Ini adalah merupakan salah satu tanda jelas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Mereka tidak mencari pasangan lain walaupun anda berdua sudah berpisah. Kebiasaannya, pada ketika ini, mereka hanya memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Beri ruang kepada mereka dan berusaha untuk mengubati hati mereka yang terluka. (2) Masih menghubungi anda
Sekiranya mereka masih menghubungi anda walaupun tidak sekerap sebelum ini, ia adalah petanda bahawa mereka masih memendam perasaan terhadap anda. Sekiranya anda juga masih mempunyai perasaan terhadap mereka, berikan mereka peluang dan sekiranya hati anda telah tertutup terhadap mereka, berikan mereka penjelasan.
(3) Apabila anda bertemu, mereka kelihatan agak cemas
Ini juga adalah petanda yang menunjukkan mereka masih ada lagi perasaan terhadap diri anda. Kebiasaannya, orang yang memendam perasaan akan cemas apabila bertemu dengan seseorang yang mereka pendam.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment