HMETRO : Tragedi tunggu feri, ditikam 5 kali selepas balik kerja

Posted by godonker on Sunday, December 11, 2011

SIBU: Lima kesan tikaman termasuk empat di dada dan satu di leher dipercayai menggunakan pisau ditemui pada tubuh seorang wanita yang menanggung azab lebih sejam sebelum menemui ajal di Jeti Maling, berdekatan Dataran Sibu Fasa II, malam kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang sebelum diheret ke dalam semak di kawasan itu. Sebelum kejadian, mangsa, Chiew Ming, 40, bersendirian menunggu feri untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Bidut, sebaik selesai kerja, jam 8 malam.

Mangsa yang menetap di Jalan Chong Sang, di sini, dan masih bujang menunggang motosikal berhenti di jeti terbabit sebelum diserang individu tidak dikenali.
SIASAT...anggota polis memeriksa tempat kejadian mangsa dibunuh di Jeti Maling, dekat Dataran Sibu Fasa II
Sumber berkata, ketika diserang, seorang wanita yang melalui tempat kejadian terdengar suara individu menjerit meminta pertolongan.

Berikutan itu, dia yang dibantu orang ramai kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui mangsa dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Sumber
Hmetro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment