Ibu mati ditembak oleh anak berusia 10 tahun

Posted by godonker on Wednesday, November 30, 2011

OHIO (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditahan selepas dia memberitahu jiran yang dia sudah menembak ibunya hingga mati.

Deborah McVay, 46, ditemui mati selepas cedera akibat satu das tembakan di kepalanya Ahad lalu di Big Prairie di pertengahan jalan antara Cleveland dan Columbus di Ohio. Menurut polis, anggota paramedik menemui Deborah tertiarap di atas lantai di ruang tamu kediamannya. Dia disahkan mati di tempat kejadian dan dipercayai peluru ditembak daripada pistol .22 kaliber. Pihak berkuasa bergegas ke kediaman wanita itu selepas seorang jiran menghubungi polis memberitahu anak Deborah menemuinya dan mengatakan dia baru menembak ibunya. Anak lelakinya itu kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Richland dan akan tampil di mahkamah tengah hari ini.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya itu mempunyai sejarah masalah tingkah laku. - Agensi
Sumber
More aboutIbu mati ditembak oleh anak berusia 10 tahun

Ayah tembak anak kerana hubungan seks dengan adik tirinya

Posted by godonker

Jamar Pinkney Hero, 37
Seorang ayah dari Highland Park, Michigan, USA dituduh membunuh anaknya - yang merayu-rayu agar jangan dibunuh - setelah mengetahui bahawa anaknya itu telah melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya.

Jamar Pinkney Hero, 37, yang sangat marah setelah mendengar bahawa anak lelakinya yang berusia 15-tahun iaitu Jamar Pinkney Jr melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya yang berusia baru 3 tahun, menelanjanginya kemudian menggiringnya ke sebuah tanah kosong dan menembaknya hingga mati meskipun dirayu oleh anak lelaki itu dan ibunya, kata relatif. Pihak berkuasa Michigan memfailkan dakwaan pembunuhan peringkat pertama terhadap Pinkney pada hari Rabu kerana menembak anaknya pada hari Isnin.

Peguam bela O'Meara Corbett berkata bahawa pihak pendakwa harus mempertimbangkan bukti daripada keadaan fikiran ayah itu setelah mengetahui tentang gangguan seksual tersebut.

"Ini adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani oleh semua pihak yang terlibat, termasuklah polis," kata ketua polis iaitu Ted Caldwell.
Jamar Pinkney Jr, 15
"Highland Park adalah sebuah bandar kecil. Mereka adalah orang-orang yang telah menjadi ahli masyarakat selama bertahun-tahun."

Penembakan terjadi pada Khamis malam di sebuah tanah kosong di bandar itu. Ibu kepada anak itu, Lazette Cherry, mengatakan kepada Detroit Free Press bahawa anak laki-lakinya mengatakan ia sudah melakukan hubungan seksual yang salah dengan budak perempuan itu.
Sumber
More aboutAyah tembak anak kerana hubungan seks dengan adik tirinya

50 jahitan akibat pikat kekasih orang | Mangsa dipukul, dipijak dan ditoreh dengan pisau

Posted by godonker

KUALA LUMPUR: Angkara cemburu, seorang lelaki berusia 30-an parah selepas mukanya ditoreh dengan pisau manakala mata kanannya dikhuatiri buta selepas dipijak dengan kasut but dan dipukul sekumpulan lapan lelaki selepas ‘diculik’ dari tempat kerjanya di Jalan Hang Kasturi di sini, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana mangsa disyaki menghubungi teman wanita seorang daripada suspek dipercayai untuk memikatnya. Selepas diseksa dengan kejam, seorang daripada suspek menghubungi majikan mangsa berusia lewat 30-an dan mengarahkan lelaki terbabit mengambil mangsa di belakang sebuah bangunan di Brickfields di sini.

Akibat perbuatan kejam kumpulan itu, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 50 jahitan di muka dan mata kanannya dikhuatiri buta.

Menurut sumber, kejadian bermula jam 10 malam apabila kumpulan terbabit yang menaiki lima motosikal ke tempat kerja mangsa dan memintanya keluar.

Sumber
Hmetro
More about50 jahitan akibat pikat kekasih orang | Mangsa dipukul, dipijak dan ditoreh dengan pisau

Fakta dan perkara yang anda perlu tahu mengenai dara

Posted by godonker

APA ITU SELAPUT DARA??
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan seks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan seksual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan seksual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama. Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan jimak buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan jimak buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan jimak untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.
Sumber
Sumber asal
More aboutFakta dan perkara yang anda perlu tahu mengenai dara

3 golongan yang akan memasuki neraka jahanam 7 kali umur dunia

Posted by godonker

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan keadaan di neraka terdapat ramai kaum wanita di neraka dan wanita mendapat berbagai-bagai seksaan disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan ketika di dunia.

Bagi wanita yang menjadi isteri hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Wanita tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya. Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. ”
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Dalam hadis yang lain dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
1. Orang yang gemuk tapi kurus
2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil”
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa 3 golongan manusia yang akan meneriama seksaan di Neraka Jahanam selama 7 kali umur dunia ini. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui berapa juta tahun umur dunia ini daripada mula-mula penciptaan-Nya hingga ke berlaku hari kiamat . Huraian untuk 3 golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Orang yang gemuk tapi kurus
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat?
Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama diakhir habisnya haid. Wanita kurang ambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contoh bagi wanita yang bekerja dipejabat dan habis darah haidnya jam 3 petang biasanya dia tidak akan mandi hadas dipejabat dan dia akan mandi hadas apabila balik kerumah, hakikat sebenarnya dia telah meninggalkan solat fardu yang wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesebukkan dalam majlis kenduri-kendara.

Begitu juga dengan puasa Ramadan yang ditingalkan semasa haid atau nifas, apabila melebihi tahun berikutnya maka disamping puasa wajib dibayar dan dikenakan fidyah, tetapi ramai wanita tidak mengambil berat tentang fidyah yang wajib ditunaikan.

Sebahagian pula wanita yang berkemapuan masih menagguh-nangguhkan kewajipan menunaikan fadu haji, dia lebih suka menghabiskan waktu cuti untuk melancung .

Kedua : Orang yang berpakaian tetapi telanjang
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. Ditafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yg sudah elok menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan didada mereka. Mereka ini seolah-olah tiada berpakaian (bertelanjang).

Sesuailah dengan hadis Nabi SAW yang mengatakan bahawa wanita berpakain seksi tidak mencium bau syurga .Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Syarat-syarat pakaian menutup aurat bagi wanita :
Pada dasarnya seluruh bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut
1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak tipis dan tidak jarang.
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidakketat)
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna-warni dan bermotif terlalu menjolok mata.Sebab pakaian yang menjolok mata akan mengundang perhatian laki-laki.


Ketiga : Orang yang alim tapi jahil.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
Syarat untuk layak disebut sebagai ulama adalah takutkan Allah. Walaupun seorang itu alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, disisi Allah dia tidak layak disebut ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama.

Takut kepada Allah bagi seorang ulama ada dalam beberapa hal. Antaranya, mengeluarkan pandangan atau fatwa benar-benar kerana Allah dan untuk kepentingan Islam, bukan pandangan atau fatwa kerana takutkan individu-individu tertentu atau kelompok-kelompok tertentu atau untuk menagih sesuatu habuan dari sesiapa.
Selain itu, takut pada Allah bagi seorang ulama adalah sentiasa hidup dalam keadaan amanah kepada ilmu dengan cara beramal dengan ilmunya dan memperjuangkan kebenaran ilmu tersebut agak manusia benar-benar menerimanya sebagai panduan kehidupan.

Sekiranya seseorang ulama itu sanggup menghalalkan yang diharamkan Allah SWT atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan Allah SWT atau membisu sahaja walaupun kemungkaran dilakukan oleh umarak di hadapan matanya maka ulama seperti ini amat dibenci oleh Allah SWT inilah yang dikatakan ‘orang alim tetapi jahil’

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menginsafkan diri kita dan janganlah melakukan sesuatu yang mendatangkan dosa kepada Allah SWT. Berbuatlah amal soleh sebanyak-banyaknya semoga kita menjadi orang mukmin yang sentiasa diredai dan dirahmati oleh Allah SWT. Kita diberikan pilihan oleh Allah SWT untuk memilih jalan yang lurus atau jalan yang bengkuk. Jalan yang lurus adalah jalan ke syurga sedangkan jalan yang bengkuk adalah jalan menuju neraka. Orang yang cerdik pasti memilih jalan ke syurga.
ditulis oleh Abu Basyer
Sumber
More about3 golongan yang akan memasuki neraka jahanam 7 kali umur dunia

Perkerja bengkel cipta robot Transformers

Posted by godonker

HUANG LIANFEI menyiapkan robot seperti yang terdapat dalam kartun Transformers di sebuah bengkel pertukangan logam di Shenyang, China semalam
Seorang pekerja di sebuah bengkel pertukangan logam di sini, Huang Lianfei mencipta satu model robot berdasarkan salah satu watak dalam kartun Transformers. Dia menggunakan beberapa komponen kenderaan yang terbuang untuk menghasilkan robot itu.
Lianfei telah mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan robot tersebut.
Sumber
More aboutPerkerja bengkel cipta robot Transformers

HMETRO : Aksi "TOYOL" mencuri | Ceroboh pejabat sekolah agama

Posted by godonker

JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga. Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.
BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba
Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Aksi "TOYOL" mencuri | Ceroboh pejabat sekolah agama

HMETRO : Bapa kerah dua anak jadi penjenayah

Posted by godonker

KUCHING: Seorang bapa sanggup mengarahkan dua anak lelakinya berusia 17 dan 22 tahun melakukan kegiatan pecah rumah sebelum tiga beranak itu dicekup polis, petang kelmarin.

Kegiatan bapa durjana berusia 48 tahun yang turut bersubahat dengan teman wanitanya berusia 29 tahun itu dihidu selepas polis menahan dua anak lelaki suspek serta seorang rakannya di sebuah rumah di Tabuan Hulu dekat sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, kegiatan jenayah itu dirancang rapi dengan menyasarkan beberapa rumah di sekitar bandar raya ini.

Dua anak suspek memecah masuk dan melarikan beberapa barangan berharga sebelum menjadikan sebuah bilik disewa teman wanita seorang daripada lelaki terbabit di Batu Tiga di sini, sebagai stor penyimpanan barangan curi.

Namun, selepas beberapa bulan bermaharajalela, bapa durjana terbabit dicekup sehari selepas kedua-dua anak lelakinya ditahan berdekatan restoran makanan segera di Jalan Rock, Batu 2 1/2, kira-kira jam 4.45 petang Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, kedua-dua anak lelaki itu ditahan bersama seorang lagi rakan mereka berusia 22 tahun.

Beliau berkata, penahanan lelaki itu turut membawa kepada penemuan beberapa barangan elektronik serta barangan lain dipercayai dicuri.

“Selepas disoal siasat sebaik ditahan jam 6 petang hari sama, suspek membawa polis ke tempat barangan disimpan iaitu di sebuah bilik sewa milik teman wanitanya.

“Setiba di sana, suspek menunjukkan seorang wanita dipercayai kekasih bapanya dan menetap bersama di bilik berkenaan. Selepas ditanya, wanita terbabit menyerahkan kunci bilik dan menunjukkan tempat barang disembunyikan iaitu dalam almari.

“Semua suspek dipercayai terbabit dalam enam kes pecah rumah yang dilaporkan di sekitar bandar raya ini, antaranya di Taman Shun Tak, Polarwood Estate, Taman Nam Hoi, Tabuan Heights, Taman Victiry dan Jalan Tun Jugah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini, semalam.

Mun berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beberapa barangan elektronik termasuk alat pemain cakera padat vodeo digital (DVD), komputer mini, televisyen plasma dan pembesar suara.

“Turut ditemui lima anting-anting, jam tangan berjenama termasuk Rolex dan komputer riba, namun nilai rampasan keseluruhan masih dalam siasatan.

“Dua anak lelaki serta seorang rakan mereka direman tujuh hari manakala bapa terbabit bersama teman wanitanya direman tiga hari bermula semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan.

“Susulan penahanan semua suspek, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mun berkata, orang ramai yang kehilangan barangan berharga diminta menghubungi IPD Kuching atau tampil ke Balai Simpang Tiga atau menghubungi Asisten Superintendan Abdul Rahim Abdullah Rahman di talian 013-8000777.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Bapa kerah dua anak jadi penjenayah