GEORGETOWN: Berang menunggu giliran pemeriksaan perubatan yang lama, seorang lelaki warga emas secara tiba-tiba mengamuk sebelum menikam rusuk kiri seorang doktor di sebuah klinik swasta dengan pisau di Jalan Magazine di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Dr Lee Kok Seng, 50, sedang merawat pesakit lain dalam bilik rawatan ketika suspek berusia dalam lingkungan 60-an tiba di klinik berkenaan. Difahamkan, warga emas berkenaan kemudian terus meluru masuk ke bilik rawatan itu tanpa mempedulikan doktor yang sedang merawat pesakit lain.
|
TAHAN...suspek ditahan dan diikat sebelum diserahkan kepada polis |
Berikutan itu, doktor tidak mempedulikan kehadirannya dan membiarkan dia menunggu di bilik rawatan terbabit, sebaliknya terus merawat pesakit lain mengikut giliran.
|
CEDERA...rusuk kiri doktor ditikam lelaki yang mengamuk di kliniknya |
Kira-kira 20 minit menunggu, lelaki itu naik berang dengan tindakan doktor kerana tidak merawatnya menyebabkan dia bertindak menikam mangsa dengan pisau yang dipercayai dibawanya.
Sumber
Hmetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment