dan akan mengubah sikapnya sesuai dengan yang mereka inginkan. Namun, anak kecil belum dapat memahami rasa malu yang terjadi akibat kesalahan yang diperbuatnya. Oleh kerana itu, hal ini belum tentu langsung berhasil. Jika terlalu sering mengatakan hal ini, maka mereka hanya akan berfikir bahawa segala sesuatu yang dilakukannya selalu salah. 3. “Seandainya kamu tidak pernah ada.”
Ungkapan ini bermaksud: “Ayah dan ibu tidak pernah menginginkanmu.” Kerananya, ungkapan ini tidak seharusnya diucapkan oleh orang tua. Ungkapan ini akan sangat menyakitkan, baik bagi si anak mahupun orang lain yang mendengarnya. Terlepas dari kenakalan yang telah dilakukan anak, ia hadir kerana kehendak korang dan suami. Maka, bersikaplah sebagai orang tua yang bertanggungjawab dengan mengasuh dan mendidik anak dengan baik, bukannya menyalahkannya kerana lahir di dunia.

4. “Kamu yang membuat Ibu bercerai.”
Tidak ada anak yang menjadi penyebab orang tuanya bercerai. Ketika ungkapan ini diucapkan, maka secara tak langsung korang membuat anak-anak menanggung beban emosi seumur hidupnya. Bahkan ketika korang menjelaskan dengan penuh berhati-hati tentang perceraian, anak-anak akan merasa sangat bertanggungjawab atas keputusan korang untuk bercerai. Anak akan beranggapan bahawa jika dia bersikap lebih baik, maka korang tidak akan bercerai. Meski tak terucapkan oleh anak, masalah ini sering jadi masalah yang serius. 5. “Kenapa kamu tidak seperti saudaramu yang lain?”
Dengan mengatakan hal ini, maka secara tidak langsung korang membandingkan anak-anak dengan saudaranya yang lain bahawa anak tidak cukup pintar, cukup baik, ataupun cepat belajar dibanding saudaranya. Pembandingan ini juga akan meningkatkan persaingan antara saudara meningkat, yang kelak akan merosak hubungan persaudaraan dan menyebabkan perpisahan. Terima setiap anak dalam keluarga korang kerana mereka memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri. Bantu anak untuk melihat keistimewaan mereka dengan fokus pada masing-masing individu tanpa menggunakan perbandingan.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

6. “Biar Ibu yang menyelesaikan.”
Mungkin, maksud hati ingin membantunya menyelesaikan pekerjaan rumah yang sulit dikerjakan. Namun, jika terlalu sering melakukan hal ini, maka korang telah mengambil alih pekerjaan anak yang seharusnya boleh dikerjakannya sendiri. Hal ini akan melemahkannya. Mengambil alih pekerjaan anak mungkin boleh menjimatkan waktu korang di masa sekarang, tetapi korang meninggalkan beban di masa depan kerana anak jadi tak terbiasa melakukannya sendiri.

7. “Ibu cakap begitu, ikuti saja.”
Ungkapan ini memang kedengaran seperti perintah keras bagi anak. Namun, erti yang terkandung dari ungkapan ini adalah, “Saya orang dewasa, dan kamu anak-anak”, atau “Saya pintar, dan kamu bodoh”, atau “Saya berkuasa, dan kamu tidak”, atau “Saya yang mengatur, dan kamu yang harus mengerjakan.” Penegasan ini akan menciptakan jurang yang lebar antara korang dan anak.

Gaya bicara seperti ini menimbulkan rasa kesal pada anak, bahkan mungkin rasa benci dan persaingan untuk berebut kekuasaan dalam rumah. Cubalah untuk menggunakan bahasa yang lebih baik untuk mengungkapkan ketidaksetujuan anak sehingga mereka lebih menghormati dan mengerti apa yang korang rasakan.
Sumber
More about7 percakapan yang tidak boleh didengari anak

Akibat dedah aurat di Facebook

Posted by godonker on Monday, January 30, 2012

Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook… dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat.

Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya delete gambar2nya yg tidak menutup aurat di facebook. Malangnya tiada siapa yang mengetahui password facebooknya, jadi kemungkinan besar rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.

dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA! *Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna…. kita tak tahu bila kita akan mati… jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, deletelah gambar yang tidak sepatutnya….
Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi…ameen…Al-Fatihah

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

So…ambilah la iktibar korang-korang semua yea….jangan sesekali mendedahkan aurat anda di dalam facebook..Share untuk semua kawan-kawan atau ahli keluarga korang terutama perempuan.
Sumber
More aboutAkibat dedah aurat di Facebook

Cara syaitan bogelkan wanita

Posted by godonker

Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su '). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.

Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.

Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:

1. Menghilangkan Definasi Hijab
Pada tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit
Setelah para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya .... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. "

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh betis. " Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. "

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "

3. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.

"Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.

Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber
More aboutCara syaitan bogelkan wanita

Teknologi HAARP mengancam nyawa

Posted by godonker

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia.

Kenali HAARP
HAARP bagaimanapun dikatakan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut sehingga kini. Program yang bermula sejak tahun 1993 itu sering dikaitkan sebagai penyebab kepada beberapa insiden bencana alam oleh beberapa saintis ekoran aktiviti-aktiviti program tersebut yang menjadi tanda tanya ramai pihak.

Dan mungkin ramai lagi yang tidak percaya bahawa kemungkinan kebanyakan bala bencana yang berlaku di dunia sekarang adalah buatan kerajaan Amerika Syarikat, dengan mereka memanipulasikan cuaca menggunakan HAARP, Scalar (teknologi dari Nikola Tesla) dan bermacam-macam teknologi lagi. Dan ada saintis yang telah membuktikan bahawa HAARP mampu mengubah cuaca, mengawal hujan, mengawal panas sejuk, dan paling hebat mampu membina satu tsunami atau gempa bumi berskala besar.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

Konspirasi mengaitkan bencana alam dengan hasil kerja tangan manusia telah berkisar sekitar teknologi yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat, telah sengaja mencetuskan bencana alam seperti Banjir Kilat, Taufan, Puting Beliung dan Gempa Bumi. Kejadian gempa bumi di China pada 2008 berukuran 7.8 skala ritcher juga dikaitkan dengan aktiviti yang dijalankan oleh HAARP.

Pencetusan bencana juga adalah salah satu projek 'depopulation' iaitu untuk mengurangkan populasi penduduk dunia.Ini mungkin satu lagi retorik dan propaganda mereka untuk mengaburkan dunia, kerana matlamat utama golongan-golongan elit antarabangsa yang juga berpengaruh dalam PBB ialah untuk mengurangkan populasi (depopulation) penduduk dunia ini dengan apa cara sekali pun kepada jumlah 4 billion orang sahaja menjelang tahun 2040.
Sumber
More aboutTeknologi HAARP mengancam nyawa

19 tanda lelaki jatuh cinta

Posted by godonker on Sunday, January 29, 2012

Anda sepatutnya mampu untuk mengesan sekiranya seseorang lelaki jatuh cinta dengan sedikit pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka. Ia kerana mereka akan meninggalkan tanda yang ketara untuk meluahkan perasaan mereka walaupun tanpa kata-kata. Antara tanda-tanda sekiranya lelaki jatuh cinta ialah……..

1. Mereka senyum kepada anda. (terlalu banyak senyuman yang diberikan)

2. Mereka gelak dengan lawak jenaka anda. (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak)

3. Mereka pertahankan anda daripada orang lain.

4. Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.

5. Mereka merenung anda secara sembunyi. 6. Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.

7. Mereka gemar untuk menyebut nama anda.

8. Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.

9. Mereka akan mengajak anda keluar.

10. Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.

11. Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.

12. Mereka akan memuji penampilan anda.

13. Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

14. Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.

15. Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.

16. Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.

17. Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.

18. Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.

19. Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.
Sumber
More about19 tanda lelaki jatuh cinta

Sepotong kepala ayam untuk ayah

Posted by godonker

Ketika petang sepulang kerja seorang suami melihat isteri yang tertidur nyenyak kerana keletihan bekerja seharian di rumah. Sang suami mencium kening isterinya dan bertanya, ‘Mah, sudah sholat Asar ke belum?’ Isterinya terbangun dengan hati berbunga-bunga menjawab pertanyaan suami, ‘sudah yah..’ Isterinya beranjak dari tempat tidur mengambil piring yang tertutup, petang itu isterinya memasak kesukaan sang suami. ‘Lihat nih, saya memasak khusus kesukaan ayah.’ Piring itu dibukanya, ada sepotong kepala ayam yang terhidang untuk dirinya.

Sang suami memakannya dengan lahap dan menghabiskan. Isterinya bertanya, ‘Ayah, kenapa suka makan kepala ayam padahal saya dan anak2 paling tidak suka makan kepala ayam.

'Suaminya menjawab,' Itulah sebabnya kerana kalian tidak suka maka ayah suka makan kepala ayam supaya awak dan anak-anak mendapatkan bahagian yang terenak. ’Mendengar jawapan sang suami, Terlihat butir-butir mutiara mulai menuruni pipinya. Jawapan itu menyentak kesadarannya yang paling dalam. Tidak pernah difikirkan olehnya ternyata sepotong kepala ayam begitu indahnya sebagai wujud kasih sayang yang tulus kecintaan suami terhadap dirinya dan anak-anak.

‘Mekasih ya ayah atas cinta dan kasih sayangnya.’ ucap sang isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, pertanda kebahagiaan hadir di dalam dirinya.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

Subhanallah....Kita seringkali mengabaikan sesuatu yang kecil namun memiliki makna yang begitu besar, di dalamnya terdapat kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab sekalipun sesuatu yang kecil itu adalah sepotong kepala ayam.

Semoga dari cerita ini kita boleh mengambil hikmah dengan mencintai setulus hati keluarga kita. Insyallah.
Sumber
More aboutSepotong kepala ayam untuk ayah

7 faktor menyebabkan wanita menolak cinta lelaki

Posted by godonker

Apabila sesuatu cinta ditolak terutamanya daripada wanita yang kita sudah lama memendam perasaan adalah satu perkara yang menyakitkan. Mungkin wanita tersebut mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Antara faktor yang menyebabkan wanita menolak cinta lelaki adalah……..

(1) Anda tidak mempunyai aset - Mungkin bukan keseluruhan wanita yang memandang kebendaan tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripadanya lebih mementingkan aset seseorang lelaki itu berbanding perkara lain. Faktor ini menyebabkan mereka akan menolak cinta anda.

(2) Mereka sudah berpunya - Memang tidak dapat dinafikan bahawa wanita sememangnya adalah lebih setia berbanding lelaki. Sekiranya mereka seorang wanita yang baik dan amat menghargai pasangan yang mereka miliki sekarang, sudah pasti mereka akan menolak cinta anda.

(3) Mereka adalah playgirl - Sememangnya matlamat seorang wanita yang playgirl adalah sentiasa untuk mendapatkan perhatian daripada lelaki. Mereka hanya mendekatkan diri kepada anda hanya untuk tujuan lain (terutamanya mengenai kewangan) dan bukan untuk bercinta. Sekiranya mereka menerima cinta ada sekalipun, ia hanyalah merupakan satu permainan. (4) Tindakan anda yang salah - Sekiranya pada awal perkenalan telah bermacam-macam perkara yang anda mahukan atau sebagainya, ia sememangnya satu tindakan yang salah. Wanita akan menolak cinta lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Anda seharusnya lebih tenang dan tidak terlalu gelojoh.

(5) Masa yang tidak tepat - Mungkin ketika anda berusaha untuk memikat seseorang wanita dan terdapat lelaki lain yang turut melakukan perkara yang sama. Ini akan mewujudkan persaingan. Adalah lebih buruk sekiranya anda mungkin mengambil tindakan yang agak lewat dan akan menyebabkan mereka mungkin akan menolak cinta anda.

(6) Sejarah hitam - Mungkin seseorang wanita itu mempunyai sejarah hitam ketika bersama lelaki lain dan menyukarkan mereka untuk menerima cinta anda. Adalah lebih buruk sekiranya mereka berasa trauma untuk bercinta sekali lagi.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

(7) Anda tidak menarik perhatian mereka - Seseorang wanita sememangnya akan lebih mudah tertarik terhadap perwatakan, tingkahlaku atau sikap anda yang tersendiri. Sekiranya mereka menolak cinta anda, mungkin kerana anda tidak berjaya untuk menarik perhatian mereka.

Kesimpulan, sekiranya cinta anda ditolak, jangan berlengah untuk mencari cinta baru..
Sumber
More about7 faktor menyebabkan wanita menolak cinta lelaki

5 perkara dilarang selepas makan

Posted by godonker on Saturday, January 28, 2012

Rokok
Jangan merokok selepas makan.
Menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan menghisap 10 batang rokok. Ini bermakna peluang untuk perokok mendapat kanser adalah tinggi.


Buah-buahan
Jangan makan buah-buahan selepas makan.
Makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut anda kembung (banyak angin daa..blurpp). Seelok-eloknya makanlah buah-buahan sejam sebelum anda makan makanan berat seperti nasi.

Segelas teh
Jangan minum teh selepas makan.
Daun teh mengandungi kandungan asid. Asid akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan anda sukar untuk dihadam. Mandi
Jangan mandi selepas makan.
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan pengaliran darah ke tangan, kaki dan anggota badan yang lain. Maka pengaliran darah di bahagian perut akan berkurangan sekaligus akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut anda.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

Jangan tidur selepas makan.
Tidur selepas makan adalah tabiat yang tidak baik (seperti ular sawa) ia juga menyebabkan penhadaman yang kurang berkesan di dalam perut. Selain itu, tidur selepas makan menyebabkan anda mudah mendapat gastrik dan jangkitan pada usus.
* Seelok-eloknya makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang.
Sumber
More about5 perkara dilarang selepas makan

14 tips hilangkan jerawat

Posted by godonker

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah

3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap

4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah. 8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu

13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan

14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
Sumber
More about14 tips hilangkan jerawat

16 tips Islam untuk awet muda

Posted by godonker

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. 8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.
Sumber
More about16 tips Islam untuk awet muda

Tips untuk membersihkan pundi kencing dan buah pinggang anda

Posted by godonker on Friday, January 27, 2012

Buah pinggang dan pundi kencing anda adalah organ yang sangat penting. Walaupun fungsi utamanya sebahagian daripada sistem perkencingan, kedua organ tersebut juga sebenarnya membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda yang lain. Membersihkan kedua-dua buah pinggang dan pundi kencing anda secara kerap adalah amat penting kesihatan anda yang menyeluruh. Untuk membersihkan buah pinggang dan pundi kencing anda sebenarnya adalah mudah, hanya dengan mengikuti program 3 hari di bawah.
1. Singkirkan pengambilan kopi, minuman soda bergas, alkohol, garam dan juga makanan yang mengandungi tinggi kandungan protin. Ianya merupakan sebahagian daripada program pembersihan tiga hari anda. Unsur-unsur ini bertindak sebagai perengsa terhadap buah pinggang dan pundi kencing anda. Selain itu,unsur tadi juga akan menghalang pengeluran bahan-bahan toksik dari badan anda. Gantikan minuman berkafein dengan minuman dari unsur tulen. Makanan berdaging yang kaya dengan protin perlu digantikan dengan protin bijian penuh seperti biji bunga matahari dan juga badam.
2. Minum segelas 10 ke 12 oz jus kranberri organik bersama sarapan pagi dan juga makan tengahari. Jus kranberri membantu untuk mengurangkan kalsium di dalam air kencing anda. Peningkatan kalisum dalam air kencing boleh menyebabkan fungsi buah pinggang menjadi perlahan. Akibatnya toksin akan meningkat dalam pundi kencing. Peningkatan kalsium juga boleh menyebabkan jangkitan pundi kencing dan juga batu karang yang sangat menyakitkan.
3. Minum segelas 12 oz jus potassium diantara sarapan pagi dan makan tengahari. Potassium merupakan ejen yang kuat yang akan bertindak sebagai tonik pembersih apabila ditelan dalam bentuk cecair. Potassium juga akan membantu anda agar kekal bertenaga. Untuk menghasilkan jus potassium, anda boleh menggunakan jus lobak merah, saderi dan juga bayam. Jika anda tidak mempunyai pemerah jus,hanya campurkan 2 oz. jus mengkudu dengan oz 8. segelas air. Jus mengkudu boleh dibeli dari kebanyakan kedai-kedai makanan kesihatan. Terdapat beberapa jenama Noni di pasaran. Adalah penting untuk membeli jus mengkudu yang tulen.
4. Minum 8 oz. klorofil cecair bersama makan tengah hari. Klorofil adalah pigmen hijau dalam tumbuhan. Ia memberikan banyak faedah metabolik kepada badan seperti memperbaiki sistem imun, membantu dalam fungsi pernafasan yang betul dan membantu agen pembersihan yang lain membersihkan darah. Klorofil cecair biasanya dijual dalam botol 16 oz. Ia juga boleh didapati di kebanyakan kedai makanan kesihatan dalam bentuk kapsul.
5. Minum 1 cawan teh biji tembikai antara makan tengahari dan makan malam. Teh biji tembikai adalah diuretik ringan, tetapi berkesan untuk menggalakkan pundi kencing berfungsi dengan normal dan aktif dan juga untuk fungsi buah pinggang. Ini akan membantu anda mencerna makan tengah hari dan mencuci sistem anda sebelum anda makan malam.
Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??
6. Minum 8 oz. jus lobak merah bersama makan malam. Antara manfaat jus lobak adalah keupayaannya adalah untuk membantu dalam corak kekerapan kencing. Jika anda alah kepada jus lobak merah, gantikan dengan jus kranberi.
7. Minum satu cawan teh pembersihan pundi kencing / buah pinggang sebelum tidur sebagai sebahagian daripada program pembersihan 3-hari anda. Terdapat banyak jenama teh tersebut di pasaran. Teh Pembersihan Buah Pinggang merupakan teh yang kuat yang dijual di kebanyakan kedai-kedai makanan kesihatan. Teh pembersihan adalah kaya dengan beri Juniper, sutera jagung, daun pudina dan daun dandelion, yang akan membantu pundi kencing dan buah pinggang mencuci sistem anda dan membantu anda mencerna makanan semasa anda tidur. Latihan fizikal dan Penjagaan Badan
1. Lakukan senaman berjalan kaki secara pantas setiap hari sebagai sebahagian daripada program pembersihan 3 hari anda. Berjalan akan membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya. Semasa anda berjalan, pastikan diri anda dihidratkan dengan air. Biarkan diri anda berpeluh, tetapi jangan menghalang diri anda dari mengambil air.
2. Duduk dalam sauna selama 30 minit sekurang-kurangnya sekali dalam program pembersihan anda. Sauna adalah cara yang baik untuk melepaskan toksin dan cecair yang tidak diingini melalui peluh.
3. Buat regangan sebelum memulakan hari anda dan sebelum anda bangun setiap pagi. Regangan akan membantu anda bergerak pada waktu pagi dan berehat sebelum anda tidur. Pada waktu tidur, lakukan regangan sebelum minum teh pembersihan anda. Pada waktu pagi, lakukan regangan sebelum sarapan pagi.
Sumber
More aboutTips untuk membersihkan pundi kencing dan buah pinggang anda

Tahan mat motor guna jala ikan

Posted by godonker

TRIBUNNEWS.COM – Polis di Vietnam menangkap penunggang motor yang melanggar peraturan lalu lintas dengan menggunakan jala ikan.

Tran Van Thuc, ketua polis daerah Thanh Hoa, mengatakan pihaknya telah menahan lebih dari 100 penunggang motor yang membuat kesalahan di jalan-jalan.

Thuc juga mengatakan polis akan mengirimkan laporan terperinci soal metode penahanan seperti ini kepada Komisi Keselamatan Lalu Lintas dan badan-badan terkait lainnya.

“Kami akan meminta izin untuk meneruskan metode seperti ini,” kata Thuc dilansir BBC Indonesia.

Pihak polis Thanh Hoa menerapkan taktik ini sejak 28 Oktober lalu bertepatan dengan hari pelancaran kempen keselamatan jalan raya. Namun langkah ini menuai kritikan dan polis Thanh Hoa akan menghentikan sementara penggunaan jala ikan sambil mengkaji cara lain yang lebih efektif.

“Kami akan meminta para ilmuwan membantu menciptakan cara khusus untuk melemparkan jala ikan ke pengendara motor guna meningkatkan ketepatan dan keselamatan,” kata Thuc.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

Jaring ikan ini digunakan hanya untuk menangkap pengendara motor yang tetap ngebut walaupun telah diminta untuk berhenti.

Jaring ini dilempar ke arah penunggang kemudian diikat sehingga yang terkena tahan tidak melarikan diri.

Polis Thank Hoa mengatakan metode ini tidak menyebabkan pengunggang motor yang terjaring terluka atau menimbulkan kecelakaan.
Sumber
More aboutTahan mat motor guna jala ikan

Jenis-jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh makhluk halus

Posted by godonker on Thursday, January 26, 2012

Soalan
Saya pernah membaca dalam beberapa penulisan termasuk penjelasan yang ustaz telah berikan dalam Harakah yang lepas bahawa makhluk halus (jin, syaitan dsbnya). Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis-jenis penyakit boleh dilakukan oleh makhluk ini kepada manusia?

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.

Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”

Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.

Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”

Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh. Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.

Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.

Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.

Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.
Sumber
More aboutJenis-jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh makhluk halus

8 amalan yang boleh merosakkan otak

Posted by godonker

Antara perkara yang boleh rosakkan otak adalah :

1. Terlebih makan
Makanan memang perlu untuk otak kita bekerja. Tapi kalau terlebih makan, ia akan membebankan pembuluh darah otak dan akan mengurangkan kuasa mental otak. Amalkan lah sunnah Rasulullah yakni berhenti makan sebelum kenyang.

2. Tutup muka ketika tidur
Amalan menutup muka ketika tidur akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen. Amalan ini boleh membawa kepada kerosakan otak.

3. Merokok
Asap rokok boleh mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'. Jadi, mulai sekarang, SAY NO TO ROKOK!!!

4. Banyak tidur
Tidur bagus untuk merehatkan otak. Akan tetapi, jika tidur terlebih-lebih boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Jadi, amalkan tidur enam jam sehari. Itu dah cukup untuk merehatkan otak kita. 5. Pencemaran udara
Otak kita merupakan organ yang paling banyak guna oksigen. Jadi, jika adanya pencemaran udara, ia boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan otak menjadi kurang aktif.

6. Kurang berimaginasi
Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun. Berfikir merupakan salah satu cara yang terbaik untuk melatih otak kita.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

7. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila kita skip sarapan kita, paras gula dalam darah akan jadi rendah. Makanya, akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikan otak kurang aktif. Jadi, kepada sesiapa yang on diet, jangan sesekali skip sarapan ye.

8. Jarang berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, adakan perbincangan dengan rakan-rakan tentang topik yang boleh menjana kecerdasan otak kita. Make sure topik yang dibincangkan itu boleh menambah keberkesanan otak kita. Jangan dok fikir benda-benda yang negatif. Tak moh tak moh. Itu boleh menyebabkan otak kita tidak sihat.

kesimpulannya, selalu lah amalkan perkara-perkara yang boleh menambah keberkesanan untuk otak kita bekerja. Jauhkan perkara-perkara yang boleh merosakkan otak kita.
Sumber
More about8 amalan yang boleh merosakkan otak

8 tips Rasulullah S.A.W dalam menjaga kesihatan

Posted by godonker on Wednesday, January 25, 2012

Antara beberapa cara hidup sihat sihat yang Baginda amalkan adalah :

1. Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah SAW mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan fikiran.

2. Kerap menjaga kebersihan
Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Makan sekadar yang perlu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. Maksudnya tidaklah seandainya destinasi yang kita pergi itu jauhnya 30 kilometer perlu berjalan kaki, cuma jika tempat "parking" kereta agak jauh sedikit dari tempat yang dituju, ambillah peluang ini untuk "bersenam". 5. Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kerana marah itu daripada syaitan dan syaitan itu asalnya dari api, maka segeralah mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan kegelisahan di hati.

6. Optimis dan tidak berputus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah SWT.

7. Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu api kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Sumber
More about8 tips Rasulullah S.A.W dalam menjaga kesihatan

10 jenis lelaki yang WAJIB dijauhi oleh wanita

Posted by godonker

1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu mengambil mudah sesuatu perkara. 7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk, lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan malam.

9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki seperti ini nanti?
Sumber
More about10 jenis lelaki yang WAJIB dijauhi oleh wanita

Nanah kemaluan wanita kepada lelaki

Posted by godonker

Kisah di neraka..naudzubillah..

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..moga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..)

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu Neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.
“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.” Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?
Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

Darah haid”, saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH”.

p/s : moga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..
Sumber
More aboutNanah kemaluan wanita kepada lelaki

Diserang wanita bogel akibat menonton filem lucah

Posted by godonker on Tuesday, January 24, 2012

Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din), jadi saya tidak mengenalinya.

Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri.

Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu.
Sumber
More aboutDiserang wanita bogel akibat menonton filem lucah

8 gaya tidur bayi yang tidak sesuai

Posted by godonker

Entri kali ni mungkin sesuai untuk korang yang ada anak kecil kat rumah..Selalunya, anak kecil ni akan tidur se-bilik dengan ibu bapa nya..Tapi, pernah tak korang perasan yang gaya tidur anak kecil korang tu sesuai atau pun tidak dalam peringkat umurnya nak membesar tu? Bagi korang yang pernah terlepas pandang atau mengamalkan cara tidur anak kecil yang tak betul tu, boleh la tengok balik gambar-gambar kat bawah ni..Mana tahu, ada yang buat cara salah macam tu..Kesian kat anak korang nanti =)





p/s: Keselesaan anak ketika tidur itu penting bagi mengelakkan tangisan di waktu malam =D
Sumber
More about8 gaya tidur bayi yang tidak sesuai

6 Kehebatan dan kebijaksanaan yahudi

Posted by godonker

Sebelum tu ana nak tanye korang,korang nak ikut Kata-Kata Nabi atau Yahudi????

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil" Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Korang dah cukup kreatif?? Betul ke? Ada beran nk bertanding dan buktikan yg korang ni paling kreatif??

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Sumber
More about6 Kehebatan dan kebijaksanaan yahudi