Experimen ini dilakukan oleh sahabat kami iaitu Mohd Ezli Mashut seorang Journalist TV Selangor. Beliau telah melakukan ujian menegakkan telur ayam pada ketika Gerhana Bulan Penuh, menurut beliau ketika ini tarikan graviti amat kuat. Ketika ujikaji dilakukan, pada Jam 10:40 malam, diberitahu bahwa tarikan graviti semakin kuat.
Bumi akan mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang lebih besar. Keadaan ini berlaku ketika gerhana matahari bila bulan di antara matahari dan bumi.
Pada kedudukan ini, telur yang berada di bumi, mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang paling kuat dari tempat lain.Oleh kerana itulah, telur yang berada di bumi akan berdiri kerana mengalami daya tarikan graviti yang kuat. Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.
Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke ke atas.
Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan.
Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut.
Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment