23 orang Melayu ditahan akibat minum arak | Sambut tahun baru

Posted by godonker on Saturday, December 31, 2011

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan 10 lelaki beragama Islam kerana kesalahan meminum arak dalam Ops Mungkar yang diadakan di sini pada awal pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, operasi itu dibuat ekoran banyak pusat hiburan menganjurkan sambutan menyambut tahun baharu selain pihaknya menerima banyak aduan mengenai aktiviti itu.

“Jadi, kita telah menyerbu dua buah premis hiburan dan menahan seramai 23 orang belia Melayu. Kesemua mereka terdiri daripada sepuluh lelaki dan 13 wanita.

“Setelah diperiksa, 10 daripada mereka didapati meminum arak dan akan didakwa mengikut peraturan yang sedia ada,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Hasan yang mengetuai sendiri operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 3 pagi itu memberitahu, kesemua individu terbabit takan diberi kaunseling khas di pejabat JAIS di Shah Alam pada 11 dan 12 Januari ini.

Difahamkan, rata-rata individu yang ditahan itu ialah pelajar institusi pengajian tinggi tempatan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.
Sumber
More about23 orang Melayu ditahan akibat minum arak | Sambut tahun baru

Ambillah tubuhku! Ini untuk U sayang

Posted by godonker on Wednesday, December 28, 2011

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..
Wah best!.
Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!.
Esok abang nak lagi boleh?.
"No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup".
Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.
Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.
Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit).
Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei).
Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan.
2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.
'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..
Si teman lelaki "...................".
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek.
Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!.
Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki.
Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut
"..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?.
Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa huhu). Selama ni badan kecik je.
Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..
Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Ok lah rumah kawan.
"Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan.
Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...
Betapa terkejutnya si kawan.
"Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!."
Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..
Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke
dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Diabiarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!.
Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!.
Last-last. Hidup dah tertekan.
Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian, menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.
OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!.
Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya.
Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat.
Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?.
No way!. U tunggu azab Allah!.
AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.
Sumber
More aboutAmbillah tubuhku! Ini untuk U sayang

Remaja perempuan sewa bilik buat maksiat

Posted by godonker

DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin.

Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.

Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan.

Ketika ditemui, gadis berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia menyewa bilik hotel murah itu untuk bertemu teman lelakinya. Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang melarikan diri dari bilik hotel itu sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama.

“Saya terkejut apabila bilik saya tiba-tiba diketuk pada waktu awal pagi, tak sangka pula diserbu pencegah maksiat, saya ingat hotel itu selamat,
“Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya,” katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA.
Ketika ditanya mengenai nasibnya selepas pihak pengurusan IPTA mendapat tahu kes membabitkan dirinya, remaja terbabit memberitahu dia kini buntu memikirkan perkara itu, apatah lagi dia hanya menunggu dua semester lagi untuk memastikannya mendapatkan segulung diploma seperti yang dicita-citakan.

“Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang.

“Saya benar-benar menyesal, jika diberi peluang, saya bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi, berilah saya peluang terakhir,” katanya.

Dia dibawa ke pejabat Unit Penguat kuasa Syariah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh ibu bapanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya.
Sumber
More aboutRemaja perempuan sewa bilik buat maksiat

6 ciri-ciri perempuan playgirl

Posted by godonker

1. Menyembunyi Kisah One Night Stand
Bukan hanya menyimpan satu kisah, tetapi banyak lagi. " One night stand " tidak bermakna setia pada satu lelaki sahaja. Sentuhan fizikal yang sedikit ketika bergaul dengan lelaki menjawap bagaimana keakraban seorang playgirl dengan seorang lelaki yang dikaguminya / diingininya, tetapi tidak untuk jangka masa panjang... untuk semalam je kot. :P Murahnya harga dirimu...

2. Seringkali tukar " In relationship " status di Facebook
Bermula dari " single ", " In a relationship ", kemudian ke " It's complicated ". Ini cukup memadai dia hanyalah seorang perempuan mencari pasangan untuk bersuka-suka sahaja. Walaupun dia cuba untuk mencari yang terbaik, tetapi di mata lelaki... she's a jerk.

3. Bercinta dengan 2 lelaki atau lebih dalam sesuatu masa
Okay! Nih kes main kayu 3... Sebagai contoh, dia tengah date dengan seorang lelaki dalam satu pasukan bola sepak, kemudian pada masa yang lain pulak dengan lelaki lain yakni rakan sepasukan yang sama?? Secara tidak sedar hampir separuh daripada pasukan bola sepak itu dah diajak date.. Perempuan yang #*$&%_$. 4. Memberi Nombor Telefon Mudah
Dah berpunya masih mudah memberi nombor telefon kepada lelaki yang tak dikenali atau ingin berkenalan. Berhati-hatilah, dia masih memberikan respon untuk menarik perhatian lelaki lain, atau mempunyai hubungan sulit.

5. Mudah bermain dengan perasaan
Bayangkanlah apabila hubungan itu intim, tiba-tiba dia pergi tanpa perkataan sahaja memberi kata kepada " Kita dah takde pape hubungan ". Memang sah! dia playgirl.

6. Kemesraan
Untuk mendekati lelaki memerlukan usaha yang lebih kepada pendekatan, dan memerlukan kemesraan. Apabila si playgirl tidak berpuas hati, si playgirl akan pergi dan carik lelaki lain.
Sumber
More about6 ciri-ciri perempuan playgirl

Bencana 2012 – Kapal angkasa Rusia bakal melanggar bumi

Posted by godonker

Gambar hiasan - Adakah kapal angkasa Rusia yang membawa muatan radiaktif itu bakal mencetus bencana di Bumi ?

Agensi Angkasa Persekutuan Rusia hari ini mendedahkan bahawa kapal angkasa Rusia yang sedang dalam misi menuju ke Marikh dan membawa muatan seberat 200kg terperangkap di orbit bumi dan dijangka akan menghentam Bumi pada awal Januari 2012.

Pihak Agensi itu berkata, mereka tidak dapat memberitahu dengan tepat bila ia akan melanggar bumi sehingga beberapa hari sebelum kemalangan. Mengikut perkiraan mereka ia mungkin akan menghentam bumi diantara 6-19 januari 2012 .

Ini adalah kali pertama agensi Rusia telah mengakui kapal angkasa bernilai 110million pound itu telah hilang dan akan merempuh bumi tanpa dapat dikawal.

Mereka terputus hubungan dengan kapal angkasa yang dipanggil Phobos-Groundcraft selepas ia dilancarkan pada 9 November dalam misi untuk ke Marikh.

Sejak misi itu dilancarkan, Jurutera dan pihak Agensi Angkasa Eropah telah cuba untuk mengawal kapal angkasa itu tetapi tidak berjaya untuk memacu ke arah sasarannya.

Keseluruhan kapal angkasa yang tidak dapat dikawal yang mempunyai berat 14.6 tan dan 12 tan daripada beratnya terdiri daripada bahan api yang sangat toksik. Pakar-pakar telah memberi amaran bahawa jika bahan api itu telah beku, ada diantaranya yang boleh menjadi aktif apabila berada di Bumi dan boleh menimbulkan ancaman serius jika ia jatuh ke atas kawasan penempatan penduduk.

Tetapi Roscosmos, seorang wakil dari agensi angkasa Rusia menyangkal dakwaan ini dan menyatakan dengan yakin bahawa semua bahan api akan terbakar semasa dalam perjalanan melanggar bumi dalam jarak kira-kira 100 km dari permukaan bumi dan tidak akan menimbulkan sebarang bahaya.

Dia berkata bahawa 10kg Cobalt-57, iaitu sejenis logam radioaktif yang terkandung dalam salah satu bahagian daripada 30 bahagian dalam kapal angkasa itu tidak akan menimbulkan ancaman pencemaran radioaktif jika melanggar bumi.

Kegagalan misi ini adalah yang terbaru dalam siri pelancaran roket Rusia baru-baru ini yang menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan industri angkasa negara.
Sumber
More aboutBencana 2012 – Kapal angkasa Rusia bakal melanggar bumi

9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan LELAKI

Posted by godonker on Monday, December 26, 2011

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan' si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu. 5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.
Sumber
More about9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan LELAKI

8 sikap perempuan yang disukai lelaki

Posted by godonker

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman. 5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
Sumber
More about8 sikap perempuan yang disukai lelaki

Lokasi tempat ramalan kiamat jadi tumpuan

Posted by godonker on Friday, December 23, 2011

GAMBAR fail menunjukkan lokasi peninggalan tamadun Mayan di Chiapas, Mexico-Reuters
BANDAR RAYA MEXICO - Agensi Pelancongan Mexico menjangkakan dapat menarik kehadiran 52 juta pelawat menjelang tahun 2012 ke rantau yang dikaitkan dengan tamadun Mayan seperti Chiapas, Yucatan dan Tabasco.

Sebelum ini, Mexico dapat menarik kehadiran sekitar 22 juta pelancong luar pada setiap tahun.
Peningkatan mendadak dalam jumlah pelancong kali ini dikaitkan dengan ramalan penduduk Mayan bahawa kiamat bakal berlaku pada tahun depan.

Kiamat itu diramalkan berlaku pada 21 Disember 2012.

Pekan dan bandar raya di kawasan tamadun Mayan memulakan kiraan tamatnya kalendar Mayan tersebut semalam.

Namun, ramai ahli arkeologi berpendapat rujukan kepada tarikh tersebut yang diukir pada batu bersurat berusia 1,300 tahun cuma menandakan tamatnya satu kitaran dalam kalendar Mayan. "Dunia belum kiamat. Ia hanya satu era," kata seorang jurucakap pelancongan negeri Quintana Roo yang menempatkan kota bersejarah Cancun, Yeanet Zaldo.

Kebijaksanaan tamadun Mayan menyebabkan sebahagian penduduk mengambil berat tentang ramalan kiamat tersebut.

Tamadun Mayan yang mencapai peringkat kegemilangan dari tahun 300 Tahun Masihi hingga 900 Tahun Masihi memiliki kemahiran luar biasa dalam bidang astronomi.

Kalendar kaum berkenaan bermula pada tahun 3,114 Sebelum Masehi (S.M.) dan mengambil masa selama 394 tahun untuk membentuk satu kitaran dikenali sebagai Baktun.

Baktun ke-13 berakhir pada 21 Disember 2012.

Teori bahawa kiamat berlaku pada tarikh tersebut berpunca daripada sebuah batu bersurat yang ditemui pada tahun 1960-an di tapak arkeologi Tortuguero di negeri Tabasco, dekat Teluk Mexico.

Batu bersurat berkenaan menceritakan tentang kembalinya Dewa Mayan pada penghujung Baktun ke-13.
Mereka yang percaya mengenai teori kiamat itu menyebarkan ramalan tersebut di ratusan ribu laman web dan blog di Internet.
Sumber
More aboutLokasi tempat ramalan kiamat jadi tumpuan

Pelajar perempuan maut angkara seks ganas

Posted by godonker

ROME: Seorang lelaki berusia 42 tahun didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan ketika mengadakan hubungan seks.

Soter Mule telah mengikat Paola Caputo, 24 dengan seorang wanita yang lain ketika melakukan hubungan seks teknik Jepun yang dikenali sebagai ‘sado-masochist’ atau “shibari”.

Mule, seorang jurutera, pada mulanya ditahan kerana membunuh tetapi pihak berkuasa di Rome percaya yang Paola dan kawannya memberi kebenaran untuk mengadakan seks itu. Pegawai penyiasat mendapati, ketiga mereka bersama-sama malam itu, minum minuman keras dan mengambil dadah di kelab sebelum Paola, teman wanita Mule, mencadangkan mereka ke bangunan tempat letak kereta di luar Rome di mana dia bekerja sebagai penjaga.

Dua wanita itu masih lengkap berbaju, diikat bersama menggunakan tali dan digantung dua meter dari atas tanah. Apabila wanita yang tidak dinamakan itu pengsan, tali regang itu menyebabkan Paola tercekik. - AFP
Sumber
More aboutPelajar perempuan maut angkara seks ganas

Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam

Posted by godonker

Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas. Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana.

Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya. Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, akibat daripada penerapan hukum sekular. Asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam.

Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak. Lazimnya, tudung ketat dan tudung yang tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk kedua-dua 'bukit' wanita sering dijadikan tudung contoh.

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31] Inilah peranan artis bertudung. Memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya mereka bertudung, merekalah contoh ikutan yang wajar diikuti. Walhal, mereka tidak menutup aurat seperti mana yang Allah telah tetapkan. Maka, peminat yang mengikut gaya fesyen artis ini turut sama masuk longkang bersama-sama artis pujaan mereka.

Mereka bukanlah membawa ajaran sesat mahupun menyesatkan aqidah umat Islam, tetapi peranan mereka amat besar sekali untuk menjadi ejen Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam. Perkara ini adalah hakikat yang harus ditelan walaupun pahit oleh peminat-peminat. Artis yang terbabit juga harus menelan hakikat ini, kerana mereka secara tidak sedar dan tidak rasmi menjadi ejen-ejen Barat dalam memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam!
Ini baru diperhatikan daripada aspek tudung. Bagaimana pula dengan aksi-aksi mereka menonjolkan diri di khalayak umum meliuk-lentokkan tubuh mereka yang disarung dengan baju ketat serta mengenakan solekan yang berlebihan yang bisa menggetarkan jiwa lelaki normal? Hal aurat tidak lagi diambil peduli. Peminat terus memuji artis-artis bertudung dengan pujian yang lebih kurang, "Saya suka awak bertudung. Kekalkan imej bertudung". Begitu mudah hati ummat dibutakan dengan bertudung. Seolah-olah bertudung itu merupakan lesen untuk menyanyi dan menonjolkan diri di khalayak ramai!

Inilah kesan daripada penerapan hukum sekular yang lahir daripada akal manusia semata-mata. Undang-undang dicipta berdasarkan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Artis juga tidak terkecuali daripada terkena bahana-bahana sekularisme.

Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak. Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, 'tepati syarak' juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu.

Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu?

*****
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]
Sumber
More aboutArtis Bertudung Sesatkan Masyarakat dalam Diam

Bola logam angkasa jatuh di langit Namibia

Posted by godonker

Sebiji bola logam yang besar jatuh dari langit ke kawasan padang rumput pedalaman Namibia, yang menyebabkan pihak berkuasa bingung lalu menghubungi NASA dan agensi angkasa Eropah.

Bola berongga dengan lilitan berukuran 1.1 meter telah ditemui berhampiran sebuah kampung di utara negara itu kira-kira 750 kilometer dari ibu kota Windhoek, menurut Pengarah Polis Forensik, Paul Ludik.

Penduduk tempatan telah mendengar beberapa letupan kecil beberapa hari sebelumnya, katanya. Dengan diameter 35 sentimeter, bola logam yang mempunyai permukaan yang kasar dan kelihatan terdiri daripada dua bahagian yang dikimpal bersama-sama. Ia dibuat daripada logam aloi yang dengan beratnya kira-kira 6 kilogram, kata Ludik. Ia ditemui 18 meter dari tempat pendaratan. Mempunyai satu lubang berukuran 33 sentimeter dalam dan 3.8 meter lebar. Beberapa bola seperti itu telah jatuh di beberapa kawasan seperti di Afrika Selatan, Australia dan Amerika Latin dalam tempoh dua puluh tahun yang lalu.

Sfera itu ditemui pertengahan November, tetapi pihak berkuasa mula-mula melakukan ujian sebelum mengumumkan yang mencari. Timbalan Inspektor Polis, Jeneral Vilho Hifindaka menyimpulkan sfera itu tidak menimbulkan apa-apa bahaya. "Ia bukan bahan letupan malah berongga, tetapi kita terpaksa menyiasat dahulu semua ini," katanya.
Sumber
More aboutBola logam angkasa jatuh di langit Namibia

Pengalaman Ustaz Haron Din masuk dalam Kaabah

Posted by godonker on Wednesday, December 21, 2011

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun. Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa':58)

Mahfumnya "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya"

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.
Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, "Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik."

Dia mintak maaf tetapi dia kata "Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?". Saya kata "Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah." Dia kata "Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buk". Saya kata "Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata "Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain." Saya kata "Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup."

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

Sumber
More aboutPengalaman Ustaz Haron Din masuk dalam Kaabah

HMETRO : Model bunuh diri selepas kekasih batal temu janji

Posted by godonker

Gambar sebagai hiasan
CARDIFF:Seorang pelajar merebahkan dirinya ke bawah kereta api yang bergerak selepas menerima mesej pesanan ringkas daripada teman lelakinya yang membatalkan temu janji mereka untuk menonton wayang.

Satu inkues diberitahu, Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan di Facebooknya: “Saya akan membunuh diri malam ini’ kerana terlalu kecewa selepas temu janjinya pada keesokan malam dibatalkan.

Pelajar yang juga model remaja itu mati beberapa jam kemudian. Gabrielle disifatkan sebagai remaja yang periang dan peramah dengan kehidupan yang sibuk, belajar di sebuah kolej dan menjalankan dua kerja sampingan, termasuk satu di kedai fesyen Hollister yang popular.

Dia bercita-cita menjadi model terkenal dan dalam laman webnya, dia menulis: “Untuk menjadi orang yang tidak boleh diganti, kita perlu sentiasa berbeza.” Inkues diberitahu, dia begitu terganggu selepas menerima mesej berkenaan pada hari Easter April lalu dan 75 minit kemudian, dia mati akibat kecederaan teruk selepas dilanggar kereta api yang bergerak selaju 125 kilometer sejam berhampiran kediamannya. - Agensi

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Model bunuh diri selepas kekasih batal temu janji

HMETRO : 3 bulan tidur kepala ke bawah untuk dapat anak

Posted by godonker

Gambar sebagai hiasan
COVENTRY: Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil sehingga menyebabkan dia berulang kali mengalami keguguran, akhirnya melahirkan anak selepas baring dengan kepala di bawah dan kaki di atas selama tiga bulan.

Ketika hamil lima bulan, Donna Kelly, 29, diberitahu, kandungannya hanya satu inci dari bahagian atas serviksnya dan ia terdedah kepada keguguran.

Doktor menasihatinya baring di atas katil yang kepala direndahkan 45 darjah bagi mengurangkan tekanan.

Donna terpaksa berada di atas katil itu sepanjang hari, dan bangun hanya untuk ke tandas.

Donna yang kemudian melahirkan anak, Amelia, berkata: “Pada mulanya ia membuat saya sakit dan saya mengalami pening kepala yang amat sangat. “Tetapi selepas beberapa hari, tubuh saya sudah boleh menerimanya dan saya sudah biasa dengan keadaan itu.. “Saya menggunakan beberapa bantal dan penghadang sekeliling katil itu menghalang saya daripada jatuh.

“Saya terpaksa mengiring untuk makan dan ini menyebabkan saya selalu mengalami kebas pada sebelah tangan selepas setiap kali makan,” katanya.

Donna yang berasal dari Coventry mengalami masalah kelemahan serviks sejak melahirkan anaknya yang pertama, Joshua, kini berusia empat tahun.

Dia mengalami dua keguguran selepas itu, pertama pada minggu ke 19 dan kemudian pada minggu ke 23. - Agensi

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : 3 bulan tidur kepala ke bawah untuk dapat anak

HMETRO : Bayi berkepala dua

Posted by godonker

SIHAT...bayi berkepala dua yang dilahirkan di Brazil
BRAZILLIA: Seorang wanita dilapor melahirkan bayi berkepala dua.

Bayi lelaki seberat 4.5 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.

Keputusan imbasan menunjukkan, walaupun bayi itu mempunyai dua kepala yang sempurna, dia mempunyai satu jantung dan semua organ pentingnya berfungsi secara normal.

Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal.

Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu.

Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.

“Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos. Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.

“Bayi itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya.

Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini.

Ini adalah kali kedua bayi berkepala dua dilahirkan di Brazil tahun ini.

Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Bayi berkepala dua

Bila Mr. Bean menonton F1

Posted by godonker on Monday, December 19, 2011

Siapa tak kenal dengan Rowan Atkinson atau nama glamournya 'Mr. Bean', seorang pelakon, pelawak dan profesor yang sangat terkenal dengan lawak 'bodoh'nya yang spontan dan sempoi tetapi mampu mencuit hati semua orang tidak kira tua ataupun muda. Lawaknya tidak memerlukan untuk dia mengeluarkan suara sepatahpun tetapi penonton tidak berhenti tergelak sampai terbahak-bahak melihat reaksi wajahnya yang lucu. haha. Walaupun beliau seorang yang lucu, tetapi di luar set penggambaran ada orang mengatakan beliau seorang yang serius dan bebeza dari watak lakonannya. Betulkah?? Cuba korang lihat video di bawah ini yang diambil semasa Mr. Bean tengah asyik menonton perlumbaan F1 beberapa hari yang lepas. Jom layan~
Sumber
More aboutBila Mr. Bean menonton F1

HMETRO : Koma 7 bulan angkara Mat Rempit durjana

Posted by godonker

KUALA TERENGGANU: “Polis kata dia langgar anak saya seperti anak ayam kerana langsung tiada kesan brek di atas jalan,” kata Nik Ainy Mohd, ibu kepada Iman Adam Raman, 8, yang terlantar sejak tujuh bulan lalu selepas tubuhnya lumpuh akibat menjadi mangsa langgar lari.

Kejadian dirempuh motosikal laju pada jam 8 pagi, 2 Mei lalu itu menyebabkan Iman kini hanya boleh membuka mata dan menggerakkan sedikit kepala manakala anggota tubuhnya yang lain tidak mampu digerakkan.

Nik Ainy, 51, berkata sejak kejadian itu hanya mata Iman terbuka, tetapi menurut doktor pakar merawatnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kanak-kanak itu sebenarnya tidak boleh melihat kerana otaknya tidak berfungsi berikutan dia koma tahap dua. “Kecuali kepalanya yang boleh digerakkan sedikit, Iman tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya yang lain dan terpaksa bergantung kepada minuman susu diberikan menggunakan tiub sebagai sumber makanan.

“Suaranya juga tidak kedengaran kerana dia tidak lagi boleh bercakap,” kata Nik Ainy yang ditemui di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, semalam.

Menurutnya, Iman hanya memberikan rangsangan menggerakkan kepala apabila disentuh dan dia sekeluarga diberitahu doktor keadaan anaknya itu mungkin kekal sampai bila-bila.

Menceritakan detik malang menimpa anaknya itu, Nik Ainy berkata Iman dirempuh seorang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai model Yamaha LC135 ketika mengikut bapanya membeli peralatan sekolah di sebuah kedai alat tulis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manir, Kampung Kubang Jela, di sini.

Menurutnya, akibat rempuhan itu Iman terpelanting dan parah di kepala selain patah tulang betis manakala penunggang terbabit terus memecut motosikalnya meninggalkan tempat kejadian.

“Iman khatam al-Quran ketika berusia tujuh tahun bercita-cita menjadi pensyarah selain aktif sukan badminton dan silat, tetapi tindakan penunggang itu memusnahkan masa depannya,” katanya.
KASIH...Nik Ainy mencium Iman yang kini koma tahap kedua
Menurutnya, ketika dirawat di HSNZ, doktor menjangka anaknya itu hanya boleh hidup tiga hari selepas kemalangan berikutan kecederaan serius menyebabkan otaknya tidak berfungsi dengan sempurna dan dua cip dimasukkan dalam kepalanya bagi mengawal darah beku.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Koma 7 bulan angkara Mat Rempit durjana

HMETRO : Syarat gila bekas suami minta habuan jika mahu nafkah anak

Posted by godonker

KUALA LUMPUR: Dia cuma mahu mendapatkan nafkah untuk menampung kehidupan dua anak yang masih kecil, namun permintaan itu dikenakan syarat gila oleh bekas suami yang rakus memintanya terlebih dulu menyerahkan tubuh sebagai balasan.

Sedar dirinya terperangkap dosa zina, Elina, 39, pernah cuba menolak permintaan bekas suami, tapi akhirnya mengalah apabila lelaki durjana itu bertindak kasar dengan memecahkan pintu rumah dan mengugut mahu menyimbah asid ke wajahnya. Tanpa sedikit rasa malu dan bersalah, bekas suami juga memaksa Elina menghalau dua anak lelaki mereka berusia satu dan empat tahun keluar rumah buat sementara waktu bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks sebelum wanita malang itu diberi ‘nafkah’ sekadar RM50.

Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010.
ADU...Elina (kiri) menceritakan derita yang dilaluinya dengan wartawan Harian Metro
“Derita saya bukan sekadar hari ini, tapi bermula sejak dipaksa bekas suami menjadi isteri kedua secara senyap-senyap dengan alasan saya sudah banyak menghabiskan duitnya,” katanya.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Syarat gila bekas suami minta habuan jika mahu nafkah anak

HMETRO : Mata terbakar akibat kecuaian

Posted by godonker

Gambar sebagai hiasan
GEORGETOWN: “Selepas ubat berkenaan dititiskan pada mata anak saya, dia menggelupur kesakitan serta mengadu matanya seperti dibakar,” kata Noorliza Abd Razak, 34, yang panik dan terkejut selepas menitiskan ubat untuk merawat mata anaknya dalam kejadian Selasa lalu.

Ibu kepada Nurqistina Qalysha Azmi, 3, itu berkata, anaknya terpaksa menanggung kesakitan hampir sejam selepas menggunakan ubat merawat sakit mata yang diambil dari Hospital Pulau Pinang (HPP), 12 Disember lalu.

Noorliza berkata, anaknya mengalami radang mata sejak enam bulan lalu dan sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun penyakit itu masih berlanjutan.

Dia membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik kerajaan di Bayan Baru sebelum mendapat surat rujukan ke HPP dan dirawat seorang doktor wanita sebagai pesakit luar.

“Selepas mendapat surat rujukan daripada doktor di klinik berkenaan, saya terus ke HPP dan menerima rawatan pesakit luar daripada seorang doktor wanita.

“Anak saya diberikan ubat titis dari kaunter farmasi dan pulang ke rumah. “Sehari kemudian, ubat berkenaan dititiskan pada mata anak saya dan saya panik Nurqistina menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di Jalan Bharu, Balik Pulau, semalam.

Noorliza merujuk perkara itu kepada petugas di farmasi HPP, namun diberitahu ubat itu bagi merawat sakit telinga.

“Petugas berkenaan juga berkata, kekuatan ubat itu 10 kali ganda dari ubat biasa sebelum saya menemui seorang lagi doktor di HPP bagi mendapatkan penjelasan.

“Doktor berkenaan berkata label ubat itu mungkin salah dilekatkan, namun selepas beberapa soalan diajukan, doktor itu mengaku ubat terbabit tidak sepatutnya diberikan kepada anak saya,” katanya.

Noorliza berkata, dia terkilan kerana doktor berkenaan menasihatinya supaya tidak membawa anaknya merujuk kepada pakar selain tidak memberi jaminan mengenai akibat yang akan ditanggung anaknya kemudian hari.

“Saya mahu doktor berkenaan memberi penjelasan mengenai kejadian itu serta berharap warga HPP lebih cekap menguruskan ubat pesakit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman ketika dihubungi berkata, pengadu berkenaan perlu membuat aduan di HPP bagi memudahkan siasatan.

“Bagi kes ini, butir pengadu akan diambil selain perlu membawa bersama ubat yang diberikan doktor terbabit,” katanya.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Mata terbakar akibat kecuaian

HMETRO : Suami potong hidung dan bibir isteri

Posted by godonker

Gambar sebagai hiasan
ISLAMABAD: Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya.

Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.

“Ghulam memotong hidung dan bibir isterinya sebelum melarikan diri,” kata Nadir Khan, pegawai pentadbir daerah Musa Khel yang terletak di wilayah Baluchistan.

“Mereka sering bertengkar kerana si isteri lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapanya,” kata Nadir. Pasangan itu berkahwin setahun lalu.

Menurut Nadir, pihak berkuasa kini berusaha mennangkap Ghulam. Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani mendesak supaya tindakan diambil terhadap kes itu.

Bagaimanapun, kebanyakan kes membabitkan keganasan terhadap wanita di Pakistan terlepas tanpa sebarang hukuman dikenakan terhadap pesalah.

“Ibu bapa si isteri membawanya ke hospital di Multan dan mangsa dilapor selamat,” kata Penolong Pesuruhjaya di Muhsa Khel, Aftab Hasnain.

Rangkaian televisyen Express menyiarkan rakaman gambar Salma terlantar di hospital dengan hidung dan bibirnya berbalut.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, wanita Pakistan berdepan dengan diskriminasi, termasuk keganasan rumah tangga dan pembunuhan ‘menjaga maruah.’ - AP

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Suami potong hidung dan bibir isteri

Muslimah Mesir diseksa dan tersingkap pakaiannya oleh Tentera Zalim Mesir

Posted by godonker

Mesir, 18 Disember 2011 - Seorang muslimah di Mesir yang memakai abaya (baju labuh) hitam dilucuti pakaiannya hingga terbuka aurat di dalamnya oleh tentera rejim Mesir, pada hari Sabtu (17/12/2011), ketika sedang berjuang di Kaherah.

Tudung dan rambutnya ditarik dan diseret, dia juga dipukul, ditendang secara ganas oleh tentera biadab itu.

Sadisnya, kemudian dia ditinggalkan begitu sahaja di jalanan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia adalah salah seorang penunjuk perasaan yang ikut turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi anti-tentera hari kedua di Kaherah, ia tak bersenjata, ia hanya seorang muslimah yang mahukan negaranya bersih dari para tentera rejim. Ia salah satu korban dari beratus-ratus korban akibat kebiadaban tentera rejim Mesir.

Tentera dan polis Mesir menuduh para penunjuk perasaan melakukan kekerasan, sehingga mereka menyerang para penunjuk perasaan secara ganas.

Padahal, merekalah yang melakukan keganasan terhadap para penunjuk perasaan hingga jatuh korban tewas dan terluka.

Tentera-tentera biadab itu bukan hanya menyerang dengan kejam, tetapi juga menodai kehormatan muslimah Mesir.

Ini tak boleh dibiarkan! Masyaallah, la haula walquwwata illa billah.. Bangkitlah hai umat, selamatkan umat dengan Syariah dan Khilafah !!

Sumber
More aboutMuslimah Mesir diseksa dan tersingkap pakaiannya oleh Tentera Zalim Mesir

HMETRO : Tangisan mangsa noda, dirogol teman lelaki

Posted by godonker on Sunday, December 18, 2011

Gambar sebagai hiasan
MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20 tahun itu sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan.
Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya. Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.

Menurutnya, panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai meninggalkan wanita berkenaan.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Tangisan mangsa noda, dirogol teman lelaki

HMETRO : Suami SMS ugut bunuh, culik anak

Posted by godonker

Gambar sebagai hiasan
KUALA LUMPUR: Akibat ugutan bunuh dan culik oleh suami yang sudah lama menghilang, seorang kakitangan swasta dan anaknya berusia lima tahun hidup dalam ketakutan dan trauma dalam kejadian di Jalan Seri Sentosa, di sini.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Marie, 36, berkata, dia mengalami masalah rumah tangga dengan suaminya yang berusia 38 tahun kerana tidak mempunyai pekerjaan sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, selepas berlaku perselisihan faham, lelaki berkenaan meninggalkan isteri dan anak perempuan berusia lima tahun itu. Malangnya, dua hari lalu, lelaki itu menghantar e-mel kepada wanita berkenaan dan mendakwa akan kembali tinggal bersama selepas menghilangkan diri selama ini.

Katanya, bukan itu saja, lelaki itu sudah mengumpul segala maklumat mengenai anaknya itu dan mengugut akan menculik anak tunggalnya jika dia tidak menuruti kemahuannya untuk tinggal bersama.

“Saya bertambah bimbang dengan keselamatan kami berdua selepas keluarga suami turut memberikan peringatan mengenai lelaki itu yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, selain mencari tempat perlindungan daripada dijejaki along,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, suaminya turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan ugutan serta secara terang-terangan mengancam keselamatan mereka berdua.

Akibat risau dengan keselamatan diri dan anaknya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Suami SMS ugut bunuh, culik anak

HMETRO : Wanita tua mati dibakar dalam lif

Posted by godonker

Gambar sebagai hiasan
NEW YORK: Seorang wanita mati semalam selepas seorang lelaki berpakaian seragam pekerja pemusnah serangga menyemburnya dengan minyak sebelum membakarnya dalam lif sebuah bangunan.

New York Daily News melaporkan, wanita itu, Delores Gillespie, hendak melangkah keluar dari lif di kediamannya di Prospect Heights, Brooklyn apabila bertembung dengan lelaki itu Kamera keselamatan merakam gambar penyerang menyembur Delores dengan minyak dan kemudian menyalakan api serta membakar mangsa. Delores yang berusia 64 tahun, disahkan mati di tempat kejadian. - AP

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Wanita tua mati dibakar dalam lif

HMETRO : Bayi dibungkus, ditembak ibu

Posted by godonker

SARAH bersama Warren dan Maggie 10 bulan lalu
ILLINOIS: Seorang wanita dipercayai membunuh teman lelaki dan tiga anaknya di sebuah bandar kecil di sini sebelum menembak dirinya.

Gambar yang dirakam 10 bulan lalu menunjukkan Sara McMeen dan Daniel Warren tersenyum bersama-sama-sama anak yang baru dilahirkan, Maggie.

Ketiga-tiganya mati bersama dengan dua anak Sarah yang lain, Skyler, lapan dan Ian, tujuh, dalam kes pembunuhan dan bunuh diri yang melenyapkan seluruh keluarga terdiri daripada lima orang itu di Emmington, Illinois.

Seorang jiran menceritakan bagaimana Sarah meletakkan Maggie di atas tanah, menyelimutkannya dan kemudian menembaknya dari jarak dekat dengan sepucuk pistol separuh automatik. Dia sebelum itu dipercayai sudah menembak mati teman lelakinya, Warren, 29, dan dua anaknya, lapor akhbar Pontiac Daily Leader. Jiran itu lari untuk meminta bantuan tetapi apabila kembali, Sarah juga sudah mati selepas menembak dirinya.

Jiran itu memberitahu Daily Leader, dia keluar dari rumah apabila mendengar bunyi tembakan dan melihat Sarah membungkus anaknya dengan selimut di atas tanah di belakang rumahnya.

Apabila jiran berkenaan bertanya mengenai keadaannya, Sarah menjawab: “Tidak, semuanya tidak OK.” “Dia kemudian membongkok dan menembak bayi itu,” kata jiran berkenaan.

Pihak berkuasa tidak mengesahkan laporan Daily Leader tetapi berkata, pembunuhan itu adalah kes bunuh dan bunuh diri.

Ia berlaku di sebuah rumah di Emington, bandar yang mempunyai hanya 100 penduduk, tempat Skyler dan Ian, dia anak Sarah yang lain, dilihat turun dari bas sekolah tidak lama sebelum dibunuh. - Agensi

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Bayi dibungkus, ditembak ibu

9 jenis sihir yang anda perlu tahu

Posted by godonker on Saturday, December 17, 2011

1. Sihir Pemisahan Suami Isteri

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (102)

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. al-Baqarah : 102

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ إِبْلِيسَ يَضَعُ عَرْشَهُ عَلَى الْمَاءِ ثُمَّ يَبْعَثُ سَرَايَاهُ فَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَنْزِلَةً أَعْظَمُهُمْ فِتْنَةً يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا فَيَقُولُ مَا صَنَعْتَ شَيْئًا قَالَ ثُمَّ يَجِيءُ أَحَدُهُمْ فَيَقُولُ مَا تَرَكْتُهُ حَتَّى فَرَّقْتُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ امْرَأَتِهِ قَالَ فَيُدْنِيهِ مِنْهُ وَيَقُولُ نِعْمَ أَنْتَ
قَالَ الْأَعْمَشُ أُرَاهُ قَالَ فَيَلْتَزِمُهُ

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW telah bersabda, Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya, maka yang paling dekat kedudukannya di antara mereka kepadanya ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seoarng daripada mereka datang seraya berkata ; Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis berkata : Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian salah seorang daripada mereka datang seraya berkata : Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya drp isterinya. Rasulullah SAW bersabda : Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata : Ya Kamu (Baik). al-A'masy (perawi) berkata; Aku melihat Rasulullah SAW bersabda ; Kemudian dia menjadi pembantu setianya". Hadith riwayat Muslim (5032).

Tanda-tandanya:
1) Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
2) Berlaku keraguan antara suami-isteri.
3) Enggan meminta maaf.
4) Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.
5) Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga
seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu
sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

2. Guna-guna (Sihir Percintaan)
Tanda-tandanya:
- Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
- Sukar mengawal cintanya.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta-tuli.

3. Memperdaya Pandangan (Hipnotis)
Tanda-tandanya:
- Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
- Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
- Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:
- Azan
- Membaca ayat al-Kursi
- Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.
- Membaca isti'azah dan basmalah.

4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila
Tanda-tandanya:
- Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
- Cakap merapu
- Mata layu
- Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
- Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
- Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
- Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi. 5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya
Tanda-tandanya:
- Suka berseorangan.
- Mentup diri sepenuhnya.
- Diam berterusan.
- Tidak suka bertemu orang.
- Fikiran melayang.
- Selalu pening.
- Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan
Tanda-tandanya:
- Selalu mengalami mimpi ngeri.
- Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.
- Selalu was-was.
- Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit
Orang yang disihir akan terkena penyakit yg tertentu.. Contohnya jika dishir menjadi lumpuh, maka org yg terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simpton yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tandanya:
- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
- Saraf tersumbat.
- Lumpuh salah satu anggota tubuh
- Lumpuh menyeluruh.
- Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

8. Sihir Pendarahan
Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah.

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

9. Sihir Menahan Pernikahan
Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:
- Takut yang bersangatan
- Marah yang tidak terkawal
- Lalai berlebihan
- Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:
- Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

atau

- Jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tandanya:
- Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
- Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
- Melihat pelamar bermuka hodoh.
- Banyak berfikir (fikiran melayang).
- Selalu gelisah waktu tidur.
- Selalu rasa sakit di perut.
- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Sumber
More about9 jenis sihir yang anda perlu tahu

3 tanda bekas kekasih masih memendam perasaan terhadap anda

Posted by godonker

Didalam suatu perhubungan, sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku untuk keesokan harinya. Hari ini anda berdua gembira bersama, tetapi untuk masa akan datang ia tidak menjanjikan apa-apa. Jika hubungan anda terputus, ia tidak bermakna pengakhiran untuk anda. Mungkin masing-masing memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Anda sebenarnya dapat mengesan sekiranya bekas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Antara tanda-tandanya adalah..

(1) Mereka tidak mencari pasangan yang lain
Ini adalah merupakan salah satu tanda jelas pasangan anda masih memendam perasaan terhadap anda. Mereka tidak mencari pasangan lain walaupun anda berdua sudah berpisah. Kebiasaannya, pada ketika ini, mereka hanya memerlukan masa untuk menenangkan diri sendiri. Beri ruang kepada mereka dan berusaha untuk mengubati hati mereka yang terluka. (2) Masih menghubungi anda
Sekiranya mereka masih menghubungi anda walaupun tidak sekerap sebelum ini, ia adalah petanda bahawa mereka masih memendam perasaan terhadap anda. Sekiranya anda juga masih mempunyai perasaan terhadap mereka, berikan mereka peluang dan sekiranya hati anda telah tertutup terhadap mereka, berikan mereka penjelasan.

(3) Apabila anda bertemu, mereka kelihatan agak cemas
Ini juga adalah petanda yang menunjukkan mereka masih ada lagi perasaan terhadap diri anda. Kebiasaannya, orang yang memendam perasaan akan cemas apabila bertemu dengan seseorang yang mereka pendam.

Sumber
More about3 tanda bekas kekasih masih memendam perasaan terhadap anda

5 punca mata anda cepat letih

Posted by godonker

Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..

Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar. Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.

Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

Sumber
More about5 punca mata anda cepat letih

Kosmo! : Obama larang anak guna Facebook

Posted by godonker

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama melarang dua anak perempuannya daripada menggunakan Facebook kerana tidak mahu hal peribadi keluarga mereka diketahui orang luar, lapor akhbar MailOnline semalam.

Anak sulung Obama, Malia kini berusia 13 tahun dan dianggap cukup matang untuk menggunakan laman sosial tersebut manakala adiknya Sasha berusia 10 tahun.

Namun, kata Obama, beliau akan hanya membenarkan kedua-dua anak perempuannya membuka akaun Facebook selepas empat tahun lagi. "Kenapa kami (beliau dan isterinya) mahu orang luar mengambil tahu mengenai apa yang keluarga kami lakukan. Ia tidak munasabah," kata Obama

"Kita akan lihat reaksi mereka (Malia dan Sasha) dalam tempoh empat tahun lagi," tambahnya.

Kenyataan tersebut dianggap satu ironi kerana Obama sendiri banyak bergantung pada laman perkongsian sosial seperti Facebook semasa berkempen untuk pilihan raya Presiden AS pada 2008.

Malah, Obama sendiri memiliki berjuta-juta kenalan di Facebook.

- Agensi

Sumber
Kosmo!
More aboutKosmo! : Obama larang anak guna Facebook

HMETRO : Seronok lihat lelaki sogok wang | Rayuan maya

Posted by godonker

KUALA LUMPUR: Mangsanya hampir 30 lelaki yang sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya dalam laman sosial Facebook (FB).

Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.

Dia yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menafikan mereka yang terjebak termasuk artis yang baru mencipta nama, bahkan beberapa adik kepada artis terkenal turut menjadi mangsa selain yang berkerjaya penting sebagai jurutera, jurujual dan eksekutif syarikat swasta.

Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.

Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.

Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki.

“Saya mula teruja dengan perbuatan ini apabila memasukkan gambar seksi dalam laman sosial semata-mata untuk menarik perhatian kenalan yang menjadi rakan saya dengan niat menggoda atau ‘test market’.

“Mungkin terpikat dengan gambar sedemikian, ia menjadi senjata untuk membuatkan ramai yang suka bersembang dengan saya dan ingin mengenali saya dengan lebih dekat. “Bayangkan dalam sekelip mata, saya ada lebih seribu kenalan. Semuanya saya layan dengan baik... jika ada yang hendak bertemu, saya memberi pelbagai alasan tidak boleh keluar.

“Kebanyakan mangsa saya adalah artis baru, anak orang kaya atau yang memiliki kerjaya menarik. Soal memasukkan wang ke akaun bank, mereka tidak kisah berapa jumlah yang saya minta,” katanya kepada wartawan Metro Ahad selepas berjaya memujuknya beberapa kali menceritakan perbuatannya.

Liana berkata, selepas memasukkan wang ke dalam akaun, dia memberi helah memaklumkan wang tiada dalam akaun dan meminta wang dimasukkan lagi.

“Lelaki yang bagaikan lembu dicucuk hidung akan terus memasukkan jumlah lebih banyak ke akaun saya,” katanya yang mengakui ada mangsanya bergelar anak seni dan adik artis terkenal.

Kebanyakan mereka menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki dan tidak kurang mengajaknya berlibur.

“Saya sebenarnya bukan gadis liar yang gemar menghadiri parti liar atau bersosial. Apabila melihat lenggok mereka lebih condong ke arah hubungan seks, saya terus mematikan perbicaraan.

“Hampir tiga tahun saya melakukan kerja itu hingga sekarang, saya berasa seronok melihat betapa ramai lelaki mudah terpedaya dengan wanita cantik. Namun jika melihat gaya lelaki jujur pula, saya tidak sampai hati untuk mengayat mereka,” katanya.

Ditanya mengenai wang diterimanya, Liana yang tinggal bersama ibu selepas bercerai sejak lima tahun lalu berkata, dia menghabiskan wang itu bersama rakan dengan membeli-belah mahupun karaoke atau melancong ke pelbagai destinasi.

Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa dengan Internet untuk muat turun gambar dan aktiviti dilakukan supaya dirinya sentiasa ada perkembangan terbaru.

“Saya mengambil gambar kawan yang cantik dengan penampilan badan menarik, lalu saya masukkan ke dalam FB. Oleh kerana fizikal saya gemuk, sudah tentu saya malu untuk menampilkan diri sebenar.

“Pernah terjadi seorang kenalan mahu berjumpa dan kami mengadakan janji temu di kompleks beli-belah. Saya menyatakan kesanggupan bertemu demi meyakinkan mereka.

“Namun saya tidak menyatakan diri yang sebenar. Kalau pakai baju biru, saya katakan warna merah untuk mengelirukan mangsa.

“Apabila melihat dia (mangsa) datang dengan menggambarkan warna dan jenis pakaian dipakai, ketika itu saya segera bersembunyi.

“Kemudian saya hubungi lelaki itu dengan mengatakan tidak dapat datang kerana tiba-tiba ada kecemasan atau sakit. Kebanyakan alasan diberi agak konkrit, menyebabkan mangsa percaya apa saya katakan.
MUDAH JERAT... Liana hanya bermodalkan gambar seksi di laman sosial
“Sebaik melakukan penipuan, saya berasa puas apabila melihat kesungguhan mangsa untuk benar-benar bertemu.

“Daripada situ saya membuat kesimpulan jika selama ini lelaki suka menipu perempuan sesuka hati mereka, kali ini saya ingin melihat bagaimana lelaki pula diperdaya,” katanya.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Seronok lihat lelaki sogok wang | Rayuan maya

HMETRO : Magsa simbah asid sengsara | Disimbah asid oleh isteri

Posted by godonker

KOTA BHARU: “Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya,” kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu.

Akibat kejadian itu, Mahyuddin yang sebelum ini berniaga murtabak di pasar malam sekitar Kok Lanas, dekat sini, menanggung azab apabila muka dan separuh badannya melecur, manakala mata kanannya pula buta.

Difahamkan, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), sudah tiga pembedahan dilakukan termasuk pembedahan pemindahan kulit dan telinga, sebelum disusuli pembedahan mata kanan oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Mahyuddin berkata, kehidupannya berubah selepas kejadian berkenaan kerana selain cacat, pergerakannya terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga dalam menguruskan dirinya.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap isteri walaupun terseksa menanggung derita akibat perbuatannya. Sebagai suami, saya tidak berhak membalas perbuatannya dan biarlah Tuhan mengadilinya.

“Saya juga perlu muhasabah diri untuk menjadi insan lebih baik. Dalam keadaan sekarang, hanya keluarga menjadi punca kekuatan saya untuk meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini. Ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, sehingga hari ini, Mahyuddin mengakui mereka masih suami isteri tetapi tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang.

“Selepas kejadian itu, kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya berkesempatan bertemu seorang anak perempuan berusia 15 tahun,” katanya yang mengakui dirinya tidak membuat sebarang laporan polis atas tindakan isterinya.

Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia tidak mahu mengingati sejarah hitam berkenaan dan biarlah ia disimpan sebagai kenangan berharga.

Katanya, kesan cuka getah yang disimbah oleh isterinya menyebabkan dia menderita kerana bahan berkenaan membuatkan tubuhnya panas, selain melecur dan meninggalkan kesan terbakar.

“Masih saya ingat, ketika pertama kali cuka getah dicurah ke kepala, ia terasa sejuk. Bagaimanapun, mata mula pedih ketika ia meleleh ke muka dan badan, menyebabkan saya bergegas ke bilik air.

“Dalam tempoh beberapa minit, seluruh tubuh saya menjadi terlampau panas dan azabnya sukar digambarkan dengan perkataan,” katanya.

Mahyuddin berkata, kejadian berkenaan berlaku di dapur rumahnya ketika sibuk membuat persiapan untuk berniaga murtabak di bazar Ramadan.

Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas oleh biras serta seorang kenalannya sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Keadaan saya tidak begitu teruk ketika itu dan boleh makan sendiri pada hari pertama dan kedua dirawat, namun pada hari ketiga kesan simbahan cuka getah menjadi teruk kerana muka saya terbakar dan ia memamah kulit saya secara perlahan-lahan.

“Setakat ini empat kali saya menjalani rawatan, termasuk tiga daripadanya pembedahan di HRPZ II membabitkan dua pembedahan plastik serta pembedahan telinga kanan akibat bernanah,” katanya.

Menurutnya, susulan tiga pembedahan itu, dia kemudian dibawa mendapatkan rawatan daripada pakar mata di HUSM Kubang Kerian dan menjalani pembedahan keempat di hospital berkenaan.

“Disebabkan pihak HRPZ II tidak cukup kepakaran, kes mata saya dirujuk ke HUSM, Kubang Kerian. Walaupun mata kanan buta, tetapi Alhamdulillah, pandangan mata kiri saya masih nampak antara 30 hingga 40 peratus.

“Saya dinasihatkan supaya meletakkan ubat titis di mata kanan sekerap mungkin untuk mengelak dijangkiti kuman. Mungkin saya akan menjalani beberapa lagi pembedahan selepas ini, termasuk di bahagian mata,” katanya.

Mahyuddin berkata, bagi memastikan kulit kedua-dua paha yang ditampal pada bahagian depan, belakang badan dan lengan tidak membengkak, dia terpaksa memakai baju khas yang dibekalkan hospital.
REDA... Mahyuddin menunjukkan kesan simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian Ogos lalu
“Baju itu sangat penting untuk mangsa cuka getah seperti saya, terutama bagi mengelak kulit membengkak, manakala topeng khas yang digunakan untuk melindungi muka juga dibuat pihak hospital dan menunggu masa untuk disiapkan,” katanya.

Pada 29 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan, seorang peniaga murtabak disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar. Kejadian pada jam 9.30 pagi itu berlaku ketika Mahyuddin menguli tepung di rumahnya.

Sumber
Hmetro
More aboutHMETRO : Magsa simbah asid sengsara | Disimbah asid oleh isteri