Suspek berusia 25 yang juga seorang mekanik dikesan mengajar kedua-dua isterinya berusia 20-an mengenai cara memecah masuk kenderaan sebelum melarikan barang berharga terutama komputer riba ditinggalkan mangsa dalam kenderaan. Lebih memeranjatkan apabila suspek turut mengajar seorang anak lelakinya berusia lima tahun sebagai ‘tonto’ bagi mengawasi keadaan sekitar ketika bapa serta ibu dan ibu tirinya melakukan jenayah pecah kereta.
TUMPAS...Fakri (tengah) menunjukkan barang curi yang dirampas |
Menurutnya, suspek dikesan melatih kedua-dua isterinya untuk melakukan jenayah kerana terdesak untuk membayar hutang ceti haram berjumlah ribuan ringgit.
Sumber
Hmetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment