HMETRO : Cas jantung guna pencucuh rokok kereta

Posted by godonker on Friday, December 16, 2011

Gambar sebagai hiasan
LONDON: Seorang bekas fanatik sukan yang mempunyai jantung tiruan terpaksa ‘mengecas’ jantungnya, terutama ketika perjalanan jauh - dengan menggunakan tempat pencucuh rokok kereta.

Chris Marshall, 50, terpaksa membawa beg berisi bateri dan mengecasnya di palam elektrik apabila tidur setiap malam.
Tiga tahun lalu, dia mengalami serangan jantung yang hampir meragut ajalnya dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan jantungnya yang rosak dan injap sempit.

Tahun lalu, kapasiti jantungnya menjunam ke 13 peratus dan sejenis peranti dimasukkan ke dalam tubuh untuk berfungsi sebagai jantung tiruan dan mengepam darah ke seluruh tubuhnya.

Tetapi, bateri itu hanya bertahan selama empat jam dan Chris terpaksa mengecasnya selalu.

Jurufoto amatur itu sering melakukan perjalanan jauh dan akan mengecas ‘dirinya’ menggunakan pencucuh rokok kereta untuk memastikan baterinya tidak habis.

Dia yang juga seorang jurutera televisyen kabel dari Wembury dekat Plymouth, Devon berkata, “Saya akan mengecas setiap kali ada peluang. “Peranti ini sangat penting untuk saya tetapi baterinya hanya tahan empat jam jadi saya terpaksa mengecas setiap masa.

“Apabila saya masuk tidur, saya akan mengecas di palam utama dan sekiranya ia gagal mengecas, jadi nampaknya selamat malam untuk saya.”

Katanya lagi, “Tenaga saya datang dari bateri ini. Kalau saya memandu ke Cornwall, perjalanan pergi balik saja mengambil masa tiga jam.

“Jadi, untuk memastikan saya tidak kehabisan bateri, saya akan mengecas menggunakan pencucuh rokok di kereta. Ia tak jadi masalah selagi saya tak perlu ganti untuk mengecas pemandu arah satelit.

“Saya mungkin satu-satunya orang di Britain yang terpaksa mengecas dirinya menggunakan pencucuh rokok kereta,” katanya.

Sumber
Hmetro

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment